web statsweb stats

Berita Terkini

1 minggu yang lalu: PRN Negeri Sembilan: Hari pencalonan 18 Julai, undi awal 28 Julai dan hari mengundi 1 Ogos - SPR 1 minggu yang lalu: PRN Johor: Hari pencalonan 27 Jun, undi awal 7 Julai dan hari mengundi 11 Julai - SPR 5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini

IKUTI KAMI


Kes Samun Pemandu e-hailling: Remaja 13 Tahun Dibebas Dengan Jaminan Polis

Semasa Dikemaskini 2 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 29 Nov 2023 6:19PM

Tangkap layar kejadian samun membabitkan seorang remaja berusia 13 tahun dan pemandu e-hailling di Sungai Petani, Isnin lalu. - gambar media sosial

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

SUNGAI PETANI - Seorang remaja lelaki berusia 13 tahun yang terbabit dalam kes cubaan samun pemandu e-hailing Isnin lalu, dibebaskan dengan jaminan polis.

Ketua Polis Daerah Kuala Muda, ACP Zaidy Che Hassan berkata setakat ini siasatan kes itu telah selesai dan kertas siasatan akan diserahkan kepada pihak timbalan pendakwa raya untuk tindakan selanjutnya.

“Siasatan membabitkan kes cubaan samun oleh seorang remaja lelaki berusia 13 tahun telah selesai dan remaja terbabit dibebaskan dengan jaminan polis...remaja terbabit direman selama sehari bagi membantu siasatan dan tempoh reman telah berakhir semalam.

“Kami membebaskannya hari ini sementara menunggu keputusan lanjut daripada pejabat timbalan pendakwa raya selepas menyiapkan kertas siasatan,” katanya ketika dihubungi media, hari ini.

Media sebelum ini melaporkan remaja lelaki terbabit bertindak mengacukan pisau terhadap seorang pemandu e-hailing dalam cubaan samun di Taman Keladi dekat sini, kira-kira 6 petang, Isnin lepas.

Pemandu e-hailing yang juga warga emas berusia 65 tahun itu bagaimanapun tidak mengalami kecederaan sebaliknya bertindak menggigit tangan suspek dan merampas pisau tersebut sebelum remaja terbabit turun dari keretanya dan melarikan diri.

Tindakan remaja terbabit dirakam menerusi kamera ‘dashboard’ yang dipasang pada kereta pemandu e-hailing terbabit dan video berdurasi satu minit 32 saat itu tular di media sosial. - BERNAMA

Sorotan

1

Prosiding Kes Bapa Rogol Anak Ditangguh, Tunggu Laporan Perubatan

2

Nahas 6 Kenderaan Cetus Kebakaran, Jumlah Mangsa Belum Diketahui

3

Program Mobiliti Antarabangsa Accountants UMK Beri Pendedahan Menyeluruh, Kenali Realiti Dunia Akauntan

4

PRN Johor: Mantan Menteri, Exco, Ahli Parlimen Antara 56 Calon PH

5

Beralih Kepada EV: Langkah Kecil Individu, Impak Besar Ekosistem Tenaga Negara

6

DUN Melaka Berkemungkinan Dibubar Dalam Tempoh 3 Bulan

Disyorkan untuk anda

Semasa 11 jam yang lalu

Prosiding Kes Bapa Rogol Anak Ditangguh, Tunggu Laporan Perubatan

oleh Amirah Abu Bakar

Semasa 1 hari yang lalu

Dakwaan Kebocoran Dana RM53 Juta: SPRM Siasat Pemindahan DAK Ke Jepun 

oleh Sophia Ahmad

Politik 1 hari yang lalu

DUN Melaka Berkemungkinan Dibubar Dalam Tempoh 3 Bulan

oleh Amirah Abu Bakar

Semasa 1 hari yang lalu

4 Individu Didakwa Cederakan Pembantu Rumah Warga Indonesia

oleh Amirah Abu Bakar