web statsweb stats

Berita Terkini

1 minggu yang lalu: PRN Negeri Sembilan: Hari pencalonan 18 Julai, undi awal 28 Julai dan hari mengundi 1 Ogos - SPR 1 minggu yang lalu: PRN Johor: Hari pencalonan 27 Jun, undi awal 7 Julai dan hari mengundi 11 Julai - SPR 5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini

IKUTI KAMI


Hibrid Orkid Baharu Dinamakan Dendrobium Dr Wan Azizah

Semasa Dikemaskini 2 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 14 Dec 2023 8:31PM

Hibrid orkid baharu yang dikenali dengan nama Dendrobium Dr Wan Azizah menjadi tarikan pada Orkid Putrajaya 2023. – gambar BERNAMA

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

PUTRAJAYA - Sejenis spesies hibrid orkid baharu dinamakan sebagai Dendrobium Dr Wan Azizah, sempena nama isteri Perdana Menteri Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail dan diperkenalkan pada majlis perasmian Orkid Putrajaya 2023 di Taman Botani di sini hari ini.

Pengarah Komunikasi Perbadanan Putrajaya (PPj) Norzita Abdul Razak dalam kenyataan sempena majlis perasmian Orkid Putrajaya 2023 oleh Dr Wan Azizah itu berkata hibrid orkid itu telah didaftarkan dengan persatuan Royal Horticultural Society (RHS), London.

Isteri Perdana Menteri Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail bersama hibrid orkid baharu yang dikenali dengan nama Dendrobium Dr Wan Azizah semasa hadir majlis pada perasmian Orkid Putrajaya 2023 di Taman Botani hari ini. – gambar BERNAMA
Isteri Perdana Menteri Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail bersama hibrid orkid baharu yang dikenali dengan nama Dendrobium Dr Wan Azizah semasa hadir majlis pada perasmian Orkid Putrajaya 2023 di Taman Botani hari ini. – gambar BERNAMA

“Dendrobium baharu ini telah dihasilkan daripada kacukan Dendrobium Penang Little Magic sebagai induk betina dengan Dendrobium Seah Koko sebagai induk jantan.

“Hibrid orkid baharu ini mengeluarkan bunga berlatarkan warna coklat dan lima sepal berbentuk kerinting dengan labellum bunga berwarna coklat kemerahan dengan warna putih di tengah,” katanya.

Norzita berkata setangkai spesies bunga berkenaan boleh mengeluarkan 15 hingga 20 kuntum bunga yang mampu bertahan lebih sebulan di pokok.

“Keratan bunganya bertahan lebih dua minggu dan hibrid ini amat sesuai digunakan sebagai bunga pameran dan hiasan kerana keunikan bentuk bunga yang kerinting dan rajin berbunga,” katanya.

Isteri Perdana Menteri Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail (kiri) melihat pelbagai jenis orkid yang dipamerkan semasa hadir pada perasmian Orkid Putrajaya 2023 di Taman Botani hari ini. -gambar BERNAMA
Isteri Perdana Menteri Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail (kiri) melihat pelbagai jenis orkid yang dipamerkan semasa hadir pada perasmian Orkid Putrajaya 2023 di Taman Botani hari ini. -gambar BERNAMA
Orkid Putrajaya 2023 berlangsung selama 7 hari bermula hari ini sehingga 20 Disember depan di Taman Botani, Putrajaya. – gambar BERNAMA
Orkid Putrajaya 2023 berlangsung selama 7 hari bermula hari ini sehingga 20 Disember depan di Taman Botani, Putrajaya. – gambar BERNAMA

Norzita berkata festival Orkid Putrajaya 2023 yang berlangsung tujuh hari bermula hari ini menyajikan pameran pelbagai spesies orkid khas untuk penggemar bunga-bungaan di negara ini dan menyasarkan kehadiran 100,000 pengunjung sepanjang program berlangsung.

Sempena cuti sekolah ini, PPj menggalakkan orang ramai berkunjung  ke pameran tersebut dan kemasukan adalah percuma.

“Penganjuran acara ini juga bertujuan memperkenal dan mempamerkan koleksi dan spesies orkid khas, jarang ditemui dan unik yang terdapat di Malaysia,” katanya menambah pengunjung juga berpeluang menyaksikan dengan lebih dekat 20 jenis orkid VIP yang dinamakan sempena kalangan kerabat diraja dan orang kenamaan yang akan dipamerkan di dalam Galeri Orkid tertutup.

Antara orkid VIP termasuk Papilionanda Sultan Idris Shah, Holttumara Tuanku Zara, Renanthera Kalsom dan Phalaenopsis Do Bru Queen Saleha. - BERNAMA

Sorotan

1

Prosiding Kes Bapa Rogol Anak Ditangguh, Tunggu Laporan Perubatan

2

Nahas 6 Kenderaan Cetus Kebakaran, Jumlah Mangsa Belum Diketahui

3

Program Mobiliti Antarabangsa Accountants UMK Beri Pendedahan Menyeluruh, Kenali Realiti Dunia Akauntan

4

PRN Johor: Mantan Menteri, Exco, Ahli Parlimen Antara 56 Calon PH

5

Beralih Kepada EV: Langkah Kecil Individu, Impak Besar Ekosistem Tenaga Negara

6

DUN Melaka Berkemungkinan Dibubar Dalam Tempoh 3 Bulan

Disyorkan untuk anda

Politik 1 hari yang lalu

DUN Melaka Berkemungkinan Dibubar Dalam Tempoh 3 Bulan

oleh Amirah Abu Bakar

Semasa 1 hari yang lalu

Dadah Sintetik Jadi Ancaman Utama, Pantai Timur Paling Terjejas

oleh Sophia Ahmad

Semasa 2 jam yang lalu

Pertikaian Peribadi, Hubungan Cinta Jadi Punca Pembunuhan Pelajar IPTS

oleh Sophia Ahmad

Semasa 1 jam yang lalu

Pengawal Keselamatan Dipenjara 8 Bulan, Denda RM50,000 Hina Agong 

oleh Sophia Ahmad