web statsweb stats

Berita Terkini

1 minggu yang lalu: PRN Negeri Sembilan: Hari pencalonan 18 Julai, undi awal 28 Julai dan hari mengundi 1 Ogos - SPR 1 minggu yang lalu: PRN Johor: Hari pencalonan 27 Jun, undi awal 7 Julai dan hari mengundi 11 Julai - SPR 5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini

IKUTI KAMI


Jalan Di Pulau Pinang Ditutup, Lencong Sempena Maraton Ahad Ini

Semasa Dikemaskini 2 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 14 Dec 2023 8:25PM

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

GEORGE TOWN - Beberapa jalan di Pulau Pinang akan ditutup dan dilencongkan sempena acara larian Maraton Antarabangsa Jambatan Pulau Pinang 2023 (PBIM 2023) yang melibatkan jarak sepanjang 42 kilometer (km) bermula malam Sabtu hingga pagi Ahad ini.

Ketua Polis Pulau Pinang Datuk Khaw Kok Chin berkata acara larian itu akan melalui kawasan Persiaran Bayan Indah, Lebuhraya Tun Dr Lim Chong Eu, sepanjang laluan Jambatan Pulau Pinang dan Perai.

"Penutupan dan lencongan akan ditutup secara berperingkat bermula 11 malam Sabtu (16 Dis) hingga 10 pagi Ahad (17 Dis) dan orang ramai dinasihatkan mematuhi arahan pihak polis yang bertugas serta merancang perjalanan mereka," katanya dalam kenyataan hari ini.

Katanya bagi daerah Timur Laut, jalan yang akan ditutup ialah sepanjang Lebuhraya Tun Dr Lim Chong Eu iaitu dari Persimpangan Jalan Sungai Pinang ke Persiaran Bayan Indah dan dari Georgetown menghala ke Bayan lepas serta Jambatan Pulau Pinang.

Beliau berkata bagi daerah Barat Daya, semua jalan yang ditutup tertumpu di kawasan Queensbay dan Lebuhraya Tun Dr Lim Chong Eu menghala ke Georgetown, manakala semua kenderaan yang menghala ke Lapangan Terbang Antarabangsa Pulau Pinang (LTAPP) dan Batu Maung, akan dilencongkan ke Jalan Sultan Azlan Shah dan Jambatan Sultan Abdul Halim Mu'adzam Shah.

Khaw berkata di daerah Seberang Perai Tengah pula, kenderaan yang menuju ke bahagian pulau iaitu dari Lebuhraya Utara Selatan akan dilencongkan ke Jambatan Sultan Abdul Halim Mu'adzam Shah.

Katanya pengguna jalan raya yang bercadang menggunakan jalan-jalan terlibat, diminta merancang perjalanan lebih awal dan menggunakan laluan alternatif yang lain serta mematuhi arahan pihak polis yang bertugas kerana pihaknya menjangkakan aliran trafik meningkat berikutan musim cuti sekolah.

"Orang ramai yang ingin menyaksikan atau menyertai PBIM, dinasihatkan meletakkan kenderaan di kawasan yang disediakan oleh penganjur dan dilarang meletakkan kenderaan di sepanjang jalan yang terlibat dengan laluan peserta larian PBIM 2023.

"Mereka juga dinasihatkan menggunakan pengangkutan awam yang disediakan oleh pihak penganjur bagi mengelak kesesakan," katanya.

PBIM merupakan acara sukan tahunan terbesar di utara Semenanjung dan difahamkan lebih 20,000 peserta telah mendaftar bagi menyertainya.

Kategori perlumbaan termasuk Marathon Penuh (42km), Half Marathon (21km) dan Larian 10km (Terbuka/Junior). - BERNAMA

Sorotan

1

Prosiding Kes Bapa Rogol Anak Ditangguh, Tunggu Laporan Perubatan

2

Nahas 6 Kenderaan Cetus Kebakaran, Jumlah Mangsa Belum Diketahui

3

Program Mobiliti Antarabangsa Accountants UMK Beri Pendedahan Menyeluruh, Kenali Realiti Dunia Akauntan

4

PRN Johor: Mantan Menteri, Exco, Ahli Parlimen Antara 56 Calon PH

5

Beralih Kepada EV: Langkah Kecil Individu, Impak Besar Ekosistem Tenaga Negara

6

DUN Melaka Berkemungkinan Dibubar Dalam Tempoh 3 Bulan

Disyorkan untuk anda

Politik 1 hari yang lalu

Pengurangan Calon India, Pertukaran Nama Saat Akhir Cetus Kekecewaan Akar Umbi PKR Johor

oleh Sophia Ahmad

Politik 1 hari yang lalu

PRN Johor: Mantan Menteri, Exco, Ahli Parlimen Antara 56 Calon PH

oleh Sophia Ahmad

Semasa 22 jam yang lalu

Perdagang Remaja Untuk Eksploitasi Seksual: Wanita Indonesia Dipenjara 6 Tahun 

oleh Sophia Ahmad

Semasa 2 jam yang lalu

Pertikaian Peribadi, Hubungan Cinta Jadi Punca Pembunuhan Pelajar IPTS

oleh Sophia Ahmad