web statsweb stats

Berita Terkini

1 minggu yang lalu: PRN Negeri Sembilan: Hari pencalonan 18 Julai, undi awal 28 Julai dan hari mengundi 1 Ogos - SPR 1 minggu yang lalu: PRN Johor: Hari pencalonan 27 Jun, undi awal 7 Julai dan hari mengundi 11 Julai - SPR 5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini

IKUTI KAMI


Isu Godam Data Perkeso: Beri Ruang Bagi Siasatan Forensik Dalaman – Sivakumar

Semasa Dikemaskini 2 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 11 Dec 2023 9:04AM

Menteri Sumber Manusia, V. Sivakumar. - gambar BERNAMA

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA LUMPUR - Menteri Sumber Manusia, V. Sivakumar meminta semua pihak memberi ruang kepada pasukan siasatan forensik dalaman untuk melengkapkan siasatan berkaitan kes serangan siber yang menyasarkan infrastruktur dan imej Pertubuhan Keselamatan Sosial (Perkeso).

Sivakumar, dalam kenyataan malam tadi, memaklumkan kementerian berkenaan berharap spekulasi tidak berasas yang ditularkan di media sosial sebelum ini dapat dihentikan kerana ia bukan hanya mengeruhkan keadaan malah berupaya mengundang ketidaktenteraman dalam kalangan masyarakat.

“Ini bagi membolehkan matlamat utama penubuhan Perkeso sebagai agensi yang memberikan khidmat perlindungan sosial tidak terjejas rentetan pencerobohan siber ini.

“Kementerian sekali lagi memberi jaminan, tiada pihak yang akan terlepas daripada tindakan undang-undang sekiranya didapati menjadi dalang kepada insiden pada 2 Dis lalu,” katanya yang turut memaklumkan serangan siber itu berjaya dipatahkan dengan usaha pemulihan serta mitigasi ketika ini giat dilaksanakan.

Sivakumar berkata kementerian juga telah mengumpul bukti-bukti forensik sebelum diserahkan kepada pihak berkuasa untuk tindakan selanjutnya bagi menyekat gerakan anasir penggodam berterusan.

Proses itu termasuk meneliti kemungkinan wujud elemen jenayah komersil yang membawa kepada gangguan sistem, pangkalan data dan laman sesawang agensi seliaan kementerian.

Pada Jumaat lalu, Perkeso memberi jaminan sistem, pangkalan maklumat dan laman sesawang agensi itu yang diserang penggodam sejak Sabtu lepas tidak akan merencatkan khidmat kepada pencarum, majikan serta orang ramai.

Pertubuhan itu memaklumkan segala pembayaran faedah, pampasan dan pencen ilat kepada pencarum serta waris terlibat akan tetap dilaksanakan mengikut tempoh yang diperuntukkan. - BERNAMA

Sorotan

1

Pengawal Keselamatan Dipenjara 8 Bulan, Denda RM50,000 Hina Agong 

2

Pertikaian Peribadi, Hubungan Cinta Jadi Punca Pembunuhan Pelajar IPTS

3

Memanipulasi Tradisi Sebagai Alat Kuasa, Siapa Sebenarnya Mengaut Untung?

4

Prosiding Kes Bapa Rogol Anak Ditangguh, Tunggu Laporan Perubatan

5

Program Mobiliti Antarabangsa Accountants UMK Beri Pendedahan Menyeluruh, Kenali Realiti Dunia Akauntan

6

PRN Johor: Mantan Menteri, Exco, Ahli Parlimen Antara 56 Calon PH

Disyorkan untuk anda

Politik 16 jam yang lalu

BN Tak Mahu Kerajaan Gabungan, Bergerak Solo Jika Menang PRN - Onn Hafiz

oleh Sophia Ahmad

Semasa 1 hari yang lalu

PDRM Buka Siasatan Tatatertib Terhadap Anggota Didakwa Hina Penduduk Tempatan di China

oleh Amirah Abu Bakar

Politik 44 minit yang lalu

Mohd Puad Zarkashi Umum Keluar UMNO Serta-Merta, Dakwa UMNO Johor Hilang Autonomi

oleh Sophia Ahmad

Semasa 1 hari yang lalu

Perdagang Remaja Untuk Eksploitasi Seksual: Wanita Indonesia Dipenjara 6 Tahun 

oleh Sophia Ahmad