web statsweb stats

Berita Terkini

1 minggu yang lalu: PRN Negeri Sembilan: Hari pencalonan 18 Julai, undi awal 28 Julai dan hari mengundi 1 Ogos - SPR 1 minggu yang lalu: PRN Johor: Hari pencalonan 27 Jun, undi awal 7 Julai dan hari mengundi 11 Julai - SPR 5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini

IKUTI KAMI


Sasaran 10 Juta Daftar MyDigital ID Suku Pertama Tahun Depan – Saifuddin Nasution

Semasa Dikemaskini 2 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 15 Dec 2023 8:00PM

MIMOS Berhad (MIMOS) mensasarkan 10 juta individu mendaftar MyDigital ID menjelang suku pertama tahun depan. - gambar MIMOS

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KALABAKAN - Seramai 10 juta individu disasarkan untuk mendaftar dengan MyDigital ID iaitu inisiatif sistem pengenalan diri dalam talian bagi suku pertama pada tahun hadapan dengan proses pendaftaran sedang dijalankan pada ketika ini

Menteri Dalam Negeri Datuk Seri Saifuddin Nasution Ismail berkata sasaran pertama itu diletakkan MIMOS Berhad (MIMOS) selaku agensi pelaksana di bawah Jabatan Perdana Menteri, manakala peranan Kementerian Dalam Negeri (KDN) adalah daripada segi polisi serta penjaga projek.

"MIMOS mahu mencapai sasaran 10 juta pendaftaran Digital ID ini melibatkan orang awam sekali, perincian akan dirumuskan oleh MIMOS, lebih cepat kita laksanakan lebih bagus. MIMOS sebagai agensi yang ada kepakaran dengan bajet asal (perlaksanaan projek) adalah RM450 juta.

“Baru-baru ini MIMOS melaksanakan sistem ini dalam anggaran RM380 juta, sekarang dalam fasa pendaftaran ramai mendaftar, saya pun dah mula mendaftar, kakitangan kerajaan lebih mudah sebab mereka ada sistem HRMIS, dan MyDigital ID ini nanti ada subsidi bersasar termasuk Kesihatan MADANI," katanya.

Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas merasmikan Pejabat Jabatan Pendaftaran Negara cawangan Kalabakan serta program menyemai kasih rakyat (MEKAR) di sini hari ini.

Saifuddin Nasution berkata perkara itu merupakan satu hala tuju untuk negara melangkah ke hadapan, dan dari segi polisi ianya adalah satu keputusan betul untuk melangkah dalam dunia yang serba kompleks masa kini.

"Ia berupa kod seperti dokumen pengenalan diri yang mana identiti kita berada di dalam gajet dan MyKad dikekalkan, ia akan beri kelebihan pada aspek keselamatan, urusan perbankan, sektor komersial termasuk urusan kerajaan bermakna dalam bentuk rakam masuk sekali satu identiti sahaja," katanya.

Menurutnya dengan lebih ramai mendaftar sistem itu akan mencipta satu pangkalan data kerajaan yang lebih besar yang akan membantu mempercepatkan segala urusan. - BERNAMA

Sorotan

1

Prosiding Kes Bapa Rogol Anak Ditangguh, Tunggu Laporan Perubatan

2

Nahas 6 Kenderaan Cetus Kebakaran, Jumlah Mangsa Belum Diketahui

3

Program Mobiliti Antarabangsa Accountants UMK Beri Pendedahan Menyeluruh, Kenali Realiti Dunia Akauntan

4

PRN Johor: Mantan Menteri, Exco, Ahli Parlimen Antara 56 Calon PH

5

Beralih Kepada EV: Langkah Kecil Individu, Impak Besar Ekosistem Tenaga Negara

6

DUN Melaka Berkemungkinan Dibubar Dalam Tempoh 3 Bulan

Disyorkan untuk anda

Semasa 23 jam yang lalu

Prosiding Kes Bapa Rogol Anak Ditangguh, Tunggu Laporan Perubatan

oleh Amirah Abu Bakar

Semasa 1 hari yang lalu

Pemilik Kenderaan Diesel Terima Kuota 200 Liter Sebulan, Boleh Mohon Tambahan 100 Liter

oleh Sophia Ahmad

Semasa 23 jam yang lalu

Malaysia Perhebat Tekanan Diplomatik Terhadap Israel, Guna Pelbagai Platform Antarabangsa

oleh Sophia Ahmad

Politik 1 hari yang lalu

PRN Johor: Mantan Menteri, Exco, Ahli Parlimen Antara 56 Calon PH

oleh Sophia Ahmad