web statsweb stats

Berita Terkini

1 minggu yang lalu: PRN Negeri Sembilan: Hari pencalonan 18 Julai, undi awal 28 Julai dan hari mengundi 1 Ogos - SPR 1 minggu yang lalu: PRN Johor: Hari pencalonan 27 Jun, undi awal 7 Julai dan hari mengundi 11 Julai - SPR 5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini

IKUTI KAMI


Agong Rasmi Majlis Pemasangan Landasan Pertama ECRL

Semasa Dikemaskini 2 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 11 Dec 2023 1:20PM

Yang di-Pertuan Agong Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah menyempurnakan Majlis Perasmian Pemasangan Landasan Pertama projek Laluan Rel Pantai Timur (ECRL) di sini hari ini. - gambar BERNAMA

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUANTAN - Yang di-Pertuan Agong Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah berkenan mencemar duli menyempurnakan Majlis Perasmian Pemasangan Landasan Pertama projek Laluan Rel Pantai Timur (ECRL) di sini hari ini.

Majlis yang berlangsung di Tapak Stesen ECRL Seksyen 10 di Gebeng di sini, turut menyaksikan keberangkatan Raja Permaisuri Agong Tunku Azizah Aminah Maimunah Iskandariah.

Turut hadir ialah Menteri Pengangkutan Anthony Loke Siew Fook, Duta Besar China Ke Malaysia Ouyang Yujin, Pengerusi Malaysia Rail Link Sdn Bhd (MRL) selaku pemilik projek ECRL Tan Sri Mohd Zuki Ali, Pengerusi China Communications Construction Company Ltd (CCCC) Wang Tongzhou dan Menteri Besar dari tiga negeri Pantai Timur, yang menjadi jajaran ECRL.

CCCC merupakan kontraktor kejuruteraan, pemerolehan, pembinaan dan pentauliahan ECRL, yang melibatkan jajaran sepanjang 665 kilometer (km) dengan keseluruhannya mempunyai 20 stesen termasuk 10 stesen penumpang dan 10 stesen gabungan penumpang serta kargo.

Projek mega yang dirasmikan pada 9 Ogos 2017 dengan anggaran kos bernilai RM50 bilion itu dijadualkan beroperasi pada Januari 2027 dan menawarkan perkhidmatan keretapi penumpang pada kelajuan 160km/j serta keretapi kargo dengan kelajuan 80km/j.

Wang Tongzhou dalam kenyataan yang diedarkan kepada media berkata majlis pelancaran itu juga merealisasikan era baru untuk proses pembinaan infrastruktur mega keratapi ECRL di Malaysia.

"Pemasangan landasan yang dilancarkan menandakan komitmen kami untuk meraikan Malaysia dengan kemajuan, inovasi, dan integrasi ketersambungan mobiliti yang bermakna,” katanya.

Perasmian hari ini menjadi titik permulaan penting untuk pemasangan landasan sepanjang 94 km dari stesen Bandar Pelabuhan Kuantan (KPC) di Gebeng ke Dungun, Terengganu yang dijangka mengambil masa antara tiga ke empat bulan untuk dilengkapkan.

Pemasangan landasan seterusnya akan melibatkan stesen KPC ke Temerloh, dekat sini dan menuju ke arah utara dari Dungun ke Kota Bharu, Kelantan sebelum diakhiri dari Temerloh ke Jalan Kastam, Selangor.

Proses pemasangan menggunakan alat canggih iaitu Mesin Pemasangan Trek CCPG500A, bersama Long Welded Rail (LWR) sepanjang 500 meter dan pre-stressed mono-block sleepers bagi memastikan pembentukan asas yang kukuh, selain dapat mengurangkan getaran semasa keretapi beroperasi bagi keselesaan penumpang.

Peralatan itu juga membolehkan pemasangan landasan berjalan antara 1.5km ke 2.5km sehari, iaitu peningkatan ketara berbanding kaedah kovensional, yang hanya boleh memasang landasan trek antara 500 ke 700 meter sehari. - BERNAMA

Sorotan

1

Pengawal Keselamatan Dipenjara 8 Bulan, Denda RM50,000 Hina Agong 

2

Pertikaian Peribadi, Hubungan Cinta Jadi Punca Pembunuhan Pelajar IPTS

3

Memanipulasi Tradisi Sebagai Alat Kuasa, Siapa Sebenarnya Mengaut Untung?

4

Prosiding Kes Bapa Rogol Anak Ditangguh, Tunggu Laporan Perubatan

5

Program Mobiliti Antarabangsa Accountants UMK Beri Pendedahan Menyeluruh, Kenali Realiti Dunia Akauntan

6

PRN Johor: Mantan Menteri, Exco, Ahli Parlimen Antara 56 Calon PH

Disyorkan untuk anda

Politik 50 minit yang lalu

Mohd Puad Zarkashi Umum Keluar UMNO Serta-Merta, Dakwa UMNO Johor Hilang Autonomi

oleh Sophia Ahmad

Semasa 16 jam yang lalu

Remaja Punca Nahas Ragut 3 Nyawa Dihantar Ke Sekolah Henry Gurney

oleh Amirah Abu Bakar

Semasa 1 hari yang lalu

Perdagang Remaja Untuk Eksploitasi Seksual: Wanita Indonesia Dipenjara 6 Tahun 

oleh Sophia Ahmad

Semasa 1 hari yang lalu

Dadah Sintetik Jadi Ancaman Utama, Pantai Timur Paling Terjejas

oleh Sophia Ahmad