web statsweb stats

Berita Terkini

1 minggu yang lalu: PRN Negeri Sembilan: Hari pencalonan 18 Julai, undi awal 28 Julai dan hari mengundi 1 Ogos - SPR 1 minggu yang lalu: PRN Johor: Hari pencalonan 27 Jun, undi awal 7 Julai dan hari mengundi 11 Julai - SPR 5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini

IKUTI KAMI


50 Motosikal Disita Dalam Operasi Bendung Samseng Jalanan

Semasa Dikemaskini 2 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 26 Nov 2023 12:05PM

Sebanyak 50 buah motosikal telah disita mengikut Seksyen 64(1) Akta Pengangkutan Jalan 1986 dan sebuah motosikal dirampas serta disiasat di bawah Seksyen 108 Akta Pengangkutan Jalan 1986 kerana memalsukan nombor pendaftaran. - gambar IPD Barat Daya

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

BALIK PULAU - Polis menyita sebanyak 50 motosikal dalam Ops Bersepadu Samseng Jalanan di Lebuhraya Tun Dr Lim Chong Eu, Bayan Lepas, di sini awal pagi tadi.

Ketua Polis Daerah Barat Daya Supt Kamarul Rizal Jenal berkata operasi tiga jam bermula 2 pagi itu bagi membendung samseng jalanan dan membanteras kegiatan mat rempit.

Beliau berkata operasi itu dijalankan oleh dua pegawai dan 18 anggota polis Bahagian Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik Daerah Barat Daya bersama seorang pegawai dan 14 anggota Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) Pulau Pinang.

"Sebanyak 50 buah motosikal telah disita mengikut Seksyen 64(1) Akta Pengangkutan Jalan 1986 dan sebuah motosikal dirampas serta disiasat di bawah Seksyen 108 Akta Pengangkutan Jalan 1986 kerana memalsukan nombor pendaftaran.

"Dalam operasi itu, pihak polis turut mengeluarkan sebanyak 144 saman kerana pelbagai kesalahan lalu lintas," katanya dalam kenyataan hari ini.

Operasi itu juga katanya bertujuan memastikan penunggang motosikal sentiasa mematuhi peraturan dan kenderaan mereka mengikut spesifikasi ditetapkan.

"Pihak polis bersama JPJ akan menjalankan operasi seperti itu dari semasa ke semasa bagi mencegah kegiatan samseng jalanan yang sering mengganggu ketenteraman awam dan berbahaya kepada pengguna jalan raya yang lain," katanya. - BERNAMA

Sorotan

1

Prosiding Kes Bapa Rogol Anak Ditangguh, Tunggu Laporan Perubatan

2

Nahas 6 Kenderaan Cetus Kebakaran, Jumlah Mangsa Belum Diketahui

3

Program Mobiliti Antarabangsa Accountants UMK Beri Pendedahan Menyeluruh, Kenali Realiti Dunia Akauntan

4

PRN Johor: Mantan Menteri, Exco, Ahli Parlimen Antara 56 Calon PH

5

Beralih Kepada EV: Langkah Kecil Individu, Impak Besar Ekosistem Tenaga Negara

6

DUN Melaka Berkemungkinan Dibubar Dalam Tempoh 3 Bulan

Disyorkan untuk anda

Politik 1 hari yang lalu

DUN Melaka Berkemungkinan Dibubar Dalam Tempoh 3 Bulan

oleh Amirah Abu Bakar

Semasa 1 hari yang lalu

Perkahwinan Palsu Warga Asing-Tempatan Untuk Dapat Lesen Perniagaan Makin Serius Di Selangor

oleh Amirah Abu Bakar

Politik 1 hari yang lalu

Masa Depan Negara Bergantung Kepada Rakyat, Bukan ‘Politikus Sandiwara’ - Vinod Sekhar 

oleh Sophia Ahmad

Politik 17 jam yang lalu

PRN Johor: Mantan Menteri, Exco, Ahli Parlimen Antara 56 Calon PH

oleh Sophia Ahmad