web statsweb stats

Berita Terkini

1 minggu yang lalu: PRN Negeri Sembilan: Hari pencalonan 18 Julai, undi awal 28 Julai dan hari mengundi 1 Ogos - SPR 1 minggu yang lalu: PRN Johor: Hari pencalonan 27 Jun, undi awal 7 Julai dan hari mengundi 11 Julai - SPR 5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini

IKUTI KAMI


Laluan Dinaiki Air, Beberapa Kampung Di Kuala Krai Terputus Hubungan

Semasa Dikemaskini 2 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 14 Dec 2023 1:30PM

Banjir di kawasan Bukit Sireh, Kuala Krai. gambar FB

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA KRAI - Beberapa laluan dan rumah di sekitar kampung di Kuala Krai mula dinaiki air awal pagi tadi, susulan hujan lebat berterusan sejak semalam.

Tinjauan Bernama di Kampung Bukit Arang, Bukit Sireh, Batu Mengkebang dan Chuchuh Puteri mendapati penduduk tidak berani merentasi laluan di kampung mereka kerana arus deras dan bimbang akan keselamatan diri.

Penduduk di Batu Mengkebang, Mohamad Abdullah, 45, berkata rumahnya mula dinaiki air hingga paras paha kira-kira 6 pagi tadi dan terpaksa mengalihkan kesemua barang-barang ke tempat lebih tinggi.

"Saya juga terpaksa menutup gerai nasi kerabu dan nasi dagang buat sementara waktu sehingga keadaan pulih seperti sediakala.

"Walaupun air di kawasan rumah cepat surut, saya belum berani nak buka gerai kerana tidak mahu tanggung risiko sekiranya berlaku perkara yang tidak diingini," katanya kepada BERNAMA di sini, hari ini.

Nursyafreena Rosli, 27, dari Kampung Kenor pula terpaksa memandu kereta meredah banjir di kawasan Bukit Che Si untuk ke tempat kerja.

"Sekiranya hujan masih berterusan, kemungkinan saya akan minta kebenaran daripada majikan untuk pulang awal sebab bimbang laluan utama yang digunakan untuk pulang ke rumah tidak boleh dilalui," katanya.

Menurut portal Info Bencana Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) setakat 12 tengah hari, sebanyak 304 orang daripada 83 keluarga ditempatkan di lapan pusat pemindahan sementara (PPS) di Kelantan melibatkan tujuh jajahan di Kuala Krai dan satu di Tanah Merah.

Sementara itu, berdasarkan laporan https://publicinfobanjir.water.gov.my/ tiga sungai utama di Kelantan berada pada paras amaran iaitu Sungai Nal di Kuala Krai merekodkan bacaan 24 meter (m), Sungai Kelantan di Kampung Temangan, Machang (15.5m) dan Sungai Lanas di Air Lanas, Jeli (29m). -  BERNAMA

Berita Berkaitan

1

Semasa 1 bulan yang lalu

Banjir: 43 Orang Ditempatkan Di 2 PPS Di Perak

2

Semasa 3 bulan yang lalu

Banjir Sabah: Mangsa Terus Meningkat Kepada 4,458 Orang Petang Ini

3

Semasa 4 bulan yang lalu

Lebih 4,000 Mangsa Banjir Di Sabah Berlindung Di 32 PPS Setakat Pagi Ini

4

Semasa 6 bulan yang lalu

6,000 Rakyat Malaysia Berjaya Dibawa Keluar Dari Hat Yai

Sorotan

1

Prosiding Kes Bapa Rogol Anak Ditangguh, Tunggu Laporan Perubatan

2

Nahas 6 Kenderaan Cetus Kebakaran, Jumlah Mangsa Belum Diketahui

3

Program Mobiliti Antarabangsa Accountants UMK Beri Pendedahan Menyeluruh, Kenali Realiti Dunia Akauntan

4

PRN Johor: Mantan Menteri, Exco, Ahli Parlimen Antara 56 Calon PH

5

Beralih Kepada EV: Langkah Kecil Individu, Impak Besar Ekosistem Tenaga Negara

6

DUN Melaka Berkemungkinan Dibubar Dalam Tempoh 3 Bulan

Disyorkan untuk anda

Semasa 1 hari yang lalu

Malaysia Perhebat Tekanan Diplomatik Terhadap Israel, Guna Pelbagai Platform Antarabangsa

oleh Sophia Ahmad

Semasa 1 hari yang lalu

4 Individu Didakwa Cederakan Pembantu Rumah Warga Indonesia

oleh Amirah Abu Bakar

Semasa 2 jam yang lalu

Pertikaian Peribadi, Hubungan Cinta Jadi Punca Pembunuhan Pelajar IPTS

oleh Sophia Ahmad

Semasa 1 hari yang lalu

Prosiding Kes Bapa Rogol Anak Ditangguh, Tunggu Laporan Perubatan

oleh Amirah Abu Bakar