web statsweb stats

Berita Terkini

1 minggu yang lalu: PRN Negeri Sembilan: Hari pencalonan 18 Julai, undi awal 28 Julai dan hari mengundi 1 Ogos - SPR 1 minggu yang lalu: PRN Johor: Hari pencalonan 27 Jun, undi awal 7 Julai dan hari mengundi 11 Julai - SPR 5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini

IKUTI KAMI


Kerajaan Pertimbang Rayuan Individu Gagal Mohon Kredit eMADANI

Semasa Dikemaskini 2 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 08 Dec 2023 4:31PM

- gambar fail

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

PONTIAN - Kementerian Kewangan sedang menimbang rayuan individu yang ditolak permohonan bantuan kredit eMADANI, kata Timbalan Menterinya Datuk Seri Ahmad Maslan.

Beliau berkata rayuan itu akan diberi keutamaan kepada pemohon yang layak termasuk penerima Sumbangan Tunai Rahmah (STR).

"Melalui senarai STR, terdapat sebanyak 8.7 juta penerima dan sebahagiannya tidak menerima eMADANI, oleh itu kelompok berkenaan akan dipertimbangkan dan diutamakan," katanya pada sidang media selepas melawat tapak cadangan Kolej Komuniti Pontian di Benut di sini hari ini.

Ahmad berkata pengumuman mengenai rayuan eMADANI yang bertujuan mengembangkan kaedah penggunaan e-dompet selain membantu rakyat serta perusahaan mikro, kecil dan sederhana (PMKS) serta ekonomi setempat itu, akan dibuat dalam masa terdekat.

“Pada Rabu lepas, Kementerian Kewangan adakan masyuarat berhubung eMADANI yang  dipengerusikan Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim, yang turut dihadiri saya dan Ketua Setiausaha Perbendaharaan Datuk Johan Mahmood Merican.

"Kita akan buat pengumuman seterusnya mengenai rayuan ini dalam sedikit masa lagi," katanya.

Ahmad berkata kerajaan mendengar keluhan sebahagian rakyat yang mendakwa eMADANI sukar dimohon, seterusnya perbandingan data juga akan dilakukan antara jumlah penerima STR dengan eMADANI bagi memperbaiki kelompangan permohonan itu.

"Sebenarnya eMADANI amat mengujakan dan tempoh permohonan dibuka selama dua bulan bermula Isnin lepas, tetapi dalam beberapa hari ini ramai rakyat telah berjaya mendapatkannya. Permohonan menerusi aplikasi Touch 'n Go adalah paling tinggi," katanya.

Program eMADANI yang boleh ditebus bermula Isnin lepas dijangka dimanfaatkan 10 juta rakyat meliputi golongan B40 dan M40 yang akan menerima kredit e-tunai sebanyak RM100.

Antara syarat kelayakan untuk memohon bantuan kredit eMADANI itu ialah warganegara Malaysia berumur 21 tahun ke atas pada 1 Januari 2023 dan penerima STR berdasarkan rekod pada 7 Nov 2023 atau mempunyai pendapatan RM100,000 dan ke bawah setahun berdasarkan rekod Lembaga Hasil Dalam Negeri Malaysia (LHDNM) setakat 15 Julai 2023. - BERNAMA

Sorotan

1

Prosiding Kes Bapa Rogol Anak Ditangguh, Tunggu Laporan Perubatan

2

Nahas 6 Kenderaan Cetus Kebakaran, Jumlah Mangsa Belum Diketahui

3

Program Mobiliti Antarabangsa Accountants UMK Beri Pendedahan Menyeluruh, Kenali Realiti Dunia Akauntan

4

PRN Johor: Mantan Menteri, Exco, Ahli Parlimen Antara 56 Calon PH

5

Beralih Kepada EV: Langkah Kecil Individu, Impak Besar Ekosistem Tenaga Negara

6

DUN Melaka Berkemungkinan Dibubar Dalam Tempoh 3 Bulan

Disyorkan untuk anda

Politik 1 hari yang lalu

DUN Melaka Berkemungkinan Dibubar Dalam Tempoh 3 Bulan

oleh Amirah Abu Bakar

Semasa 11 jam yang lalu

PDRM Buka Siasatan Tatatertib Terhadap Anggota Didakwa Hina Penduduk Tempatan di China

oleh Amirah Abu Bakar

Semasa 1 hari yang lalu

Pemilik Kenderaan Diesel Terima Kuota 200 Liter Sebulan, Boleh Mohon Tambahan 100 Liter

oleh Sophia Ahmad

Semasa 13 jam yang lalu

Perdagang Remaja Untuk Eksploitasi Seksual: Wanita Indonesia Dipenjara 6 Tahun 

oleh Sophia Ahmad