web statsweb stats

Berita Terkini

1 minggu yang lalu: PRN Negeri Sembilan: Hari pencalonan 18 Julai, undi awal 28 Julai dan hari mengundi 1 Ogos - SPR 1 minggu yang lalu: PRN Johor: Hari pencalonan 27 Jun, undi awal 7 Julai dan hari mengundi 11 Julai - SPR 5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini

IKUTI KAMI


Kanak-kanak Jatuh Longkang Ditemukan Lemas

Semasa Dikemaskini 2 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 26 Nov 2023 2:26PM

Anggota bomba dan penyelamat membawa naik mayat kanak-kanak berusia dua tahun yang didapati lemas selepas terjatuh ke dalam longkang di Taman Goodwood, Bukit Baru, Melaka. - gambar JBPM

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

MELAKA - Kanak-kanak lelaki berusia dua tahun yang dilaporkan hilang sejak semalam selepas dipercayai terjatuh ke dalam longkang di Taman Goodwood, Bukit Baru di sini, ditemukan lemas pada 9.30 pagi ini.

Mayat Muhammad Danish Mohd Faizal itu ditemukan di Taman Desa Baru dalam keadaan terapung kira-kira 1.3 kilometer dari lokasi asal oleh seorang lelaki yang memaklumkan perkara itu kepada Pasukan Penyelamat di Air (PPDA) Balai Bomba dan Penyelamat (BPP) Melaka.

Pegawai Zon 1 Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Melaka Penguasa Bomba Zulkhairani Ramli berkata mangsa ditemukan dalam longkang selebar 4.6 meter (15 kaki) pada kedalaman hampir dua meter selepas pencarian dilakukan hampir 18 jam sejak petang semalam.

"Orang awam ada bagi maklumat kepada kami ada satu objek timbul di kawasan Taman Desa Baru, jadi kami hantar anggota ke lokasi dan membuat pemeriksaan dan mendapati objek tersebut adalah mayat kanak-kanak tersebut dan dalam keadaan sempurna.

"Kita keluarkan dan angkat ke kawasan lebih sesuai untuk melakukan identifikasi dan masa yang sama kita hubungi hospital dan polis. Selepas itu, mayat dihantar ke Hospital Melaka untuk bedah siasat,” katanya kepada pemberita ketika ditemui di lokasi kejadian.

Semalam Bernama melaporkan kanak-kanak tersebut disedari hilang kira-kira 3.30 petang sewaktu ibu bapanya sedang berniaga nasi kerabu di Taman Goodwood dan mangsa ketika itu sedang bermain dengan abangnya berdekatan longkang yang dipenuhi air berikutan hujan lebat sejak tengah hari.

Ketika kejadian, hanya selipar mangsa sahaja kelihatan di kawasan berumput berdekatan dan keluarganya memaklumkan perkara itu kepada pihak berkuasa setelah mencarinya selama 20 minit. - BERNAMA

Sorotan

1

Prosiding Kes Bapa Rogol Anak Ditangguh, Tunggu Laporan Perubatan

2

Nahas 6 Kenderaan Cetus Kebakaran, Jumlah Mangsa Belum Diketahui

3

Program Mobiliti Antarabangsa Accountants UMK Beri Pendedahan Menyeluruh, Kenali Realiti Dunia Akauntan

4

PRN Johor: Mantan Menteri, Exco, Ahli Parlimen Antara 56 Calon PH

5

Beralih Kepada EV: Langkah Kecil Individu, Impak Besar Ekosistem Tenaga Negara

6

DUN Melaka Berkemungkinan Dibubar Dalam Tempoh 3 Bulan

Disyorkan untuk anda

Semasa 9 jam yang lalu

Prosiding Kes Bapa Rogol Anak Ditangguh, Tunggu Laporan Perubatan

oleh Amirah Abu Bakar

Politik 1 hari yang lalu

Hamzah Kembali Dilantik Ketua Pembangkang

oleh Sophia Ahmad

Semasa 1 hari yang lalu

4 Individu Didakwa Cederakan Pembantu Rumah Warga Indonesia

oleh Amirah Abu Bakar

Politik 1 hari yang lalu

DUN Melaka Berkemungkinan Dibubar Dalam Tempoh 3 Bulan

oleh Amirah Abu Bakar