web statsweb stats

Berita Terkini

1 minggu yang lalu: PRN Negeri Sembilan: Hari pencalonan 18 Julai, undi awal 28 Julai dan hari mengundi 1 Ogos - SPR 1 minggu yang lalu: PRN Johor: Hari pencalonan 27 Jun, undi awal 7 Julai dan hari mengundi 11 Julai - SPR 5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini

IKUTI KAMI


Menteri Kabinet, Ahli Parlimen Mula Tiba Di Istana Negara

Semasa Dikemaskini 2 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 12 Dec 2023 3:31PM

Istana Negara. - gambar fail

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA LUMPUR - Barisan Jemaah Menteri dan Ahli Parlimen mula tiba di Istana Negara bagi menghadiri Istiadat Pengurniaan Surat Cara Pelantikan dan Istiadat Mengangkat Sumpah Jawatan dan Setia serta Sumpah Simpan Rahsia yang dijadual berlangsung, petang ini.

Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim dan timbalannya Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi tiba pada kira-kira 2.40 petang.

Antara menteri yang kelihatan hadir ialah Datuk Seri Mohamad Hasan, Datuk Seri Mohamad Sabu, Datuk Seri Mohamad Khaled Nordin, Anthony Loke, Datuk Armizan Mohd Ali, Fahmi Fadzil dan Datuk Seri Dr Zambry Abd Kadir.

Turut kelihatan beberapa Ahli Parlimen yang dijadual mengangkat sumpah jawatan Menteri Persekutuan hari ini adalah Ahli Parlimen Damansara Gobind Singh Deo (Menteri Digital), Ahli Parlimen Titiwangsa Datuk Seri Johari Abdul Ghani (Menteri Perladangan dan Komoditi), Ahli Parlimen Kuala Selangor Datuk Seri Dr Dzulkefly Ahmad (Menteri Kesihatan) dan Senator Datuk Seri Amir Hamzah Azizan (Menteri Kewangan II).

Barisan Menteri dan Timbalan Menteri baharu yang diumumkan Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim hari ini akan mengangkat sumpah jawatan di hadapan Yang di-Pertuan Agong Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah.

Anwar hari ini mengumumkan pelantikan masing-masing lima menteri dan timbalan menteri, termasuk empat muka baharu dan penampilan semula lima bekas menteri dalam rombakan Kabinet Kerajaan Perpaduan.

Perdana Menteri turut mengumumkan penyusunan semula kementerian berdasarkan keperluan semasa melibatkan Kementerian Sumber Asli, Alam Sekitar dan Perubahan Iklim yang kini dipecahkan kepada Kementerian Peralihan Tenaga dan Daya Guna Awam serta Kementerian Sumber Asli dan Kelestarian Alam.

Kementerian Komunikasi dan Digital pula dipecahkan kepada masing-masing Kementerian Digital serta Kementerian Komunikasi. - BERNAMA

Sorotan

1

Memanipulasi Tradisi Sebagai Alat Kuasa, Siapa Sebenarnya Mengaut Untung?

2

Prosiding Kes Bapa Rogol Anak Ditangguh, Tunggu Laporan Perubatan

3

Nahas 6 Kenderaan Cetus Kebakaran, Jumlah Mangsa Belum Diketahui

4

Program Mobiliti Antarabangsa Accountants UMK Beri Pendedahan Menyeluruh, Kenali Realiti Dunia Akauntan

5

PRN Johor: Mantan Menteri, Exco, Ahli Parlimen Antara 56 Calon PH

6

Beralih Kepada EV: Langkah Kecil Individu, Impak Besar Ekosistem Tenaga Negara

Disyorkan untuk anda

Politik 1 hari yang lalu

PRN Johor: Mantan Menteri, Exco, Ahli Parlimen Antara 56 Calon PH

oleh Sophia Ahmad

Semasa 1 hari yang lalu

Prosiding Kes Bapa Rogol Anak Ditangguh, Tunggu Laporan Perubatan

oleh Amirah Abu Bakar

Semasa 23 jam yang lalu

Perdagang Remaja Untuk Eksploitasi Seksual: Wanita Indonesia Dipenjara 6 Tahun 

oleh Sophia Ahmad

Politik 15 minit yang lalu

PRN Johor: BN Buat Kejutan, Dr Adham Baba Kembali Bertanding

oleh Sophia Ahmad