web statsweb stats

Berita Terkini

1 minggu yang lalu: PRN Negeri Sembilan: Hari pencalonan 18 Julai, undi awal 28 Julai dan hari mengundi 1 Ogos - SPR 1 minggu yang lalu: PRN Johor: Hari pencalonan 27 Jun, undi awal 7 Julai dan hari mengundi 11 Julai - SPR 5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini

IKUTI KAMI


SPRM Mahu Tarik Balik Permohonan Dapatkan Dokumen Berhubung Penyelesaian 1MDB

Semasa Dikemaskini 2 tahun yang lalu ยท Diterbitkan pada 04 Dec 2023 4:15PM

- gambar hiasan

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA LUMPUR - Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) akan menarik balik permohonannya bagi mendapatkan dokumen daripada dua peguam yang disyaki menerima rasuah dan pengubahan wang haram berkaitan proses penyelesaian antara kerajaan Malaysia dengan Ambank serta Goldman Sachs berkenaan isu 1Malaysia Development Berhad (1MDB).

SPRM melalui dua surat bertarikh 29 Nov yang dihantar kepada mahkamah serta diperoleh media, menyatakan bahawa pihak pemohon (SPRM) berhasrat untuk tidak meneruskan permohonan berkenaan dan memohon agar satu tarikh pengurusan kes baharu ditetapkan oleh mahkamah.

Menerusi semakan sistem mahkamah, kes itu ditetapkan untuk sebutan pada Rabu ini.

Pada 11 Okt lepas, SPRM memfailkan dua permohonan di Mahkamah Tinggi di sini dengan menamakan Chetan Jethwani dan firma guamannya, Chetan Jethwani & Co serta peguam Rosli Dahlan dan Rosli Dahlan Saravana Partnership sebagai responden.

Chetan merupakan peguam kepada Presiden Bersatu Tan Sri Muhyiddin Yassin dalam kes sivil manakala Rosli mewakili bekas Perdana Menteri itu dalam kes berkaitan projek Jana Wibawa.

Dalam permohonan itu, SPRM memohon dua responden masing-masing mengemukakan 10 dokumen antaranya surat pelantikan sebagai peguam Goldman Sachs (Chetan) dan 1MDB (Rosli), penyata akaun serta akaun dua firma guaman berkenaan.

Dokumen itu diperlukan untuk mengenal pasti pelantikan dua responden sebagai peguam Goldman Sachs dan 1MDB dalam urusan penyelesaian dengan pihak kerajaan Malaysia berkaitan 1MDB.

Berdasarkan afidavit kedua-dua permohonan itu, Pegawai Penyiasat SPRM Mohamad Sabri Mohd Latif berkata siasatan sedang dijalankan terhadap dua responden itu di bawah Seksyen 17 (a) Akta SPRM 2009 serta Seksyen 4(1) Akta Pencegahan Pengubahan Wang Haram, Pencegahan Pembiayaan Keganasan dan Hasil Daripada Aktiviti Haram 2001 (AMLATFPUAA).

Sementara itu, Rosli pada 3 Nov lepas, memohon untuk membatalkan permohonan SPRM atas alasan agensi berkenaan tidak mempunyai kedudukan undang-undang atau locus standi untuk mendapatkan dokumen tersebut. - BERNAMA

Sorotan

1

Prosiding Kes Bapa Rogol Anak Ditangguh, Tunggu Laporan Perubatan

2

Nahas 6 Kenderaan Cetus Kebakaran, Jumlah Mangsa Belum Diketahui

3

Program Mobiliti Antarabangsa Accountants UMK Beri Pendedahan Menyeluruh, Kenali Realiti Dunia Akauntan

4

PRN Johor: Mantan Menteri, Exco, Ahli Parlimen Antara 56 Calon PH

5

Beralih Kepada EV: Langkah Kecil Individu, Impak Besar Ekosistem Tenaga Negara

6

DUN Melaka Berkemungkinan Dibubar Dalam Tempoh 3 Bulan

Disyorkan untuk anda

Semasa 1 hari yang lalu

Perkahwinan Palsu Warga Asing-Tempatan Untuk Dapat Lesen Perniagaan Makin Serius Di Selangor

oleh Amirah Abu Bakar

Politik 20 jam yang lalu

PRN Johor: Mantan Menteri, Exco, Ahli Parlimen Antara 56 Calon PH

oleh Sophia Ahmad

Semasa 1 hari yang lalu

4 Individu Didakwa Cederakan Pembantu Rumah Warga Indonesia

oleh Amirah Abu Bakar

Semasa 13 jam yang lalu

Prosiding Kes Bapa Rogol Anak Ditangguh, Tunggu Laporan Perubatan

oleh Amirah Abu Bakar