web statsweb stats

Berita Terkini

1 minggu yang lalu: PRN Negeri Sembilan: Hari pencalonan 18 Julai, undi awal 28 Julai dan hari mengundi 1 Ogos - SPR 1 minggu yang lalu: PRN Johor: Hari pencalonan 27 Jun, undi awal 7 Julai dan hari mengundi 11 Julai - SPR 5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini

IKUTI KAMI


AstraZeneca Berjaya Batalkan Saman 12 Individu Berhubung Isu Suntikan Vaksin COVID-19

Semasa Dikemaskini 2 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 28 Nov 2023 7:55PM

Bebuli berisi vaksin AstraZeneca. - gambar fail

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA LUMPUR - Syarikat AstraZeneca Sdn Bhd hari ini berjaya membatalkan saman yang difailkan 12 individu berhubung isu suntikan vaksin bagi mengekang penularan wabak COVID-19 yang didakwa telah memberikan kesan teruk termasuk kematian.

Hakim Mahkamah Tinggi Dr Suzana Muhamad Said membenarkan permohonan AstraZeneca untuk membatalkan saman itu selepas mendengar hujahan kedua-dua pihak.

Peguam Hemalatha Ramulu, yang mewakili AstraZeneca, ketika dihubungi mengesahkan perkara itu selepas prosiding kes secara dalam talian.

Turut hadir pada prosiding itu ialah peguam Muhammad Shahrin Satheer yang mewakili kesemua plaintif.

Pada tahun lepas, sekumpulan rakyat Malaysia memfailkan saman terhadap kerajaan, Kementerian Kesihatan (KKM) dan Khairy Jamaluddin sebagai menteri yang bertanggungjawab bagi program vaksinasi negara ketika itu.

Turut dinamakan sebagai defendan ialah Ketua Pengarah Kesihatan ketika itu, Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah, Pfizer Malaysia Sdn Bhd, Pharmaniaga Lifescience Sdn Bhd dan AstraZeneca.

Pernyataan tuntutan plaintif mendakwa KKM telah memberi satu deklarasi tidak sah dan suatu persetujuan yang dipaksa untuk mengelakkan mereka diambil tindakan berikutan kesan sampingan teruk melalui suntikan vaksin COVID-19.

Sehubungan itu, mereka menuntut defendan supaya bertanggungjawab atas kesan suntikan vaksin COVID-19 yang memberi kesan sampingan teruk termasuk menyebabkan kematian, kehilangan upaya kekal dan komplikasi lain yang mengakibatkan kerugian.

Mereka turut menuntut ganti rugi am dan ganti rugi khas daripada defendan.

Selain itu, plaintif menuntut agar semua vaksin yang digunakan selepas ini perlu menjalani ujian klinikal dan laporan klinikal penuh terhadap keberkesanan suntikan COVID-19 perlu dikeluarkan oleh defendan.

Mereka juga memohon injunksi interim bagi menghalang defendan daripada memberikan suntikan vaksin COVID-19 secara meluas kepada rakyat Malaysia yang lain sehingga kajian klinikal dilakukan dan laporan lengkap disediakan. - BERNAMA

Sorotan

1

Prosiding Kes Bapa Rogol Anak Ditangguh, Tunggu Laporan Perubatan

2

Nahas 6 Kenderaan Cetus Kebakaran, Jumlah Mangsa Belum Diketahui

3

Program Mobiliti Antarabangsa Accountants UMK Beri Pendedahan Menyeluruh, Kenali Realiti Dunia Akauntan

4

PRN Johor: Mantan Menteri, Exco, Ahli Parlimen Antara 56 Calon PH

5

Beralih Kepada EV: Langkah Kecil Individu, Impak Besar Ekosistem Tenaga Negara

6

DUN Melaka Berkemungkinan Dibubar Dalam Tempoh 3 Bulan

Disyorkan untuk anda

Politik 1 hari yang lalu

Pengurangan Calon India, Pertukaran Nama Saat Akhir Cetus Kekecewaan Akar Umbi PKR Johor

oleh Sophia Ahmad

Semasa 6 jam yang lalu

PDRM Buka Siasatan Tatatertib Terhadap Anggota Didakwa Hina Penduduk Tempatan di China

oleh Amirah Abu Bakar

Semasa 1 hari yang lalu

Dakwaan Kebocoran Dana RM53 Juta: SPRM Siasat Pemindahan DAK Ke Jepun 

oleh Sophia Ahmad

Politik 1 hari yang lalu

Masa Depan Negara Bergantung Kepada Rakyat, Bukan ‘Politikus Sandiwara’ - Vinod Sekhar 

oleh Sophia Ahmad