web statsweb stats

Berita Terkini

1 minggu yang lalu: PRN Negeri Sembilan: Hari pencalonan 18 Julai, undi awal 28 Julai dan hari mengundi 1 Ogos - SPR 1 minggu yang lalu: PRN Johor: Hari pencalonan 27 Jun, undi awal 7 Julai dan hari mengundi 11 Julai - SPR 5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini

IKUTI KAMI


Bukit Aman Siasat Pengguna TikTok Tawar RM5 Juta Bunuh PM

Semasa Dikemaskini 2 tahun yang lalu ยท Diterbitkan pada 26 Nov 2023 4:30PM

Ketua Polis Negara, Tan Sri Razarudin Husain. gambar fail

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA LUMPUR - Polis sedang menjalankan siasatan berhubung ugutan bunuh terhadap Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim yang tular di media sosial sejak pagi tadi.

Ketua Polis Negara, Tan Sri Razarudin Husain, ketika dihubungi, berkata setakat ini pihaknya menerima satu laporan berhubung perkara terbabit dan siasatan lanjut sedang dijalankan.

Beliau berkata, maklumat lanjut mengenai laporan kes terbabit akan dimaklumkan dari semasa ke semasa.

Terdahulu tular di media sosial tangkap layar video yang dimuat naik seorang pengguna TikTok  menawarkan RM5 juta kepada sesiapa yang menembak mati Perdana Menteri, menteri dan ahli-ahli sebuah parti politik. Bagaimanapun, video tersebut sudah dipadamkan.

Sementara itu, Timbalan Ketua Angkatan Muda Keadilan (AMK), Muhammad Kamil Abdul Munim berkata, wakil AMK cabang Putrajaya sudah membuat laporan berhubung video ugutan tersebut di Ibu Pejabat Polis Daerah Putrajaya pada jam 1.43 tengah hari tadi.

"Video dimuat naik di aplikasi TikTok oleh akaun Jaiadani89 itu telah membuat ugutan terhadap Perdana Menteri iaitu menawarkan habuan RM5 juta kepada sesiapa yang membunuh beliau," katanya dalam sidang media di luar Kongres Nasional Tahunan PKR 2023 di Pusat Konvensyen Antarabangsa Putrajaya (PICC), di sini hari ini.

Muhammad Kamil menggesa polis untuk segera menjalankan siasatan lanjut dan bertindak tegas terhadap individu tidak bertanggungjawab itu yang dilihat boleh mengganggu gugat keselamatan serta keharmonian.

Beliau juga khuatir sekiranya perkara itu dibiarkan lebih ramai individu tidak bertanggungjawab sewenang-wenangnya membuat kenyataan menghasut orang awam untuk membuat ancaman bunuh dan mencetuskan budaya ekstremis. - BERNAMA

Berita Berkaitan

1

Semasa 9 bulan yang lalu

PM Arah Lawatan Menteri, Timbalan Ke Luar Negara Dihentikan Sementara

2

Semasa 1 tahun yang lalu

Pemandu Bas Muat Naik Video Kanak-Kanak: MCMC Diminta Beri Kerjasama Kepada Polis

3

Semasa 1 tahun yang lalu

Komen Jelik Di TikTok, Penjawat Awam Disiasat Pihak Berkuasa

4

Video & Galeri 2 tahun yang lalu

Merokok Di Stesen Minyak Tak Boleh, Tapi Masak Boleh Ek?

Sorotan

1

Prosiding Kes Bapa Rogol Anak Ditangguh, Tunggu Laporan Perubatan

2

Nahas 6 Kenderaan Cetus Kebakaran, Jumlah Mangsa Belum Diketahui

3

Program Mobiliti Antarabangsa Accountants UMK Beri Pendedahan Menyeluruh, Kenali Realiti Dunia Akauntan

4

PRN Johor: Mantan Menteri, Exco, Ahli Parlimen Antara 56 Calon PH

5

Beralih Kepada EV: Langkah Kecil Individu, Impak Besar Ekosistem Tenaga Negara

6

DUN Melaka Berkemungkinan Dibubar Dalam Tempoh 3 Bulan

Disyorkan untuk anda

Politik 1 hari yang lalu

Hamzah Kembali Dilantik Ketua Pembangkang

oleh Sophia Ahmad

Semasa 1 hari yang lalu

Pemilik Kenderaan Diesel Terima Kuota 200 Liter Sebulan, Boleh Mohon Tambahan 100 Liter

oleh Sophia Ahmad

Politik 1 hari yang lalu

Pengurangan Calon India, Pertukaran Nama Saat Akhir Cetus Kekecewaan Akar Umbi PKR Johor

oleh Sophia Ahmad

Politik 1 hari yang lalu

DUN Melaka Berkemungkinan Dibubar Dalam Tempoh 3 Bulan

oleh Amirah Abu Bakar