web statsweb stats

Berita Terkini

1 minggu yang lalu: PRN Negeri Sembilan: Hari pencalonan 18 Julai, undi awal 28 Julai dan hari mengundi 1 Ogos - SPR 1 minggu yang lalu: PRN Johor: Hari pencalonan 27 Jun, undi awal 7 Julai dan hari mengundi 11 Julai - SPR 5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini

IKUTI KAMI


Polis Terima Laporan Kanak-kanak Setahun Didera Pengasuh Di Sikamat

Semasa Dikemaskini 2 tahun yang lalu ยท Diterbitkan pada 13 Dec 2023 7:45PM

Gambar bahagian belakang kanak-kanak berusia setahun yang didakwa didera pengasuh, yang dikongsikan ibunya melalui media sosial. - gambar media sosial

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

SEREMBAN - Polis menerima laporan berhubung kejadian penderaan kanak-kanak lelaki berusia setahun di Sikamat, seperti yang tular di media sosial, kata Timbalan Ketua Polis Daerah Seremban, Supt Mohd Rosli Ishak.

Beliau berkata pihaknya telah mengesan satu kenyataan tular di aplikasi Instagram oleh pemilik akaun @faradelyn.aris, yang mendakwa anaknya didera oleh pengasuh.

“Semakan pihak polis mendapati satu laporan polis diterima pada 7 Dis lepas berkaitan kejadian tersebut dan kes disiasat di bawah Seksyen 31(1)(a) Akta Kanak-Kanak 2001.

“Jika disabit kesalahan boleh dihukum penjara sehingga 20 tahun dan denda RM50,000 atau kedua-duanya,” katanya dalam satu kenyataan di sini hari ini.

Mohd Rosli berkata orang ramai diingatkan tidak terlibat dalam apa-apa bentuk penganiayaan atau pengabaian ke atas kanak-kanak.

Dalam pada itu, pemilik akaun Instagram @faradelyn.aris mendakwa ketika sedang menukar lampin, suaminya melihat banyak kesan lebam di belakang badan anaknya itu pada 5 Dis.

Menurut ibu mangsa itu, mereka menghantar anaknya itu kepada pengasuh tersebut baharu tiga bulan dan selama tempoh tersebut, dia mendapati terdapat kesan lebam pada badan anak tetapi tidak dimaklumkan oleh pengasuh berkenaan. - BERNAMA

Sorotan

1

Prosiding Kes Bapa Rogol Anak Ditangguh, Tunggu Laporan Perubatan

2

Nahas 6 Kenderaan Cetus Kebakaran, Jumlah Mangsa Belum Diketahui

3

Program Mobiliti Antarabangsa Accountants UMK Beri Pendedahan Menyeluruh, Kenali Realiti Dunia Akauntan

4

PRN Johor: Mantan Menteri, Exco, Ahli Parlimen Antara 56 Calon PH

5

Beralih Kepada EV: Langkah Kecil Individu, Impak Besar Ekosistem Tenaga Negara

6

DUN Melaka Berkemungkinan Dibubar Dalam Tempoh 3 Bulan

Disyorkan untuk anda

Semasa 1 hari yang lalu

4 Individu Didakwa Cederakan Pembantu Rumah Warga Indonesia

oleh Amirah Abu Bakar

Pendidikan 1 hari yang lalu

Program Mobiliti Antarabangsa Accountants UMK Beri Pendedahan Menyeluruh, Kenali Realiti Dunia Akauntan

oleh Sophia Ahmad

Politik 1 hari yang lalu

PRN Johor: Mantan Menteri, Exco, Ahli Parlimen Antara 56 Calon PH

oleh Sophia Ahmad

Semasa 1 hari yang lalu

Prosiding Kes Bapa Rogol Anak Ditangguh, Tunggu Laporan Perubatan

oleh Amirah Abu Bakar