web statsweb stats

Berita Terkini

1 minggu yang lalu: PRN Negeri Sembilan: Hari pencalonan 18 Julai, undi awal 28 Julai dan hari mengundi 1 Ogos - SPR 1 minggu yang lalu: PRN Johor: Hari pencalonan 27 Jun, undi awal 7 Julai dan hari mengundi 11 Julai - SPR 5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini

IKUTI KAMI


Calon Menteri Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup Sudah Ada

Semasa Dikemaskini 2 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 24 Nov 2023 4:34PM

Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim bercakap kepada pemberita selepas hadir menunaikan Solat Jumaat di Surau Al-Furqan, Presint 11, Putrajaya hari ini. - gambar BERNAMA

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

PUTRAJAYA - Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata beliau sudah ada calon yang sesuai untuk mengisi portfolio Menteri Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup, yang kosong susulan kematian penyandangnya Datuk Seri Salahuddin Ayub pada Julai lepas.

Bercakap kepada pemberita selepas menunaikan solat Jumaat di Surau Al-Furqan di sini hari ini, Anwar ketika ditanya jika sudah ada nama pengganti Salahuddin berkata: "Ada, ada."

Tanpa mendedahkan butiran individu yang dimaksudkan, Anwar berkata ia akan akan diumumkan secepat mungkin.

Salahuddin, 61, meninggal dunia di Hospital Sultanah Bahiyah di Alor Setar, Kedah pada malam 23 Julai lepas setelah ditidurkan selepas menjalani pembedahan akibat pendarahan otak.

Jawatan Menteri Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup ketika ini dipangku Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Sabah, Sarawak dan Tugas-Tugas Khas) Datuk Armizan Mohd Ali.

Sementara itu, ditanya mengenai dapatan kaji selidik Merdeka Center yang menyatakan kadar penilaian kelulusan Anwar sebagai perdana menteri merosot kepada 50 peratus berbanding 68 peratus dalam tinjauan sebelum ini, Anwar berkata beliau mengambil maklum akan perkara itu.

Beliau berkata maklum balas itu adalah daripada 1,200 orang dan bukannya 32 juta rakyat Malaysia.

"Kajian mereka hanya 1,200 sahaja, dan kita mendengar pandangan itu, tetapi kita juga kena cuba menyantuni seramai 32 juta orang," katanya.

Media melaporkan kaji selidik Merdeka Center yang menyatakan penerimaan terhadap Anwar menurun selepas setahun pentadbirannya. - BERNAMA

Sorotan

1

Prosiding Kes Bapa Rogol Anak Ditangguh, Tunggu Laporan Perubatan

2

Nahas 6 Kenderaan Cetus Kebakaran, Jumlah Mangsa Belum Diketahui

3

Program Mobiliti Antarabangsa Accountants UMK Beri Pendedahan Menyeluruh, Kenali Realiti Dunia Akauntan

4

PRN Johor: Mantan Menteri, Exco, Ahli Parlimen Antara 56 Calon PH

5

Beralih Kepada EV: Langkah Kecil Individu, Impak Besar Ekosistem Tenaga Negara

6

DUN Melaka Berkemungkinan Dibubar Dalam Tempoh 3 Bulan

Disyorkan untuk anda

Semasa 7 jam yang lalu

Malaysia Perhebat Tekanan Diplomatik Terhadap Israel, Guna Pelbagai Platform Antarabangsa

oleh Sophia Ahmad

Semasa 8 jam yang lalu

Prosiding Kes Bapa Rogol Anak Ditangguh, Tunggu Laporan Perubatan

oleh Amirah Abu Bakar

Semasa 1 hari yang lalu

Pemilik Kenderaan Diesel Terima Kuota 200 Liter Sebulan, Boleh Mohon Tambahan 100 Liter

oleh Sophia Ahmad

Semasa 7 jam yang lalu

Dadah Sintetik Jadi Ancaman Utama, Pantai Timur Paling Terjejas

oleh Sophia Ahmad