web statsweb stats

Berita Terkini

1 minggu yang lalu: PRN Negeri Sembilan: Hari pencalonan 18 Julai, undi awal 28 Julai dan hari mengundi 1 Ogos - SPR 1 minggu yang lalu: PRN Johor: Hari pencalonan 27 Jun, undi awal 7 Julai dan hari mengundi 11 Julai - SPR 5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini

IKUTI KAMI


Ancaman Binatang Buas Di Bagan Datuk, Perhilitan Pasang Perangkap

Semasa Dikemaskini 2 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 12 Dec 2023 8:16PM

Kakitangan Jabatan Perhilitan Perak memasang perangkap di kebun pisang di satu daripada empat kampung di Bagan Datuk susulan laporan tanaman penduduk dirosakkan haiwan misteri. - gambar media sosial

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

IPOH - Jabatan Perlindungan Hidupan Liar dan Taman Negara (Perhilitan) Perak telah memasang perangkap, susulan laporan haiwan misteri disyaki binatang buas yang merosakkan tanaman penduduk di empat buah kampung, di Bagan Datuk sejak dua minggu lalu.

Pengarah Perhilitan Perak Yusoff Shariff berkata pihaknya telah memasang dua buah perangkap haiwan, di sekitar Kampung Sungai Balai Darat sejak 10 Dis lalu.

Beliau berkata pemasangan perangkap itu sebagai langkah berjaga-jaga, selain menasihatkan para penduduk kawasan itu supaya berhati-hati dalam mendepani ancaman binatang buas tersebut.

“Hasil siasatan kakitangan kami mengesyaki haiwan itu ialah anjing berdasarkan kesan tapak kaki, namun kita akan jalankan siasatan lanjut,” katanya ketika dihubungi Bernama hari ini.

Yusoff juga memohon orang ramai maklumkan segera kepada Perhilitan, sekiranya ternampak hidupan liar termasuk beruang seperti yang didakwa penduduk dan jangan cuba bertindak sendiri.

Terdahulu dilaporkan kehadiran haiwan misteri disyaki binatang buas, merosakkan tanaman pisang sejak dua minggu lalu mencetuskan kebimbangan kepada penduduk.

Ia berdasarkan penemuan tapak kaki serta kesan cakaran haiwan tersebut pada puluhan tanaman pisang yang ditanam penduduk, di kebun sekitar Kampung Sungai Lanchang, Kampung Sungai Nipah Darat, Kampung Pasang Api dan Kampung Sungai Balai Darat.

Kejadian itu disedari pada Sabtu lalu selepas beberapa batang pokok pisang di kebun mereka yang terletak di Lorong Limau Nipis, Kampung Sungai Balai Darat, di sini,  patah serta rosak seperti ‘dikerjakan’ binatang buas.

Susulan itu ada penduduk mendakwa ia seperti gangguan beruang berdasarkan kerosakan pokok yang dipatahkan itu di bahagian tengah pokok (pisang). - BERNAMA

Sorotan

1

Memanipulasi Tradisi Sebagai Alat Kuasa, Siapa Sebenarnya Mengaut Untung?

2

Prosiding Kes Bapa Rogol Anak Ditangguh, Tunggu Laporan Perubatan

3

Nahas 6 Kenderaan Cetus Kebakaran, Jumlah Mangsa Belum Diketahui

4

Program Mobiliti Antarabangsa Accountants UMK Beri Pendedahan Menyeluruh, Kenali Realiti Dunia Akauntan

5

PRN Johor: Mantan Menteri, Exco, Ahli Parlimen Antara 56 Calon PH

6

Beralih Kepada EV: Langkah Kecil Individu, Impak Besar Ekosistem Tenaga Negara

Disyorkan untuk anda

Semasa 1 hari yang lalu

Dadah Sintetik Jadi Ancaman Utama, Pantai Timur Paling Terjejas

oleh Sophia Ahmad

Politik 1 hari yang lalu

Pengurangan Calon India, Pertukaran Nama Saat Akhir Cetus Kekecewaan Akar Umbi PKR Johor

oleh Sophia Ahmad

Semasa 22 jam yang lalu

PDRM Buka Siasatan Tatatertib Terhadap Anggota Didakwa Hina Penduduk Tempatan di China

oleh Amirah Abu Bakar

Semasa 1 hari yang lalu

4 Individu Didakwa Cederakan Pembantu Rumah Warga Indonesia

oleh Amirah Abu Bakar