web statsweb stats

Berita Terkini

1 minggu yang lalu: PRN Negeri Sembilan: Hari pencalonan 18 Julai, undi awal 28 Julai dan hari mengundi 1 Ogos - SPR 1 minggu yang lalu: PRN Johor: Hari pencalonan 27 Jun, undi awal 7 Julai dan hari mengundi 11 Julai - SPR 5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini

IKUTI KAMI


Kerajaan Ambil Maklum Hasil Kaji Selidik Merdeka Center, Lihat Sudut Positif – Fahmi

Semasa Dikemaskini 2 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 25 Nov 2023 8:16AM

Menteri Komunikasi dan Digital Fahmi Fadzil. - gambar fail

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA LUMPUR - Kerajaan mengambil maklum laporan kaji selidik Merdeka Center berhubung pentadbiran setahun Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim dan melihatnya daripada sudut pandang positif, iaitu untuk menambah baik usaha menyelesaikan masalah termasuk isu ekonomi.

Menteri Komunikasi dan Digital Fahmi Fadzil dalam kenyataan berkata kerajaan mengambil maklum laporan berkenaan walaupun ia bersifat ‘snap shot’ atau ‘keratan rentas’ pada ketika itu.

“Seperti yang disebut Perdana Menteri pada majlis sambutan setahun Kerajaan Perpaduan di Putrajaya pada 23 November, tahun hadapan Kerajaan akan memberi fokus kepada pembangunan ekonomi termasuk pendapatan rakyat.

“Insya-Allah, dengan dasar Ekonomi Madani, Pelan Induk Industri Baru (NIMP) 2030, usaha membanteras rasuah dan menambah baik tadbir urus kerajaan termasuk memudah cara perniagaan dan pelaburan, hala tuju pertumbuhan ekonomi berada pada landasan yang betul,” katanya.

Fahmi yang juga Jurucakap Kerajaan Perpaduan berkata demikian bagi mengulas laporan media mengenai kaji selidik Merdeka Center berhubung kadar penilaian kelulusan Anwar Ibrahim sebagai Perdana Menteri merosot kepada 50 peratus daripada 68 peratus pada Dis 2022.

Anwar dalam responsnya hari ini berkata beliau mengambil maklum perkara itu dan menyatakan bahawa maklum balas itu adalah daripada 1,200 orang dan bukannya 32 juta rakyat Malaysia.

Sementara itu, Setiausaha Politik Kanan kepada Perdana Menteri Datuk Seri Shamsul Iskandar Mohd Akin berkata hasil kajian berkenaan tidak menggambarkan pandangan keseluruhan rakyat Malaysia, sebaliknya hanyalah daripada sekumpulan responden sahaja.

Beliau berkata rating kelulusan yang diterima Anwar itu lebih meyakinkan berbanding kerajaan sebelum ini, misalnya Tun Dr Mahathir Mohamad iaitu kira-kira 30 peratus dan Tan Sri Muhyiddin Yassin antara 30 hingga 40 peratus.

“Pada saya selepas setahun, kalau betul itu tinjauan mewakili seluruh rakyat Malaysia, kita ada banyak lagi ikhtiar untuk memastikan majoriti rakyat, 32 juta rakyat ini dapat dijaga dengan baik oleh kerajaan,” katanya ketika menjadi tetamu program Ruang Bicara terbitan Bernama TV malam ini.  - BERNAMA

Sorotan

1

Prosiding Kes Bapa Rogol Anak Ditangguh, Tunggu Laporan Perubatan

2

Nahas 6 Kenderaan Cetus Kebakaran, Jumlah Mangsa Belum Diketahui

3

Program Mobiliti Antarabangsa Accountants UMK Beri Pendedahan Menyeluruh, Kenali Realiti Dunia Akauntan

4

PRN Johor: Mantan Menteri, Exco, Ahli Parlimen Antara 56 Calon PH

5

Beralih Kepada EV: Langkah Kecil Individu, Impak Besar Ekosistem Tenaga Negara

6

DUN Melaka Berkemungkinan Dibubar Dalam Tempoh 3 Bulan

Disyorkan untuk anda

Politik 1 hari yang lalu

DUN Melaka Berkemungkinan Dibubar Dalam Tempoh 3 Bulan

oleh Amirah Abu Bakar

Semasa 8 jam yang lalu

Prosiding Kes Bapa Rogol Anak Ditangguh, Tunggu Laporan Perubatan

oleh Amirah Abu Bakar

Semasa 1 hari yang lalu

4 Individu Didakwa Cederakan Pembantu Rumah Warga Indonesia

oleh Amirah Abu Bakar

Semasa 6 jam yang lalu

Perdagang Remaja Untuk Eksploitasi Seksual: Wanita Indonesia Dipenjara 6 Tahun 

oleh Sophia Ahmad