web statsweb stats

Berita Terkini

1 minggu yang lalu: PRN Negeri Sembilan: Hari pencalonan 18 Julai, undi awal 28 Julai dan hari mengundi 1 Ogos - SPR 1 minggu yang lalu: PRN Johor: Hari pencalonan 27 Jun, undi awal 7 Julai dan hari mengundi 11 Julai - SPR 5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini

IKUTI KAMI


MOTAC Semak Semula Kelayakan Agensi Pelancongan Urus Umrah

Semasa Dikemaskini 2 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 25 Nov 2023 9:19AM

Timbalan Menteri Pelancongan, Seni dan Budaya Khairul Firdaus Akbar Khan akan mengetuai jawatankuasa semakan semula kelayakan syarikat agensi pelancongan terutamanya perniagaan berkaitan perjalanan mengerjakan umrah di Arab Saudi. - gambar BERNAMA

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA LUMPUR - Kementerian Pelancongan, Seni dan Budaya (MOTAC) akan meneliti dan menyemak semula kelayakan syarikat agensi pelancongan terutamanya perniagaan berkaitan perjalanan mengerjakan umrah di Arab Saudi.

Menteri berkenaan Datuk Seri Tiong King Sing berkata ini susulan aduan orang ramai khususnya jemaah umrah yang menjadi mangsa penipuan syarikat agensi pelancongan masih diterima walaupun tindakan tegas seperti membatalkan lesen terhadap syarikat terbabit sudah dilaksanakan.

Beliau berkata Timbalan Menteri Pelancongan, Seni dan Budaya Khairul Firdaus Akbar Khan akan mengetuai jawatankuasa semakan terbabit dan membentangkan laporan lengkap dalam tempoh sebulan.

“Ini termasuk mengkategorikan syarikat yang benar-benar menjalankan perniagaan dengan baik dan sebaliknya serta laporan terperinci mengenai rekod syarikat-syarikat ini sepanjang menguruskan jemaah umrah.

“Tindakan ini bagi memastikan syarikat agensi pelancongan lebih bertanggungjawab semasa menjalankan perniagaan dan tidak mengabaikan pelanggan masing-masing,” katanya dalam kenyataan.

Selain itu, Tiong berkata pihaknya akan menyelesaikan beberapa isu lain seperti harga dan prosedur permohonan boleh dibuat melalui MOTAC, sebelum MOTAC menyerahkannya kepada agensi pelancongan yang bertanggungjawab bagi menjimatkan kos yang tidak perlu dikenakan kepada pelanggan.

“Syarikat agensi pelancongan sama ada yang telah lama beroperasi mahupun baharu, perlu melaporkan setiap aktiviti berkaitan pelanggan mereka sepanjang perjalanan mengerjakan umrah kepada MOTAC bagi pemantauan secara dekat dan memastikan segala janji yang ditawarkan kepada pelanggan dikotakan,” katanya.

Beliau berkata pihaknya akan mengadakan kunjungan hormat terhadap Duta Besar Arab Saudi ke Malaysia serta Menteri Haji dan Umrah Arab Saudi bagi membincangkan tentang kuota.

“Sekiranya MOTAC diberi amanah, jawatankuasa yang diketuai oleh timbalan menteri akan ditubuhkan untuk menguruskan perkara ini daripada diberikan secara terus kepada syarikat agensi pelancongan agar proses jemaah umrah dari negara kita dapat berjalan dengan lebih lancar, telus dan bertanggungjawab serta memastikan kejadian sama khususnya membabitkan penipuan tidak berulang lagi di masa hadapan,” katanya.

Tiong berkata inisiatif yang dilakukan MOTAC itu diharapkan dapat membantu dan melindungi jemaah umrah daripada terus menjadi mangsa penipuan selain memberi peringatan kepada syarikat agensi pelancongan supaya tidak memperdaya pelanggan serta berusaha memberikan perkhidmatan terbaik.

“Saya juga merayu agar semua syarikat agensi pelancongan pengurusan umrah sentiasa jujur dalam menjalankan perniagaan mereka serta sentiasa menunaikan tanggungjawab sepenuhnya dalam memberi tawaran perkhidmatan yang dijanjikan.

“Syarikat-syarikat berkenaan adalah dilarang untuk memasarkan dan menawarkan perkhidmatan yang tidak mampu diberikan seperti tidak mempunyai kuota atau kapasiti logistik yang sepatutnya,” katanya. - BERNAMA

Sorotan

1

Prosiding Kes Bapa Rogol Anak Ditangguh, Tunggu Laporan Perubatan

2

Nahas 6 Kenderaan Cetus Kebakaran, Jumlah Mangsa Belum Diketahui

3

Program Mobiliti Antarabangsa Accountants UMK Beri Pendedahan Menyeluruh, Kenali Realiti Dunia Akauntan

4

PRN Johor: Mantan Menteri, Exco, Ahli Parlimen Antara 56 Calon PH

5

Beralih Kepada EV: Langkah Kecil Individu, Impak Besar Ekosistem Tenaga Negara

6

DUN Melaka Berkemungkinan Dibubar Dalam Tempoh 3 Bulan

Disyorkan untuk anda

Pendidikan 14 jam yang lalu

Program Mobiliti Antarabangsa Accountants UMK Beri Pendedahan Menyeluruh, Kenali Realiti Dunia Akauntan

oleh Sophia Ahmad

Semasa 9 jam yang lalu

Prosiding Kes Bapa Rogol Anak Ditangguh, Tunggu Laporan Perubatan

oleh Amirah Abu Bakar

Politik 1 hari yang lalu

‘Ahli Parlimen, Jangan Ponteng Sidang Dewan Rakyat’ - Speaker

oleh Sophia Ahmad

Politik 1 hari yang lalu

Masa Depan Negara Bergantung Kepada Rakyat, Bukan ‘Politikus Sandiwara’ - Vinod Sekhar 

oleh Sophia Ahmad