web statsweb stats

Berita Terkini

1 minggu yang lalu: PRN Negeri Sembilan: Hari pencalonan 18 Julai, undi awal 28 Julai dan hari mengundi 1 Ogos - SPR 1 minggu yang lalu: PRN Johor: Hari pencalonan 27 Jun, undi awal 7 Julai dan hari mengundi 11 Julai - SPR 5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini

IKUTI KAMI


Johari Masih Ketuai Pasukan Petugas Selesaikan Isu 1MDB

Semasa Dikemaskini 2 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 13 Dec 2023 4:28PM

Datuk Seri Johari Abdul Ghani. - gambar fail

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

PUTRAJAYA - Datuk Seri Johari Abdul Ghani yang baru dilantik sebagai Menteri Perladangan dan Komoditi, masih mengetuai pasukan petugas bagi menyelesaikan beberapa isu membabitkan 1Malaysia Development Bhd (1MDB).

“Insya-Allah, setakat ini saya masih lagi,” katanya kepada pemberita selepas mengimbas kad perakam waktu bersama Timbalannya Datuk Chan Foong Chin, di lobi Kementerian Perladangan dan Komoditi (KPK) di sini hari ini sebagai simbolik memulakan tugas secara rasmi di kementerian itu.

Ditanya kemungkinan jawatan tersebut akan diserahkan kepada individu lain selepas pelantikannya sebagai menteri, Johari yang juga Ahli Parlimen Titiwangsa berkata : “Tengoklah siapa berani buat, buatlah.”

Pada masa sama, beliau berkata perkembangan tuntutan kerajaan terhadap Goldman Sachs yang telah selesai, juga sedang dipantau.

Pada Julai 2020, Kumpulan Goldman Sachs bersetuju untuk membayar sebanyak AS$3.9 bilion (RM16.6 bilion), untuk menyelesaikan siasatan jenayah jenayah oleh Malaysia terhadap bank pelaburan berkenaan dalam isu 1MDB, yang membabitkan berbilion dolar.

“Selepas empat kali (pembayaran) ditangguhkan, mereka masih tidak membayar bayaran pertama sebanyak USD250 juta.

“Alasan mereka, setiap penyelesaian yang dibuat melalui Ambank dan International Petroleum Investment Company (IPIC), dikira sebagai pemulihan aset.

“Sebenarnya itu salah. Recovery ialah kita cari benda (aset-aset) yang telah hilang melalui 1MDB,” katanya.

Sementara itu, Johari berazam untuk meneruskan segala perancangan bagi mengukuhkan lagi kementerian tersebut.

“Mereka telah melakukan kerja yang baik, sebab bila saya tengok di laman web kementerian, semuanya sangat menyeluruh.

“Jadi, saya cuma nak mengukuhkan hubungan dengan memperbanyakkan mesyuarat  bersama pemain-pemain industri dan pihak berkepentingan dalam sektor perladangan dan komoditi,” katanya sektor-sektor berkenaan menyumbang sebanyak lima peratus kepada Keluaran Dalam Negara Kasar. - BERNAMA

Sorotan

1

Memanipulasi Tradisi Sebagai Alat Kuasa, Siapa Sebenarnya Mengaut Untung?

2

Prosiding Kes Bapa Rogol Anak Ditangguh, Tunggu Laporan Perubatan

3

Nahas 6 Kenderaan Cetus Kebakaran, Jumlah Mangsa Belum Diketahui

4

Program Mobiliti Antarabangsa Accountants UMK Beri Pendedahan Menyeluruh, Kenali Realiti Dunia Akauntan

5

PRN Johor: Mantan Menteri, Exco, Ahli Parlimen Antara 56 Calon PH

6

Beralih Kepada EV: Langkah Kecil Individu, Impak Besar Ekosistem Tenaga Negara

Disyorkan untuk anda

Semasa 23 jam yang lalu

Perdagang Remaja Untuk Eksploitasi Seksual: Wanita Indonesia Dipenjara 6 Tahun 

oleh Sophia Ahmad

Politik 1 hari yang lalu

PRN Johor: Mantan Menteri, Exco, Ahli Parlimen Antara 56 Calon PH

oleh Sophia Ahmad

Pendidikan 1 hari yang lalu

Program Mobiliti Antarabangsa Accountants UMK Beri Pendedahan Menyeluruh, Kenali Realiti Dunia Akauntan

oleh Sophia Ahmad

Semasa 3 jam yang lalu

Pertikaian Peribadi, Hubungan Cinta Jadi Punca Pembunuhan Pelajar IPTS

oleh Sophia Ahmad