web statsweb stats

Berita Terkini

1 minggu yang lalu: PRN Negeri Sembilan: Hari pencalonan 18 Julai, undi awal 28 Julai dan hari mengundi 1 Ogos - SPR 1 minggu yang lalu: PRN Johor: Hari pencalonan 27 Jun, undi awal 7 Julai dan hari mengundi 11 Julai - SPR 5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini

IKUTI KAMI


Identiti “Mr H” Masih Tidak Dapat Disahkan - PJSJ

Semasa Dikemaskini 2 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 24 Nov 2023 3:08PM

Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Bukit Aman Datuk Seri Mohd Shuhaily Mohd Zain. - gambar fail

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA LUMPUR - Identiti Mr H yang berkait dengan siasatan kes video perbualan mirip bekas Ketua Pengarah Jabatan Komunikasi Komuniti (J-KOM) Datuk Dr Mohammad Agus Yusoff hanya boleh disahkan oleh pegawai J-KOM Abdul Wahab Abdul Kadir.

Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Bukit Aman Datuk Seri Mohd Shuhaily Mohd Zain berkata hal ini kerana hanya Abdul Wahab yang mengetahui identiti sebenar Mr H dan polis boleh mengenal pasti individu terbabit selepas disahkan Abdul Wahab.

Beliau berkata setakat ini, Abdul Wahab belum tampil untuk memberi keterangan bagi membantu siasatan kes itu dan polis telah cuba menghubungi pegawai J-KOM berkenaan melalui peguamnya untuk meminta lelaki itu segera tampil memberikan keterangan.

“Setakat ini, bukti berkaitan Mr H hanya berdasarkan maklumat yang diberikan oleh Mohammad Agus dan selagi keterangan Abdul Wahab belum diperoleh, identiti Mr H masih misteri.  

“Setakat semalam, polis telah merakam keterangan empat individu iaitu Mohammad Agus, Badrul Hisham Shaharin atau dikenali sebagai Che’gu Bard, seorang pekerja hotel dan individu yang didakwa sebagai Mr H,” katanya pada sidang media khas di Bukit Aman di sini hari ini.

Bagaimanapun, polis belum dapat mengesahkan individu yang hadir memberi keterangan itu ialah Mr H seperti yang didakwa.

Sementara itu, mengulas mengenai perkembangan siasatan gangguan seksual melibatkan ketua pengarah sebuah agensi keselamatan, Mohd Shuhaily berkata polis telah merakam keterangan pegawai kanan berkenaan pada 2.30 petang semalam.

“Polis turut merampas telefon bimbit milik pegawai kanan terbabit semalam dan setakat ini, tiga keterangan telah diperoleh termasuk mangsa dan pegawai khas ketua pengarah berkenaan,” katanya sambil memberitahu polis akan mengambil keterangan beberapa saksi lagi bagi membantu siasatan.

Sebelum ini, tular menerusi media sosial paparan laporan polis seorang wanita berusia 39 tahun mendakwa diganggu secara seksual oleh seorang pegawai tinggi kerajaan agensi keselamatan bergelar Datuk sejak tahun lepas.

Wanita yang bekerja sebagai penasihat kewangan itu mendakwa pertemuannya dengan individu terbabit pada November lepas berkaitan dengan cadangan pelaburan dan kewangan dan sejak pertemuan kali pertama itu, individu terbabit didakwa telah mengganggu mangsa menerusi perbualan dan kandungan gambar serta video lucah. - BERNAMA

Sorotan

1

Prosiding Kes Bapa Rogol Anak Ditangguh, Tunggu Laporan Perubatan

2

Nahas 6 Kenderaan Cetus Kebakaran, Jumlah Mangsa Belum Diketahui

3

Program Mobiliti Antarabangsa Accountants UMK Beri Pendedahan Menyeluruh, Kenali Realiti Dunia Akauntan

4

PRN Johor: Mantan Menteri, Exco, Ahli Parlimen Antara 56 Calon PH

5

Beralih Kepada EV: Langkah Kecil Individu, Impak Besar Ekosistem Tenaga Negara

6

DUN Melaka Berkemungkinan Dibubar Dalam Tempoh 3 Bulan

Disyorkan untuk anda

Politik 1 hari yang lalu

‘Ahli Parlimen, Jangan Ponteng Sidang Dewan Rakyat’ - Speaker

oleh Sophia Ahmad

Semasa 1 hari yang lalu

Dakwaan Kebocoran Dana RM53 Juta: SPRM Siasat Pemindahan DAK Ke Jepun 

oleh Sophia Ahmad

Politik 16 jam yang lalu

PRN Johor: Mantan Menteri, Exco, Ahli Parlimen Antara 56 Calon PH

oleh Sophia Ahmad

Politik 1 hari yang lalu

DUN Melaka Berkemungkinan Dibubar Dalam Tempoh 3 Bulan

oleh Amirah Abu Bakar