web statsweb stats

Berita Terkini

1 minggu yang lalu: PRN Negeri Sembilan: Hari pencalonan 18 Julai, undi awal 28 Julai dan hari mengundi 1 Ogos - SPR 1 minggu yang lalu: PRN Johor: Hari pencalonan 27 Jun, undi awal 7 Julai dan hari mengundi 11 Julai - SPR 5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini

IKUTI KAMI


Lelaki Didenda RM7,000, Buat Hantaran Berbaur Lucah Terhadap Pegawai Polis Wanita

Semasa Dikemaskini 2 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 08 Dec 2023 4:50PM

Mohamad Fatariza Abd Hamid, 49, didenda RM7,000 oleh Mahkamah Sesyen Kuala Lumpur hari ini selepas mengaku bersalah membuat dan menghantar komunikasi jelik berbaur lucah terhadap seorang pegawai polis wanita di Facebooknya, dua tahun lepas. - gambar BERNAMA

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA LUMPUR - Seorang lelaki dijatuhi hukuman denda RM7,000 oleh Mahkamah Sesyen di sini hari ini selepas mengaku bersalah membuat dan menghantar komunikasi jelik berbaur lucah kepada seorang pegawai polis wanita menerusi akaun Facebooknya, dua tahun lepas.

Hakim N.Priscilla Hemamalini menjatuhkan hukuman itu ke atas Mohamad Fatariza Abd Hamid, 49, selaku Orang Kena Saman (OKS) dan memerintahkannya menjalani hukuman penjara enam bulan, sekiranya gagal membayar denda, bagaimanapun OKS membayar denda itu.

Lelaki itu didakwa melakukan perbuatan tersebut untuk menyakitkan hati orang lain di akaun Facebook “Fatariza Hamid” pada 2.13 pagi, 30 Julai 2021 dengan pautan dibaca di Pejabat Bahagian Siasatan Jenayah Siber dan Multimedia, Jabatan Siasatan Jenayah Komersial, Ibu Pejabat Polis Bukit Aman, Menara KPJ, Wangsa Maju pada 11.05 pagi, tarikh sama.

Pertuduhan terhadap Mohamad Fatariza adalah menurut Seksyen 233(1)(a) Akta Komunikasi dan Multimedia 1998 dan boleh dihukum di bawah Seksyen 233(3) akta sama, yang memperuntukkan hukuman denda tidak lebih RM50,000 atau penjara maksimum setahun atau kedua-duanya.

Timbalan Pendakwa Raya Nurilya Ellyna Nor Azmal sebelum itu memohon mahkamah mengenakan hukuman setimpal sebagai pengajaran kepada OKS serta orang awam supaya lebih berhati-hati dan menjaga adab dalam menggunakan media sosial.

"OKS membuat hantaran itu kepada seorang penjawat awam. Oleh itu, satu pengajaran harus diberikan kepada OKS supaya tidak mengulangi kesalahan sama," kata Nurilya Ellyna.

Peguam Salmi Hamdan Sabran yang mewakili OKS merayu hakim mengenakan hukuman ringan dengan alasan anak guamnya mempunyai tiga anak dan seorang daripadanya merupakan Orang Kurang Upaya (OKU) serta menghidap penyakit jantung.

"Ini merupakan kesalahan kali pertama anak guam saya dan dia memohon maaf serta insaf atas kesalahan yang dilakukannya. OKS berharap mahkamah dapat memberikan peluang kedua untuk dia berubah ke arah yang lebih baik," kata peguam itu. - BERNAMA

Sorotan

1

Prosiding Kes Bapa Rogol Anak Ditangguh, Tunggu Laporan Perubatan

2

Nahas 6 Kenderaan Cetus Kebakaran, Jumlah Mangsa Belum Diketahui

3

Program Mobiliti Antarabangsa Accountants UMK Beri Pendedahan Menyeluruh, Kenali Realiti Dunia Akauntan

4

PRN Johor: Mantan Menteri, Exco, Ahli Parlimen Antara 56 Calon PH

5

Beralih Kepada EV: Langkah Kecil Individu, Impak Besar Ekosistem Tenaga Negara

6

DUN Melaka Berkemungkinan Dibubar Dalam Tempoh 3 Bulan

Disyorkan untuk anda

Politik 1 hari yang lalu

DUN Melaka Berkemungkinan Dibubar Dalam Tempoh 3 Bulan

oleh Amirah Abu Bakar

Semasa 14 jam yang lalu

Malaysia Perhebat Tekanan Diplomatik Terhadap Israel, Guna Pelbagai Platform Antarabangsa

oleh Sophia Ahmad

Politik 1 hari yang lalu

Masa Depan Negara Bergantung Kepada Rakyat, Bukan ‘Politikus Sandiwara’ - Vinod Sekhar 

oleh Sophia Ahmad

Semasa 14 jam yang lalu

Dadah Sintetik Jadi Ancaman Utama, Pantai Timur Paling Terjejas

oleh Sophia Ahmad