web statsweb stats

Berita Terkini

1 minggu yang lalu: PRN Negeri Sembilan: Hari pencalonan 18 Julai, undi awal 28 Julai dan hari mengundi 1 Ogos - SPR 1 minggu yang lalu: PRN Johor: Hari pencalonan 27 Jun, undi awal 7 Julai dan hari mengundi 11 Julai - SPR 5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini

IKUTI KAMI


COVID-19: Amal Pemakaian Pelitup Muka, Elakkan 3S

Semasa Dikemaskini 2 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 14 Dec 2023 5:50PM

Orang ramai dilihat kembali mengenakan pelitup muka susulan peningkatan kes COVID-19 sejak akhir-akhir ini. - gambar BERNAMA

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA LUMPUR - Orang ramai disarankan memakai pelitup muka manakala individu bergejala diharap mengelakkan 3S iaitu berada di kawasan sesak, sempit dan bersembang atau bertutur dengan jarak dekat berikutan peningkatan kes COVID-19 kebelakangan ini.

Menteri Kesihatan Datuk Seri Dr Dzulkefly Ahmad berkata dalam masa sama, Kementerian Kesihatan (KKM) menerusi Pusat Kesiapsiagaan dan Tindak Cepat Krisis akan terus membuat pemantauan dan akan mengeluarkan kenyataan, cadangan dan arahan berkaitan, bergantung kepada situasi semasa.

“Berdasarkan kes, terdapat peningkatan dalam tempoh seminggu ini kepada 12,000 kes. Jadi kita cadangkan agar rakyat amalkan pemakaian pelitup muka kerana musim percutian memang akan ada banyak pergerakan.

“Mereka yang bergejala lindungi diri kerana dengan berbuat demikian dapat lindungi orang lain dan sekiranya bergejala elakkan berada di kawasan 3S,” katanya dalam sidang media di Parlimen hari ini.

Dalam pada itu, Dzulkefly berkata KKM turut menyarankan pengambilan dos penggalak ketiga vaksin COVID-19 terutama bagi golongan rentan, warga emas dan mereka yang mempunyai komorbiditi.

“Kita galakkan kumpulan ini yang berisiko tinggi untuk ambil dos penggalak ketiga. Individu yang positif dan bergejala pula hendaklah menjalani kuarantin kendiri selama lima hari,” katanya.

Semalam, kes COVID-19 dalam negara dilaporkan meningkat kepada 12,757 kes pada Minggu Epidemiologi ke-49 iaitu dari 3 hingga 9 Dis lepas, berbanding 6,796 kes dilaporkan pada minggu sebelumnya.

Kadar kemasukan pesakit COVID-19 termasuk pesakit yang disyaki COVID-19 ke fasiliti kesihatan meningkat 1.4 peratus berbanding minggu sebelumnya serta pengisian katil unit rawatan rapi (ICU) juga meningkat 1.4 peratus. - BERNAMA

Sorotan

1

Prosiding Kes Bapa Rogol Anak Ditangguh, Tunggu Laporan Perubatan

2

Nahas 6 Kenderaan Cetus Kebakaran, Jumlah Mangsa Belum Diketahui

3

Program Mobiliti Antarabangsa Accountants UMK Beri Pendedahan Menyeluruh, Kenali Realiti Dunia Akauntan

4

PRN Johor: Mantan Menteri, Exco, Ahli Parlimen Antara 56 Calon PH

5

Beralih Kepada EV: Langkah Kecil Individu, Impak Besar Ekosistem Tenaga Negara

6

DUN Melaka Berkemungkinan Dibubar Dalam Tempoh 3 Bulan

Disyorkan untuk anda

Semasa 1 hari yang lalu

Prosiding Kes Bapa Rogol Anak Ditangguh, Tunggu Laporan Perubatan

oleh Amirah Abu Bakar

Politik 1 hari yang lalu

Pengurangan Calon India, Pertukaran Nama Saat Akhir Cetus Kekecewaan Akar Umbi PKR Johor

oleh Sophia Ahmad

Semasa 1 hari yang lalu

Dadah Sintetik Jadi Ancaman Utama, Pantai Timur Paling Terjejas

oleh Sophia Ahmad

Semasa 1 hari yang lalu

4 Individu Didakwa Cederakan Pembantu Rumah Warga Indonesia

oleh Amirah Abu Bakar