web statsweb stats

Berita Terkini

1 minggu yang lalu: PRN Negeri Sembilan: Hari pencalonan 18 Julai, undi awal 28 Julai dan hari mengundi 1 Ogos - SPR 1 minggu yang lalu: PRN Johor: Hari pencalonan 27 Jun, undi awal 7 Julai dan hari mengundi 11 Julai - SPR 5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini

IKUTI KAMI


Isu Kemiskinan Rakyat, Sekolah Daif Terus Diberi Tumpuan Tahun Depan - PM

Semasa Dikemaskini 2 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 07 Dec 2023 6:24PM

Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim ketika melawat pameran di Hari Penjaja dan Peniaga Kecil (HPPK) Peringkat Kebangsaan 2023 di Buhavan Square di Panampang, Sabah. - gambar BERNAMA

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

PENAMPANG - Kerajaan Perpaduan akan terus memberi tumpuan kepada pengurusan hal ehwal rakyat termasuk menoktahkan kemiskinan, menyelesaikan isu sekolah daif dan menyelaraskan gaji penjawat awam di seluruh negara, tahun depan.

Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata pemusatan tumpuan kepada aspek itu adalah amat penting bagi memastikan rakyat, tanpa mengira latar belakang kaum dan agama, dapat menikmati hidup yang lebih selesa.

Beliau berkata kemiskinan adalah antara isu asas yang perlu diselesaikan terlebih dahulu memandangkan masih ramai rakyat dibelenggu masalah itu dan termasuk dalam kategori miskin tegar.

“Alhamdulillah, sampai bulan Disember, kita hampir menyelesaikan masalah ini. Miskin masih ramai, tapi saya maksudkan miskin tegar. Kita selesaikan kerana muafakat dan kerjasama antara kementerian, pegawai di semua peringkat, kerajaan negeri, daerah dan mukim,” katanya.

Perdana Menteri berkata demikian ketika berucap merasmikan Hari Penjaja dan Peniaga Kecil (HPPK) Peringkat Kebangsaan 2023 di Buhavan Square di sini, hari ini.

Bertemakan “Penjaja dan Peniaga Kecil Nadi Ekonomi MADANI”, karnival itu dianjurkan sebagai tanda pengiktirafan kerajaan kepada komuniti penjaja dan peniaga kecil di negara ini.

Turut hadir Ketua Menteri Sabah Datuk Seri Hajiji Noor, Menteri Kewangan Sabah Datuk Masidi Manjun, Menteri Pembangunan Usahawan dan Koperasi Datuk Ewon Benedick serta Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Sabah, Sarawak dan Tugas-Tugas Khas) Datuk Armizan Mohd Ali.

Mengulas lanjut, Perdana Menteri berkata peluang anak-anak di negara ini termasuk di Sabah untuk mendapat pendidikan lebih baik perlu seiring dengan arus pembangunan dan transformasi digital dengan penyediaan infrastruktur sekolah yang lebih kondusif serta efisien.

“Tahun lalu, kita nak AI (Kecerdasan Buatan), kita nak perubahan, transformasi digital, kita nak peralihan tenaga, semua bunyinya hebat dan memukau, tetapi sekolah daif masih ada. Jadi, bagi peluang kepada anak-anak kita pergi sekolah selesa. Jangan ada sekolah dinding pecah, bumbung bocor dan tandas rosak,” katanya.

Selain memberi tumpuan untuk menaikkan gaji penjawat awam tahun depan, Perdana Menteri berkata, kerajaan turut melaksanakan Skim Gaji Progresif bagi menggalakkan syarikat-syarikat swasta menaikkan gaji kakitangan masing-masing.

Mengulas mengenai harga barang yang tinggi di Sabah dan Sarawak, Anwar berkata Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Fadillah Yusof yang juga Pengerusi Majlis Pelaksanaan Tindakan Perjanjian Malaysia 1963 diminta untuk membentuk satu jawatankuasa bagi mengkaji isu itu.

Anwar turut memberi jaminan untuk menangani perkara itu dengan baik termasuk memberi suntikan peruntukan subsidi supaya boleh menurunkan harga barang tinggi seperti ayam dan beras terutama di Sabah.

Dalam pada itu, Anwar mengingatkan rakyat Sabah supaya tidak mendengar mana-mana ahli politik yang mengeluarkan hujah atau kenyataan tanpa fakta yang jelas.

“Jangan guna hujah orang politik. Orang politik kadang-kadang ikut sentimen untuk menarik sokongan rakyat bawah. Kadang-kadang kenyataan diputar belit,” katanya. - BERNAMA

Sorotan

1

Pengawal Keselamatan Dipenjara 8 Bulan, Denda RM50,000 Hina Agong 

2

Pertikaian Peribadi, Hubungan Cinta Jadi Punca Pembunuhan Pelajar IPTS

3

Memanipulasi Tradisi Sebagai Alat Kuasa, Siapa Sebenarnya Mengaut Untung?

4

Prosiding Kes Bapa Rogol Anak Ditangguh, Tunggu Laporan Perubatan

5

Program Mobiliti Antarabangsa Accountants UMK Beri Pendedahan Menyeluruh, Kenali Realiti Dunia Akauntan

6

PRN Johor: Mantan Menteri, Exco, Ahli Parlimen Antara 56 Calon PH

Disyorkan untuk anda

Semasa 10 jam yang lalu

Remaja Punca Nahas Ragut 3 Nyawa Dihantar Ke Sekolah Henry Gurney

oleh Amirah Abu Bakar

Politik 1 hari yang lalu

PRN Johor: Mantan Menteri, Exco, Ahli Parlimen Antara 56 Calon PH

oleh Sophia Ahmad

Pendidikan 1 hari yang lalu

Program Mobiliti Antarabangsa Accountants UMK Beri Pendedahan Menyeluruh, Kenali Realiti Dunia Akauntan

oleh Sophia Ahmad

Semasa 1 hari yang lalu

Malaysia Perhebat Tekanan Diplomatik Terhadap Israel, Guna Pelbagai Platform Antarabangsa

oleh Sophia Ahmad