web statsweb stats

Berita Terkini

1 minggu yang lalu: PRN Negeri Sembilan: Hari pencalonan 18 Julai, undi awal 28 Julai dan hari mengundi 1 Ogos - SPR 1 minggu yang lalu: PRN Johor: Hari pencalonan 27 Jun, undi awal 7 Julai dan hari mengundi 11 Julai - SPR 5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini

IKUTI KAMI


Penipuan Pakej Umrah: Lebih 300 Laporan Polis Diterima

Semasa Dikemaskini 2 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 29 Nov 2023 4:36PM

Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Komersial Datuk Seri Ramli Mohamed Yoosuf. - gambar fail

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA LUMPUR - Sebanyak 399 laporan polis diterima berhubung dakwaan penipuan pakej umrah oleh sebuah syarikat pelancongan bermula 1 Jan hingga semalam melibatkan 1,614 jemaah di seluruh negara dengan jumlah kerugian lebih RM14 juta.

Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Komersial Datuk Seri Ramli Mohamed Yoosuf berkata 21 kertas siasatan dibuka setakat ini melibatkan angka kerugian lebih setengah juta ringgit dan siasatan masih giat dijalankan termasuk memanggil pengurus syarikat untuk keterangan.

"Berdasarkan siasatan, syarikat milik (pasangan) suami isteri itu memiliki jumlah saham RM1 juta. Pengarah syarikat ialah suami isteri dan didaftarkan pada 2015, menjalankan pelbagai aktiviti perniagaan termasuk pelancongan.

"Berdasarkan makluman Kementerian Pelancongan, Seni dan Budaya pada awal 2023, kerajaan Arab Saudi telah menaikkan kos pengurusan umrah dan haji meliputi harga penginapan, pengangkutan dan makan minum menjadikan kos pakej yang ditawarkan syarikat tidak lagi relevan," katanya pada sidang media khas di sini hari ini.

Beliau berkata bagi menampung segala kekurangan kos pakej, syarikat yang mengendalikan pakej umrah itu didapati menggunakan duit jemaah.

"Syarikat menggunakan kos jemaah kumpulan A sebagai pusingan modal disebabkan kos penerbangan jemaah kumpulan B tidak mencukupi, kemudian syarikat menggunakan duit kumpulan C untuk menampung kos jemaah kumpulan B," katanya.

Ramli berkata lesen operasi syarikat terbabit telah digantung bermula 10 Julai 2023 hingga 9 Jan 2024 di bawah Seksyen 8(1)(d) Akta Industri Pelancongan 1992 (Akta 482), selain syarikat dan pengarahnya disenaraihitamkan oleh Suruhanjaya Syarikat Malaysia (SSM) pada 5 Okt 2023 di bawah sekatan pentadbiran Seksyen 17 Akta SSM 2001.

Beliau berkata sebanyak 229 laporan polis berkaitan syarikat berkenaan telah dirujuk ke Kementerian Pelancongan, Seni dan Budaya dan Tribunal Tunturan Pengguna (TTPM), manakala lima laporan dirujuk ke Mahkamah Majistret bagi tuntutan sivil.

"Sebanyak 165 kes diklasifikasi sebagai Tiada Tindakan Lanjut atau No Further Action (NFA) sementara TTPM mengeluarkan tuntutan (Award) kepada 133 aduan melibatkan tuntutan berjumlah RM3,355,548.60 daripada 177 aduan tuntutan yang dibuat," katanya.

Sementara itu, dalam perkembangan lain Ramli berkata polis berjaya menumpaskan sindiket penipuan tawaran pekerjaan dan menahan 65 individu warga tempatan berumur 16 hingga 50 tahun hasil serbuan di empat premis di Kuching, Sarawak pada Isnin lepas.

Beliau berkata sindiket menyasarkan mangsa warga Australia dan Amerika Selatan menggunakan aplikasi "Monday" untuk memasukkan data pelanggan yang berminat membuat kerja sambilan.

Mangsa ditawarkan membuat penilaian dan promosi tiket penerbangan melalui pautan yang diberikan untuk mendapatkan komisen, bagaimanapun mangsa perlu membuat bayaran terlebih dahulu sebelum membuat penilaian berkenaan. - BERNAMA

Sorotan

1

Prosiding Kes Bapa Rogol Anak Ditangguh, Tunggu Laporan Perubatan

2

Nahas 6 Kenderaan Cetus Kebakaran, Jumlah Mangsa Belum Diketahui

3

Program Mobiliti Antarabangsa Accountants UMK Beri Pendedahan Menyeluruh, Kenali Realiti Dunia Akauntan

4

PRN Johor: Mantan Menteri, Exco, Ahli Parlimen Antara 56 Calon PH

5

Beralih Kepada EV: Langkah Kecil Individu, Impak Besar Ekosistem Tenaga Negara

6

DUN Melaka Berkemungkinan Dibubar Dalam Tempoh 3 Bulan

Disyorkan untuk anda

Politik 1 hari yang lalu

Hamzah Kembali Dilantik Ketua Pembangkang

oleh Sophia Ahmad

Semasa 10 jam yang lalu

Malaysia Perhebat Tekanan Diplomatik Terhadap Israel, Guna Pelbagai Platform Antarabangsa

oleh Sophia Ahmad

Semasa 7 jam yang lalu

PDRM Buka Siasatan Tatatertib Terhadap Anggota Didakwa Hina Penduduk Tempatan di China

oleh Amirah Abu Bakar

Semasa 1 hari yang lalu

Dakwaan Kebocoran Dana RM53 Juta: SPRM Siasat Pemindahan DAK Ke Jepun 

oleh Sophia Ahmad