web statsweb stats

Berita Terkini

1 bulan yang lalu: PRN Negeri Sembilan: Hari pencalonan 18 Julai, undi awal 28 Julai dan hari mengundi 1 Ogos - SPR 1 bulan yang lalu: PRN Johor: Hari pencalonan 27 Jun, undi awal 7 Julai dan hari mengundi 11 Julai - SPR 6 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 7 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 8 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini

IKUTI KAMI


Prabowo-Gibran Mendahului Tinjauan Terkini Pilihan Raya Presiden Indonesia 2024

Semasa Dikemaskini 2 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 11 Dec 2023 6:06PM

gambar hiasan

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

JAKARTA - Prabowo Subianto dan Gibran Rakabuming Raka menjadi gandingan utama dalam tinjauan simulasi pemilihan bagi pilihan raya Presiden Indonesia 2024, baru-baru ini.

Berdasarkan tinjauan Indikator Politik Indonesia, sokongan terhadap Prabowo-Gibran menyaksikan peningkatan sehingga enam peratus, iaitu 45.8 peratus berbanding bulan lalu.

Sebaliknya, Ganjar Pranowo dan Mahfud Md mencatatkan penurunan sehingga lima peratus, iaitu pada kadar 25.6 peratus, manakala Anies Baswedan dan Muhaimin Iskandar kekal pada 22.8 peratus.

Tinjauan dijalankan dari 23 November hingga 1 Disember secara bersemuka membabitkan 5,380 responden dan menggunakan kaedah pensampelan rawak dengan margin ralat ±2.9 peratus dan tahap keyakinan 95 peratus.

Sokongan terhadap gandingan Prabowo-Gibran semakin meningkat merentasi semua peringkat umur termasuk Generasi X, milenium dan baby boomer dan kekal konsisten dalam kalangan pengundi Islam dan bukan Islam.

Meskipun pilihan raya pusingan pertama masih tidak menentu, Indikator Politik Indonesia menyuarakan keyakinan bahawa kedua-dua individu terbabit akan melayakkan diri dalam pusingan seterusnya.

Sementara itu, Lembaga Survei Indonesia mendedahkan bahawa sokongan untuk Prabowo-Gibran meningkat sebanyak 9.7 peratus kepada 45.6 peratus pada Disember berbanding tinjauan yang dilakukan pada Oktober.

Ganjar-Mahfud menduduki tempat kedua dengan 23.8 peratus, diikuti rapat Anies-Muhaimin dengan 22.3 peratus.

Tinjauan yang dijalankan dari 3-5 Disember itu membabitkan 1,426 responden melalui panggilan telefon, dengan margin ralat dianggarkan sekitar 2.6 peratus pada tahap keyakinan 95 peratus.

Rakyat Indonesia akan mengundi pada 14 Februari depan bagi memilih pemimpin seterusnya menggantikan Presiden Joko Widodo yang akan menamatkan penggal kedua dan terakhirnya pada Oktober 2024. - BERNAMA

Berita Berkaitan

1

Semasa 1 tahun yang lalu

Indonesia Tegas Komitmen Perkukuh Hubungan Pertahanan Dengan Malaysia

2

Luar Negara 2 tahun yang lalu

Prabowo-Gibran Diumumkan Pemenang Rasmi PILPRES 2024

3

Semasa 3 tahun yang lalu

Anwar Terima Kunjungan Hormat Menteri Pertahanan Indonesia

4

Budaya 3 tahun yang lalu

Semangat Mat Kilau Iringi Kejuaraan Pencak Silat Dunia

Sorotan

1

Tok Mat Tiba Di Pusat Penamaan Calon DUN Rantau, Zahid Jadi Pengiring

2

PRN Negeri Sembilan: 4 Calon PH, 3 Calon BN Tiba Di Pusat Penamaan Calon

3

Mayat Kanak-Kanak Perempuan Hilang Ditemukan, 2 Lelaki Ditahan

4

Dituduh Rogol Remaja Bawah Umur, Pempengaruh Media Sosial Mengaku Tidak Bersalah

5

Diperdaya ‘Love Scam’ Di Telegram, Pelajar Universiti Rugi Lebih RM56,000

6

Tarik Diri Daripada Kerajaan Negeri, DAP Melaka Beralih ke Blok Pembangkang 

Disyorkan untuk anda

Politik 7 jam yang lalu

Tok Mat Tiba Di Pusat Penamaan Calon DUN Rantau, Zahid Jadi Pengiring

oleh Amirah Abu Bakar

Semasa 22 jam yang lalu

Najib Jalani Prosedur Jantung Minggu Depan 

oleh Wartawan Getaran

Politik 1 hari yang lalu

‘Saya Tak Lari, Keputusan Bertanding Di Linggi Pilihan Sendiri’ - Aminuddin

oleh Sophia Ahmad

Politik 8 jam yang lalu

PRN Negeri Sembilan: Saingan Bermula, Proses Penamaan Calon Mengambil Tempat

oleh Sophia Ahmad