web statsweb stats

Berita Terkini

5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini 7 bulan yang lalu: PRN Sabah: Penamaan calon ialah pada 15 November manakala mengundi awal pada 25 November - SPR 8 bulan yang lalu: Semua kapal yang menyertai misi FFCxTMTGM telah dipintas tentera Israel dalam lingkungan 120 batu nautika dari Gaza - MyCARE

IKUTI KAMI


Cuba Rompak Pemandu E-Hailing, Remaja Mengaku Tidak Bersalah

Semasa Dikemaskini 2 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 03 Dec 2023 1:21PM

Tertuduh (dua, kanan) tiba di mahkamah dengan diringi kedua ibu bapanya - gambar BERNAMA

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

SUNGAI PETANI - Remaja lelaki berusia 13 tahun yang dipercayai cuba melakukan rompakan terhadap pemandu e-hailing Isnin lepas, mengaku tidak bersalah atas tuduhan itu di Mahkamah Majisret hari ini.

Tertuduh membuat pengakuan itu selepas pertuduhan dibacakan di hadapan Majistret Khairatul Animah Jelani.

Mengikut pertuduhan, remaja itu didakwa cuba melakukan perbuatan rompak terhadap Lee Ang Hie, 65, di kawasan tepi jalan Taman Keladi, di sini lebih kurang 6 petang pada 27 November lalu.

Bagi pertuduhan itu dia didakwa melakukan kesalahan yang boleh dihukum di bawah Seksyen 393 Kanun Keseksaan yang memperuntukan hukuman penjara tidak lebih tujuh tahun dan boleh dikenakan denda.

Mahkamah membenarkan remaja itu diikat jamin RM2,000 dengan seorang penjamin dan menetapkan 17 Januari depan sebagai tarikh sebutan semula kes bagi lantikan peguam dan serahan dokumen.

Pendakwaan dikendalikan Timbalan Pendakwa Raya Amirul Halimi Md Salleh, sementara peguam Yayasan Bantuan Guaman Kebangsaan Duratul Ain Mahmud Morshidi bertindak mewakili remaja itu.

Terdahulu, remaja itu yang merupakan anak sulung daripada empat beradik hadir ke mahkamah dengan diiringi kedua-dua ibu bapanya.

Sebelum ini satu klip video yang memaparkan tindakan seorang remaja cuba menikam pemandu e-hailing dipercayai sebagai cubaan samun dalam kenderaan di Taman Keladi di sini Isnin lepas, menjadi tular di laman sosial.

Pemandu e-hailing yang merupakan warga emas berusia 65 tahun itu bagaimanapun tidak mengalami kecederaan kerana sempat menggigit tangan remaja berkenaan dan merampas pisaunya sebelum remaja itu melarikan diri.

Remaja itu ditahan kira-kira dua jam selepas laporan polis dibuat oleh warga emas berkenaan pada 8 malam pada hari kejadian. - BERNAMA

Berita Berkaitan

1

Semasa 7 bulan yang lalu

‘Dunia Ini Palsu, Saya Telah Menang’, Nota Tunjuk Suspek Alami Krisis Psikologi 

2

Semasa 1 tahun yang lalu

Padah Buat Aksi 'Wheelie', 2 Remaja Maut

3

Semasa 1 tahun yang lalu

Polis Tahan 4 Remaja Lelaki Rogol Kanak-Kanak 11 tahun

4

Semasa 1 tahun yang lalu

4 Lelaki Termasuk Remaja Bawah Umur Ditahan Berkait Kes Culik

Sorotan

1

Pemandu Rentung Kenderaan Terbakar Selepas Kemalangan

2

PRN Johor: Kerajaan Negeri Johor Terus Jalankan Tugas Pentadbiran 

3

Penganggur Dituduh Bunuh Kenalan, Mayat Ditemukan Dalam Gulungan Tilam  

4

Gelaran Tan Sri Untuk Isa Samad Ditarik Balik 

5

Tuanku Muhriz Masih Yamtuan Besar Negeri Sembilan Yang Sah - KJ

6

Ops Bersepadu Khazanah Bongkar Aktiviti Pemburuan Haram, 8 Warga Myanmar Ditahan

Disyorkan untuk anda

Semasa 23 jam yang lalu

Gelaran Tan Sri Untuk Isa Samad Ditarik Balik 

oleh Sophia Ahmad

Semasa 23 jam yang lalu

Pemandu Rentung Kenderaan Terbakar Selepas Kemalangan

Pendidikan 1 hari yang lalu

‘Hubungi Pihak Universiti Jika Berdepan Masalah, Jangan Malu Atau Segan’ - Zambry

oleh Sophia Ahmad

Semasa 23 jam yang lalu

Penganggur Dituduh Bunuh Kenalan, Mayat Ditemukan Dalam Gulungan Tilam