web statsweb stats

Berita Terkini

1 minggu yang lalu: PRN Negeri Sembilan: Hari pencalonan 18 Julai, undi awal 28 Julai dan hari mengundi 1 Ogos - SPR 1 minggu yang lalu: PRN Johor: Hari pencalonan 27 Jun, undi awal 7 Julai dan hari mengundi 11 Julai - SPR 5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini

IKUTI KAMI


Lima Menteri, Lima Timbalan Menteri Angkat Sumpah Jawatan

Semasa Dikemaskini 2 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 12 Dec 2023 4:15PM

Istana Negara. - gambar BERNAMA

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA LUMPUR - Lima menteri dan lima timbalan menteri baharu hari ini mengangkat sumpah jawatan di hadapan Yang di-Pertuan Agong Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah, di Istana Negara di sini.

Turut berangkat pada Istiadat Pengurniaan Surat Cara Pelantikan dan Istiadat Mengangkat Sumpah Jawatan dan Setia Serta Sumpah Simpan Rahsia itu ialah Raja Permaisuri Agong Tunku Azizah Aminah Maimunah Iskandariah.

Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim dan isteri Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail, turut hadir menyaksikan majlis itu. Hadir sama Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi.

Pada istiadat itu, menteri-menteri dibahagikan kepada dua kumpulan dengan kumpulan pertama diketuai Ahli Parlimen Kuala Selangor Datuk Seri Dr Dzulkefly Ahmad yang kembali menerajui Kementerian Kesihatan, diikuti Ahli Parlimen Damansara Gobind Singh Deo (Menteri Digital) dan Ahli Parlimen Bukit Mertajam Sim Chee Keong (Menteri Sumber Manusia).

Kumpulan kedua pula terdiri daripada Ahli Parlimen Titiwangsa Datuk Seri Johari Abdul Ghani (Menteri Perladangan dan Komoditi) serta Senator Datuk Seri Amir Hamzah Azizan (Menteri Kewangan II).

Selain itu, kumpulan pertama timbalan menteri terdiri daripada Ahli Parlimen Parit Sulong Datuk Seri Dr Noraini Ahmad (Timbalan Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat), Ahli Parlimen Ipoh Barat M. Kulasegaran (Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Undang-Undang dan Reformasi Institusi)), serta Ahli Parlimen Sungai Buloh Datuk Ramanan Ramakrishnan (Timbalan Menteri Pembangunan Usahawan dan Koperasi).

Kumpulan kedua pula terdiri daripada Senator Dr Zulkifli Hasan yang dilantik Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama) serta Ahli Parlimen Taiping Wong Kah Woh (Timbalan Menteri Pendidikan).

Kesemua mereka melafazkan ikrar sumpah jawatan dan taat setia, sebelum menandatangani dokumen rasmi pelantikan dengan disaksikan Ketua Hakim Negara Tun Tengku Maimun Tuan Mat dan Ketua Setiausaha Negara Tan Sri Mohd Zuki Ali.

Menteri dan timbalan menteri baharu itu mengangkat sumpah jawatan hari ini susulan pengumuman rombakan Kabinet oleh Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim dalam sidang media di Putrajaya, pagi tadi. - BERNAMA

Sorotan

1

Memanipulasi Tradisi Sebagai Alat Kuasa, Siapa Sebenarnya Mengaut Untung?

2

Prosiding Kes Bapa Rogol Anak Ditangguh, Tunggu Laporan Perubatan

3

Nahas 6 Kenderaan Cetus Kebakaran, Jumlah Mangsa Belum Diketahui

4

Program Mobiliti Antarabangsa Accountants UMK Beri Pendedahan Menyeluruh, Kenali Realiti Dunia Akauntan

5

PRN Johor: Mantan Menteri, Exco, Ahli Parlimen Antara 56 Calon PH

6

Beralih Kepada EV: Langkah Kecil Individu, Impak Besar Ekosistem Tenaga Negara

Disyorkan untuk anda

Semasa 2 jam yang lalu

Amang Seksual Fizikal Bekas Murid, Guru Hadap 2 Pertuduhan

oleh Amirah Abu Bakar

Semasa 2 jam yang lalu

Pengawal Keselamatan Dipenjara 8 Bulan, Denda RM50,000 Hina Agong 

oleh Sophia Ahmad

Politik 1 hari yang lalu

Pengurangan Calon India, Pertukaran Nama Saat Akhir Cetus Kekecewaan Akar Umbi PKR Johor

oleh Sophia Ahmad

Semasa 3 jam yang lalu

Pertikaian Peribadi, Hubungan Cinta Jadi Punca Pembunuhan Pelajar IPTS

oleh Sophia Ahmad