web statsweb stats

Berita Terkini

1 minggu yang lalu: PRN Negeri Sembilan: Hari pencalonan 18 Julai, undi awal 28 Julai dan hari mengundi 1 Ogos - SPR 1 minggu yang lalu: PRN Johor: Hari pencalonan 27 Jun, undi awal 7 Julai dan hari mengundi 11 Julai - SPR 5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini

IKUTI KAMI


Penganggur Didenda RM2,800 Halang Tugas Polis

Semasa Dikemaskini 2 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 14 Dec 2023 1:13PM

gambar fail

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

SUNGAI PETANI - Seorang penganggur didenda RM2,800 selepas mengaku bersalah di Mahkamah Majistret di sini, hari ini kerana menghalang anggota polis menjalankan tugas pada 9 Disember lalu.

Majistret M. Kalaiarasi menjatuhkan hukuman itu terhadap Mohammad Dzahir Abdullah, 25, selepas dia mengaku bersalah atas pertuduhan berkenaan.

Tertuduh telah menghalang penjawat awam iaitu seorang Sarjan dalam menjalankan tugasnya di Kawasan Perkilangan Bakar Arang di sini pada jam 1.30 pagi, 9 Disember lalu.

Pertuduhan dibuat mengikut Seksyen 186 Kanun Keseksaan yang jika sabit kesalahan boleh dipenjara maksimum dua tahun atau denda maksimum RM10,000.

Selain itu, Mohammad Dzahir turut mengaku salah atas tuduhan di bawah Seksyen 15(1) Akta Dadah Berbahaya 1952 selepas hasil saringan air kencing mendapati dia positif dadah jenis methamphetamine.

Bagi kes tersebut mahkamah menetapkan 14 Februari 2024 sebagai tarikh sebutan semula kes serta untuk laporan kimia.

Pendakwaan dikendalikan Timbalan Pendakwa Raya S. Preeya, manakala tertuduh diwakili Peguam Yayasan Bantuan Guaman Kebangsaan (YBGK) Nur Firzana Ahmad Suhaimi. - BERNAMA

Sorotan

1

Prosiding Kes Bapa Rogol Anak Ditangguh, Tunggu Laporan Perubatan

2

Nahas 6 Kenderaan Cetus Kebakaran, Jumlah Mangsa Belum Diketahui

3

Program Mobiliti Antarabangsa Accountants UMK Beri Pendedahan Menyeluruh, Kenali Realiti Dunia Akauntan

4

PRN Johor: Mantan Menteri, Exco, Ahli Parlimen Antara 56 Calon PH

5

Beralih Kepada EV: Langkah Kecil Individu, Impak Besar Ekosistem Tenaga Negara

6

DUN Melaka Berkemungkinan Dibubar Dalam Tempoh 3 Bulan

Disyorkan untuk anda

Semasa 20 jam yang lalu

PDRM Buka Siasatan Tatatertib Terhadap Anggota Didakwa Hina Penduduk Tempatan di China

oleh Amirah Abu Bakar

Politik 1 hari yang lalu

Pengurangan Calon India, Pertukaran Nama Saat Akhir Cetus Kekecewaan Akar Umbi PKR Johor

oleh Sophia Ahmad

Pendidikan 1 hari yang lalu

Program Mobiliti Antarabangsa Accountants UMK Beri Pendedahan Menyeluruh, Kenali Realiti Dunia Akauntan

oleh Sophia Ahmad

Semasa 2 jam yang lalu

Pertikaian Peribadi, Hubungan Cinta Jadi Punca Pembunuhan Pelajar IPTS

oleh Sophia Ahmad