web statsweb stats

Berita Terkini

1 minggu yang lalu: PRN Negeri Sembilan: Hari pencalonan 18 Julai, undi awal 28 Julai dan hari mengundi 1 Ogos - SPR 1 minggu yang lalu: PRN Johor: Hari pencalonan 27 Jun, undi awal 7 Julai dan hari mengundi 11 Julai - SPR 5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini

IKUTI KAMI


Banjir: Bomba Bantu Pindah Dua Keluarga Termasuk Ibu Berpantang

Semasa Dikemaskini 2 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 30 Nov 2023 5:16PM

Dua keluarga mangsa banjir termasuk seorang ibu berpantang dipindahkan dengan bantuan anggota bomba dan penyelamat. - gambar JBPM

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KOTA BHARU - Seorang ibu sedang berpantang bersyukur dapat segera dipindahkan oleh pasukan Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Bachok selepas kawasan rumahnya di Kampung Dusun Durian Bekelam, di sini dinaiki air awal pagi tadi.

Rusila Akma Rosli, 32, yang bersalin secara pembedahan 19 hari lepas berkata beliau agak panik kerana bimbang paras air akan bertambah dan pasti menyukarkan dirinya untuk meredah air dalam keadaan yang belum sembuh.

"Sejak awal malam tadi hujan berterusan turun. Saya tidak dapat tidur lena kerana bimbang banjir akan berlaku.  Dalam 7 pagi mak beritahu air di halaman rumah sudah cecah dua kaki lebih.

"Saya agak panik dan menyuruh mak segera hubungi bomba untuk pindahkan kami sekeluarga. Syukur, bomba cepat datang dan membawa kami ke pusat pemindahan," katanya kepada Bernama di sini hari ini.

Katanya, setiap tahun kawasan sekitar kampung yang didiami itu akan dinaiki air namun tahun ini paras air naik agak cepat berbanding sebelum ini.

Sementara itu Ketua BBP Bachok Ahmad Ridhuan Mohamad Ghazali berkata pihaknya menerima dua panggilan untuk menyelamat mangsa banjir awal pagi tadi.

Katanya panggilan pertama pada 6.04 pagi dari Kampung Anak Tembesu membabitkan lima mangsa iaitu dua perempuan dewasa, seorang remaja dan seorang kanak-kanak perempuan selain seorang kanak-kanak lelaki.

"Sepasukan sembilan anggota ditugaskan bergegas ke lokasi bagi melakukan operasi memindahkan mangsa. Setibanya di lokasi kami dapati kediaman mereka digenangi air kira-kira 0.2 meter, walaupun air masih cetek, mereka mungkin panik dengan keadaan itu lalu menghubungi kami untuk berpindah awal," katanya.

Katanya semua mangsa berjaya dipindahkan ke pusat pemindahan sementara (PPS) Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Beris Panchor kira-kira 6.50 pagi.

Ahmad Ridhuan berkata panggilan kedua diterima pada 7.20 pagi membabitkan tujuh orang mangsa daripada sebuah keluarga di Kampung Dusun Durian Bekelam yang kawasan kediamannya telah digenangi air sedalam 0.3 meter.

Katanya mangsa terdiri daripada dua wanita dewasa, dua lelaki dewasa, dua kanak-kanak lelaki dan seorang bayi lelaki berusia 19 hari itu berjaya dipindahkan ke PPS Sekolah Kebangsaan (SK) Jelawat kira-kira 9 pagi tadi. - BERNAMA 

Sorotan

1

Prosiding Kes Bapa Rogol Anak Ditangguh, Tunggu Laporan Perubatan

2

Nahas 6 Kenderaan Cetus Kebakaran, Jumlah Mangsa Belum Diketahui

3

Program Mobiliti Antarabangsa Accountants UMK Beri Pendedahan Menyeluruh, Kenali Realiti Dunia Akauntan

4

PRN Johor: Mantan Menteri, Exco, Ahli Parlimen Antara 56 Calon PH

5

Beralih Kepada EV: Langkah Kecil Individu, Impak Besar Ekosistem Tenaga Negara

6

DUN Melaka Berkemungkinan Dibubar Dalam Tempoh 3 Bulan

Disyorkan untuk anda

Semasa 1 hari yang lalu

Perkahwinan Palsu Warga Asing-Tempatan Untuk Dapat Lesen Perniagaan Makin Serius Di Selangor

oleh Amirah Abu Bakar

Politik 1 hari yang lalu

Hamzah Kembali Dilantik Ketua Pembangkang

oleh Sophia Ahmad

Politik 1 hari yang lalu

DUN Melaka Berkemungkinan Dibubar Dalam Tempoh 3 Bulan

oleh Amirah Abu Bakar

Politik 1 hari yang lalu

‘Ahli Parlimen, Jangan Ponteng Sidang Dewan Rakyat’ - Speaker

oleh Sophia Ahmad