web statsweb stats

Berita Terkini

1 minggu yang lalu: PRN Negeri Sembilan: Hari pencalonan 18 Julai, undi awal 28 Julai dan hari mengundi 1 Ogos - SPR 1 minggu yang lalu: PRN Johor: Hari pencalonan 27 Jun, undi awal 7 Julai dan hari mengundi 11 Julai - SPR 5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini

IKUTI KAMI


Rakaman Nota Suara Dakwa Katil Hospital Penuh, BID Meningkat Ditular Semula

Semasa Dikemaskini 2 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 04 Dec 2023 9:02AM

Penafian KKM mengenai dakwaan peningkatan kes COVID-19 sehingga menyebabkan katil di wad penuh. - media sosial KKM

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA LUMPUR - Kementerian Kesihatan (KKM) mengesahkan satu nota suara yang mendakwa katil wad hospital penuh manakala kes kematian di luar hospital atau 'brought in dead' (BID) meningkat adalah rakaman lama yang pernah ditularkan pada 2021.

Kenyataan KKM di laman Facebook semalam memaklumkan rakaman itu disebarkan secara berleluasa menerusi aplikasi WhatsApp untuk menimbulkan keresahan awam.

“Sehubungan itu, orang ramai dimohon untuk tidak menyebarkan berita palsu ini yang boleh menimbulkan panik dalam kalangan masyarakat serta sentiasa berwaspada terhadap penularan wabak COVID-19 yang masih kekal di sekeliling kita.

“Pastikan anda mengambil langkah pencegahan kesihatan awam dengan sentiasa mengamalkan 3W, Elak 3S, lakukan ujian COVID-19 sekiranya bergejala, dapatkan vaksin COVID-19 termasuk dos penggalak serta dapatkan rawatan awal dan antiviral Paxlovid sekiranya positif COVID-19,” menurut kenyataan itu.

Pendekatan 3W adalah amalan kerap mencuci tangan dengan air dan sabun, memakai pelitup muka di tempat awam atau jika bergejala dan amaran KKM yang lebih berkonsep peringatan manakala Elak 3S ialah elak kawasan sesak, sempit serta berbual pada jarak dekat.

Rakaman itu turut mendakwa penularan wabak baharu dari Afrika telah menyebabkan kematian mendadak dalam satu masa. - BERNAMA

Sorotan

1

Prosiding Kes Bapa Rogol Anak Ditangguh, Tunggu Laporan Perubatan

2

Nahas 6 Kenderaan Cetus Kebakaran, Jumlah Mangsa Belum Diketahui

3

Program Mobiliti Antarabangsa Accountants UMK Beri Pendedahan Menyeluruh, Kenali Realiti Dunia Akauntan

4

PRN Johor: Mantan Menteri, Exco, Ahli Parlimen Antara 56 Calon PH

5

Beralih Kepada EV: Langkah Kecil Individu, Impak Besar Ekosistem Tenaga Negara

6

DUN Melaka Berkemungkinan Dibubar Dalam Tempoh 3 Bulan

Disyorkan untuk anda

Politik 1 hari yang lalu

Hamzah Kembali Dilantik Ketua Pembangkang

oleh Sophia Ahmad

Semasa 1 hari yang lalu

4 Individu Didakwa Cederakan Pembantu Rumah Warga Indonesia

oleh Amirah Abu Bakar

Semasa 1 hari yang lalu

Dakwaan Kebocoran Dana RM53 Juta: SPRM Siasat Pemindahan DAK Ke Jepun 

oleh Sophia Ahmad

Semasa 12 jam yang lalu

Malaysia Perhebat Tekanan Diplomatik Terhadap Israel, Guna Pelbagai Platform Antarabangsa

oleh Sophia Ahmad