web statsweb stats

Berita Terkini

1 minggu yang lalu: PRN Negeri Sembilan: Hari pencalonan 18 Julai, undi awal 28 Julai dan hari mengundi 1 Ogos - SPR 1 minggu yang lalu: PRN Johor: Hari pencalonan 27 Jun, undi awal 7 Julai dan hari mengundi 11 Julai - SPR 5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini

IKUTI KAMI


Syarikat Bantu Urus Penghantaran Pulang Jenazah Pekerja Bangladesh

Semasa Dikemaskini 2 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 29 Nov 2023 7:54PM

Wakil syarikat yang dikenali sebagai Nor dan rakan karib Allahyarham Saiful, Tayabur Rahman ketika di luar Jabatan Forensik Hospital Pulau Pinang. - gambar Bernama

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

GEORGE TOWN - Syarikat kepada seorang daripada tiga pekerja pembinaan warga Bangladesh yang maut dalam kejadian runtuhan projek pembinaan gudang logistik di Batu Maung, Bayan Lepas dekat sini, akan menguruskan jenazah pekerjanya termasuk penghantaran pulang ke negara asal.

Wakil syarikat pembinaan yang mahu dikenali sebagai Nor, berkata seorang daripada tiga mangsa yang meninggal dunia dalam kejadian itu adalah pekerja di syarikat tersebut dan identitinya dikenal pasti sebagai Saiful, 29.

Nor berkata syarikat yang beroperasi di Puchong, Selangor itu perlu mematuhi prosedur operasi standard yang ditetapkan pihak berkuasa sebelum penghantaran pulang jenazah.

"Kami dapat maklumat berhubung kejadian runtuhan itu malam semalam dan saya bersama wakil syarikat terus datang dari Selangor bagi mengetahui dengan lebih lanjut.

“Setakat ini hanya seorang sahaja pekerja syarikat iaitu Saiful yang terlibat dalam kejadian itu," katanya kepada pemberita selepas hadir membuat pengecaman Saiful di Jabatan Perubatan Forensik Hospital Pulau Pinang di sini hari ini.

Nor berkata keluarga Saiful di Bangladesh telah dimaklumkan berhubung kemalangan yang menimpa mangsa dan beliau berharap ahli keluarganya tabah menghadapi ujian itu.

Katanya Saiful telah bekerja dengan syarikat pembinaan itu sejak lima tahun lepas dan setiap bulan Allahyarham yang masih bujang itu tidak pernah lupa untuk mengirimkan wang kepada keluarganya di Bangladesh.

"Sebelum dihantar ke sini (Batu Maung), arwah pernah bekerja di Kuantan, Pahang dan Terengganu di bawah syarikat kami...dia seorang yang sangat baik dan rajin bekerja malah seorang yang lemah lembut dalam percakapan serta peribadinya," katanya.

Katanya Saiful dan semua pekerja warga asing yang bekerja di syarikat itu mempunyai insurans dan kad perakuan daripada Lembaga Pembangunan Industri Pembinaan Malaysia (CIDB).

"Saya dah masuk tengok (buat pengecaman) mayat arwah dan mayatnya dalam keadaan elok serta sempurna, secara luaran tiada kecederaan serius pada badannya cuma terdapat kesan-kesan pasir di badan dan mukanya," katanya yang sedih dan beberapa kali menahan sebak.

Selain itu, seorang rakan baik Saiful, Tayabur Rahman, 30, warga Bangladesh, yang turut hadir di hospital itu berkata beliau kehilangan seorang sahabat yang sangat baik.

"Saiful memang seorang yang baik, selama lima tahun dia bekerja di Malaysia kami sering berkongsi cerita malah dia sering berdoa dapat mengumpul wang untuk dibawa pulang ke Bangladesh untuk keluarganya," katanya.

Dalam kejadian kira-kira 9.58 malam semalam, tiga pekerja pembinaan warga Bangladesh disahkan maut selepas gudang logistik yang dalam pembinaan itu runtuh manakala dua lagi mangsa dilaporkan parah dan dibawa ke HPP untuk menerima rawatan. - BERNAMA

Sorotan

1

Prosiding Kes Bapa Rogol Anak Ditangguh, Tunggu Laporan Perubatan

2

Nahas 6 Kenderaan Cetus Kebakaran, Jumlah Mangsa Belum Diketahui

3

Program Mobiliti Antarabangsa Accountants UMK Beri Pendedahan Menyeluruh, Kenali Realiti Dunia Akauntan

4

PRN Johor: Mantan Menteri, Exco, Ahli Parlimen Antara 56 Calon PH

5

Beralih Kepada EV: Langkah Kecil Individu, Impak Besar Ekosistem Tenaga Negara

6

DUN Melaka Berkemungkinan Dibubar Dalam Tempoh 3 Bulan

Disyorkan untuk anda

Semasa 11 jam yang lalu

Prosiding Kes Bapa Rogol Anak Ditangguh, Tunggu Laporan Perubatan

oleh Amirah Abu Bakar

Semasa 1 hari yang lalu

Dakwaan Kebocoran Dana RM53 Juta: SPRM Siasat Pemindahan DAK Ke Jepun 

oleh Sophia Ahmad

Semasa 1 hari yang lalu

Perkahwinan Palsu Warga Asing-Tempatan Untuk Dapat Lesen Perniagaan Makin Serius Di Selangor

oleh Amirah Abu Bakar

Politik 1 hari yang lalu

Pengurangan Calon India, Pertukaran Nama Saat Akhir Cetus Kekecewaan Akar Umbi PKR Johor

oleh Sophia Ahmad