web statsweb stats

Berita Terkini

1 minggu yang lalu: PRN Negeri Sembilan: Hari pencalonan 18 Julai, undi awal 28 Julai dan hari mengundi 1 Ogos - SPR 1 minggu yang lalu: PRN Johor: Hari pencalonan 27 Jun, undi awal 7 Julai dan hari mengundi 11 Julai - SPR 5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini

IKUTI KAMI


31 Individu Disyaki Teroka NR-REE Secara Haram Di Perak Ditahan

Semasa Dikemaskini 2 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 13 Dec 2023 8:51PM

- gambar hiasan

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

IPOH - Seramai 31 individu termasuk 21 warga asing ditahan kerana disyaki melakukan aktiviti penerokaan bahan mentah unsur nadir bumi bukan radioaktif (NR-REE) secara haram di Hutan Simpan Bintang Hijau, Hulu Perak.

Ketua Polis Perak Datuk Seri Mohd Yusri Hassan Basri berkata, serbuan yang merupakan kerjasama pihaknya dan Jabatan Perhutanan Negeri Perak (JPNPk) melalui Op Khazanah itu dilakukan di beberapa lokasi berasingan.

Beliau berkata pada 8 Dis lepas dalam serbuan yang dilakukan di hutan simpan itu kira-kira pukul 3.30 petang telah berjaya menahan 28 individu.

"Pemeriksaan lanjut mendapati sembilan daripada yang ditahan merupakan warga tempatan dan selebihnya warga asing, kita juga turut melakukan tangkapan susulan terhadap tiga lagi suspek iaitu seorang warga tempatan dan dua lagi warga asing di lokasi berasingan,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Katanya warga asing yang ditahan berusia antara 23 hingga 69 tahun terdiri daripada 16 lelaki warganegara China, tiga lelaki dan satu wanita Myanmar serta seorang wanita warga Vietnam.

“Semakan juga mendapati kesemua warga asing terbabit tidak mempunyai dokumen perjalanan yang sah, polis telah membuka kertas siasatan di bawah Seksyen 6 (1) (c) dan Seksyen 55B Akta Imigresen 1959/63 (Akta 155),” katanya.

Katanya, kesemua suspek warga tempatan telah direman selama tiga hari manakala  warga asing akan direman selama 14 hari di bawah Seksyen 51 (5) (B) Akta Imigresen 1959/63.

Bagaimanapun siasatan bagi kesalahan di bawah Akta Perhutanan Negara 1984 (Akta 313) akan dilakukan oleh JPNPk untuk pendakwaan berasingan, katanya. - BERNAMA

Sorotan

1

Prosiding Kes Bapa Rogol Anak Ditangguh, Tunggu Laporan Perubatan

2

Nahas 6 Kenderaan Cetus Kebakaran, Jumlah Mangsa Belum Diketahui

3

Program Mobiliti Antarabangsa Accountants UMK Beri Pendedahan Menyeluruh, Kenali Realiti Dunia Akauntan

4

PRN Johor: Mantan Menteri, Exco, Ahli Parlimen Antara 56 Calon PH

5

Beralih Kepada EV: Langkah Kecil Individu, Impak Besar Ekosistem Tenaga Negara

6

DUN Melaka Berkemungkinan Dibubar Dalam Tempoh 3 Bulan

Disyorkan untuk anda

Semasa 1 jam yang lalu

Pengawal Keselamatan Dipenjara 8 Bulan, Denda RM50,000 Hina Agong 

oleh Sophia Ahmad

Semasa 1 hari yang lalu

Dadah Sintetik Jadi Ancaman Utama, Pantai Timur Paling Terjejas

oleh Sophia Ahmad

Semasa 1 hari yang lalu

Prosiding Kes Bapa Rogol Anak Ditangguh, Tunggu Laporan Perubatan

oleh Amirah Abu Bakar

Semasa 2 jam yang lalu

Pertikaian Peribadi, Hubungan Cinta Jadi Punca Pembunuhan Pelajar IPTS

oleh Sophia Ahmad