web statsweb stats

Berita Terkini

1 minggu yang lalu: PRN Negeri Sembilan: Hari pencalonan 18 Julai, undi awal 28 Julai dan hari mengundi 1 Ogos - SPR 1 minggu yang lalu: PRN Johor: Hari pencalonan 27 Jun, undi awal 7 Julai dan hari mengundi 11 Julai - SPR 5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini

IKUTI KAMI


PM Mahu Usaha Promosi Barangan Malaysia Dipertingkatkan

Semasa Dikemaskini 2 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 14 Dec 2023 5:45PM

Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim mahu promosi produk tempatan, antaranya batik Malaysia, dipertingkatkan ke peringkat antarabangsa. - gambar hiasan

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

PUTRAJAYA - Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim mahu usaha mempromosi barangan Malaysia di peringkat antarabangsa dan tempatan dipertingkatkan dalam usaha merangsang pertumbuhan ekonomi negara.

Anwar yang juga Menteri Kewangan berkata beliau sendiri telah memainkan peranan mempromosi barangan Malaysia antaranya melalui pemakaian batik Malaysia di peringkat antarabangsa.

“Esok petang saya ke Tokyo, Jepun untuk mesyuarat ASEAN dan semua 10 negara ASEAN diundang Perdana Menteri Jepun Fumio Kishida dan satu malam dia kata boleh pakai pakaian sut atau pakaian rasmi.

“Saya bagi nota nak pakai batik Malaysia walau di sana (Jepun) musim sejuk, ini sebab saya rasa bertanggungjawab untuk promosi barang buatan Malaysia,” kata beliau ketika berucap merasmikan Karnival Barangan Malaysia 2023 di sini hari ini.

Dari sudut mempromosi barangan Malaysia di peringkat tempatan pula, Anwar berkata beliau telah menjadikan kunjungan ke gerai dan warung pada hari Jumaat untuk makan tengah hari sebagai acara tetap mingguan.

“Sebelum solat Jumaat saya pergi warung dan gerai dan makan di kedai tempatan. Ini cara promosi  barangan Malaysia,” katanya dan menambah ia dilaksanakan sejak beliau menjadi Perdana Menteri pada 24 November 2022.

Anwar turut menyeru anggota pentadbiran untuk menunjukkan kesungguhan dalam mempromosi serta menyokong barangan Malaysia

“Menteri, timbalan menteri, ketua setiausaha dan kawan-kawan ambil langkah tambahan (promosi barang Malaysia), ada kesungguhan.

“Saya sendiri tidak rasa kurang darjat saya makan di gerai dan warung tiap minggu … kopi atau makanan dihidang ini kadang-kadang lebih enak daripada restoran lima bintang,” kata beliau.

Beliau turut menasihatkan kepada pengusaha produk Malaysia untuk terus mempertingkatkan mutu barangan mereka supaya dapat bersaing dengan syarikat luar.

“Puluhan syarikat (tempatan) telah menerobos ke jaringan antarabangsa bukan sahaja ASEAN tetapi beberapa negara Eropah," katanya.

Mengenai Karnival Barangan Malaysia selama empat hari bermula hari ini, Anwar berkata karnival itu telah membantu menyemarakkan pertumbuhan ekonomi negara.

“Kempen beli barangan Malaysia juga harganya itu sederhana ketimbang harga (barang) import. Ia bantu jana pertumbuhan ekonomi,” katanya.

Kempen Beli Barangan Malaysia (KBBM) diperkenalkan kerajaan antaranya untuk mengimbangi cabaran dan tekanan globalisasi ekonomi semasa untuk merangsang pertumbuhan ekonomi domestik melalui peningkatan pembelian dan penggunaan produk tempatan. - BERNAMA

Sorotan

1

Prosiding Kes Bapa Rogol Anak Ditangguh, Tunggu Laporan Perubatan

2

Nahas 6 Kenderaan Cetus Kebakaran, Jumlah Mangsa Belum Diketahui

3

Program Mobiliti Antarabangsa Accountants UMK Beri Pendedahan Menyeluruh, Kenali Realiti Dunia Akauntan

4

PRN Johor: Mantan Menteri, Exco, Ahli Parlimen Antara 56 Calon PH

5

Beralih Kepada EV: Langkah Kecil Individu, Impak Besar Ekosistem Tenaga Negara

6

DUN Melaka Berkemungkinan Dibubar Dalam Tempoh 3 Bulan

Disyorkan untuk anda

Semasa 1 hari yang lalu

Perkahwinan Palsu Warga Asing-Tempatan Untuk Dapat Lesen Perniagaan Makin Serius Di Selangor

oleh Amirah Abu Bakar

Semasa 1 hari yang lalu

4 Individu Didakwa Cederakan Pembantu Rumah Warga Indonesia

oleh Amirah Abu Bakar

Politik 1 hari yang lalu

Pengurangan Calon India, Pertukaran Nama Saat Akhir Cetus Kekecewaan Akar Umbi PKR Johor

oleh Sophia Ahmad

Semasa 49 minit yang lalu

Amang Seksual Fizikal Bekas Murid, Guru Hadap 2 Pertuduhan

oleh Amirah Abu Bakar