web statsweb stats

Berita Terkini

1 minggu yang lalu: PRN Negeri Sembilan: Hari pencalonan 18 Julai, undi awal 28 Julai dan hari mengundi 1 Ogos - SPR 1 minggu yang lalu: PRN Johor: Hari pencalonan 27 Jun, undi awal 7 Julai dan hari mengundi 11 Julai - SPR 5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini

IKUTI KAMI


Tiada Tempoh Berbulan Madu Untuk Ahli Kabinet - PM

Semasa Dikemaskini 2 tahun yang lalu ยท Diterbitkan pada 13 Dec 2023 8:01PM

Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim mempengerusikan Mesyuarat Pertama Kabinet baharu pagi tadi. - gambar X

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA LUMPUR - Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim memberi peringatan kepada semua anggota Kabinet termasuk yang baharu dilantik bahawa tidak ada tempoh untuk berbulan madu, sebaliknya mereka perlu terus menjalankan tugas menyelesaikan masalah rakyat.

Beliau berkata anggota Kabinet dan kerajaan juga dituntut untuk menoktahkan kemiskinan tegar, menguasai bidang-bidang penting, memacu pertumbuhan ekonomi dan menjamin kemakmuran negara.

Anwar berkata perkara itu antara yang disampaikan beliau dalam mesyuarat pertama Kabinet baharu Jemaah Menteri pagi tadi.

“Dalam mesyuarat ini saya tekankan tentang bidang tugas baharu setiap kementerian masing-masing. Mesyuarat juga mengutus penghargaan buat mantan Menteri Sumber Manusia V. Sivakumar atas sumbangan yang telah diberikan.

Saya turut titip pesan agar tumpuan dan keutamaan kini mesti lebih terarah dan pantas dalam usaha menterjemah cita dan nurani rakyat,” katanya menerusi hantaran di laman Facebook hari ini.

Mesyuarat itu turut dihadiri ahli-ahli Jemaah Menteri yang baharu iaitu Menteri Kewangan II Datuk Seri Amir Hamzah Azizan, Menteri Perladangan dan Komoditi Datuk Seri Johari Ghani, Menteri Kesihatan Datuk Seri Dr Dzulkefly Ahmad, Menteri Digital Gobind Singh Deo dan Menteri Sumber Manusia Steven Sim.

Semalam Anwar mengumumkan rombakan kabinet, yang menyaksikan pelantikan lima muka baharu bagi jawatan menteri dan timbalan menteri.

Rombakan Kabinet dan penyusunan semula kementerian melibatkan Kementerian Sumber Asli, Alam Sekitar dan Perubahan Iklim yang kini dipecahkan kepada Kementerian Peralihan Tenaga dan Daya Guna Awam serta Kementerian Sumber Asli dan Kelestarian Alam.

Kementerian Komunikasi dan Digital pula diasingkan masing-masing kepada Kementerian Digital dan Kementerian Komunikasi.

Rombakan itu menyaksikan jumlah Ahli Jemaah Menteri meningkat daripada 28 kepada 31, manakala timbalan menteri bertambah daripada 27 kepada 29, sekali gus jumlah keseluruhan anggota pentadbiran Kerajaan Perpaduan kini adalah 60 orang. – BERNAMA

Sorotan

1

Prosiding Kes Bapa Rogol Anak Ditangguh, Tunggu Laporan Perubatan

2

Nahas 6 Kenderaan Cetus Kebakaran, Jumlah Mangsa Belum Diketahui

3

Program Mobiliti Antarabangsa Accountants UMK Beri Pendedahan Menyeluruh, Kenali Realiti Dunia Akauntan

4

PRN Johor: Mantan Menteri, Exco, Ahli Parlimen Antara 56 Calon PH

5

Beralih Kepada EV: Langkah Kecil Individu, Impak Besar Ekosistem Tenaga Negara

6

DUN Melaka Berkemungkinan Dibubar Dalam Tempoh 3 Bulan

Disyorkan untuk anda

Semasa 1 hari yang lalu

4 Individu Didakwa Cederakan Pembantu Rumah Warga Indonesia

oleh Amirah Abu Bakar

Politik 1 hari yang lalu

DUN Melaka Berkemungkinan Dibubar Dalam Tempoh 3 Bulan

oleh Amirah Abu Bakar

Semasa 1 hari yang lalu

Prosiding Kes Bapa Rogol Anak Ditangguh, Tunggu Laporan Perubatan

oleh Amirah Abu Bakar

Politik 1 hari yang lalu

Pengurangan Calon India, Pertukaran Nama Saat Akhir Cetus Kekecewaan Akar Umbi PKR Johor

oleh Sophia Ahmad