web statsweb stats

Berita Terkini

1 minggu yang lalu: PRN Negeri Sembilan: Hari pencalonan 18 Julai, undi awal 28 Julai dan hari mengundi 1 Ogos - SPR 1 minggu yang lalu: PRN Johor: Hari pencalonan 27 Jun, undi awal 7 Julai dan hari mengundi 11 Julai - SPR 5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini

IKUTI KAMI


Isteri Timbalan Speaker DUN Selangor Meninggal Dunia

Semasa Dikemaskini 2 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 25 Nov 2023 4:47PM

Allahyarham Suzana Shaharudin meninggal dunia akibat penyakit barah. - gambar media sosial

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

SHAH ALAM - Ketua Penerangan Wanita Parti Keadilan Rakyat (PKR) Suzana Shaharudin meninggal dunia di Hospital Pantai, Bangsar, Kuala Lumpur pada 12.02 tengah hari tadi.

Timbalan Ketua Wanita PKR Juwairiya Zulkifli berkata Suzana, 51, yang juga isteri kepada Timbalan Speaker Dewan Undangan Negeri (DUN) Selangor Mohd Kamri Kamaruddin, meninggal dunia akibat penyakit barah yang dialaminya sejak awal tahun ini.

“Beliau seorang yang amat komited dalam perjuangan PKR, saya sempat bertemu dengannya semasa tempoh kempen Pilihan Raya Negeri lepas yang turut berkempen bagi membantu suaminya (ADUN Bukit Antarabangsa).

“Jenazah Suzana akan dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Ukay Perdana, Ampang selepas Asar," katanya ketika dihubungi Bernama hari ini.

Suzana juga merupakan Exco Wanita PKR dan bekas penyelaras DUN Bukit Antarabangsa.

Dalam pada itu, Menteri Komunikasi dan Digital Fahmi Fadzil menerusi Facebooknya turut melahirkan rasa dukacita atas kematian Suzana yang juga Ahli Majlis Pimpinan Wanita Pusat dan rakan seperjuangannya.

“Semoga Allah mengampuni segala dosa Allahyarham dan menempatkan roh beliau dalam kalangan orang-orang yang solehah.

”Saya turut mendoakan agar YB (Yang Berhormat) Mohd Kamri Kamaruddin dan keluarga Allahyarham tabah dengan ujian yang teramat berat ini,” katanya. - BERNAMA

Sorotan

1

Prosiding Kes Bapa Rogol Anak Ditangguh, Tunggu Laporan Perubatan

2

Nahas 6 Kenderaan Cetus Kebakaran, Jumlah Mangsa Belum Diketahui

3

Program Mobiliti Antarabangsa Accountants UMK Beri Pendedahan Menyeluruh, Kenali Realiti Dunia Akauntan

4

PRN Johor: Mantan Menteri, Exco, Ahli Parlimen Antara 56 Calon PH

5

Beralih Kepada EV: Langkah Kecil Individu, Impak Besar Ekosistem Tenaga Negara

6

DUN Melaka Berkemungkinan Dibubar Dalam Tempoh 3 Bulan

Disyorkan untuk anda

Semasa 6 jam yang lalu

Perdagang Remaja Untuk Eksploitasi Seksual: Wanita Indonesia Dipenjara 6 Tahun 

oleh Sophia Ahmad

Politik 1 hari yang lalu

Pengurangan Calon India, Pertukaran Nama Saat Akhir Cetus Kekecewaan Akar Umbi PKR Johor

oleh Sophia Ahmad

Politik 1 hari yang lalu

Hamzah Kembali Dilantik Ketua Pembangkang

oleh Sophia Ahmad

Semasa 1 hari yang lalu

4 Individu Didakwa Cederakan Pembantu Rumah Warga Indonesia

oleh Amirah Abu Bakar