web statsweb stats

Berita Terkini

1 minggu yang lalu: PRN Negeri Sembilan: Hari pencalonan 18 Julai, undi awal 28 Julai dan hari mengundi 1 Ogos - SPR 1 minggu yang lalu: PRN Johor: Hari pencalonan 27 Jun, undi awal 7 Julai dan hari mengundi 11 Julai - SPR 5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini

IKUTI KAMI


Inflasi Malaysia Sederhana Kepada 1.8 Peratus Pada Oktober – Jabatan Perangkaan

Semasa Dikemaskini 2 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 24 Nov 2023 2:32PM

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA LUMPUR - Inflasi keseluruhan Malaysia pada Oktober 2023, yang diukur oleh Indeks Harga Pengguna (IHP) menyederhana kepada 1.8 peratus, terendah sejak April 2021, dengan IHP mencatatkan 130.9 mata berbanding 128.6 mata pada bulan yang sama tahun sebelumnya, kata Jabatan Perangkaan Malaysia (DOSM).

Ketua Perangkawan Datuk Seri Mohd Uzir Mahidin berkata peningkatan itu dipacu oleh kenaikan lebih rendah kumpulan makanan dan minuman bukan alkohol pada 3.6 peratus. diikuti peningkatan perlahan kumpulan hiasan, perkakasan dan penyelenggaraan isi rumah (1.4 peratus) dan pelbagai barangan dan perkhidmatan (2.3 peratus) berbanding 2.5 peratus bulan sebelumnya.

Sementara itu, kumpulan utama lain yang menyumbang kepada peningkatan lebih rendah adalah kumpulan minuman alkohol dan tembakau (0.6 peratus) dan pakaian serta kasut (0.0 peratus), berbanding kenaikan masing-masing 0.7 peratus dan 0.1 peratus pada September 2023, katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Mohd Uzir berkata kumpulan makanan dan minuman bukan alkohol menyumbang 29.5 peratus daripada keseluruhan wajaran IHP.

Komponen makanan di rumah meningkat 2.1 peratus berbanding 2.5 peratus yang direkodkan bulan sebelumnya, didorong terutamanya subkumpulan beras, roti dan bijirin lain pada 3.6 peratus (September 2023: 4.1 peratus), manakala komponen makanan di luar rumah meningkat perlahan kepada 5.6 peratus berbanding 5.9 peratus yang direkodkan pada September 2023.

Sementara itu, inflasi teras bagi Oktober, yang tidak termasuk makanan dan tenaga, meningkat lebih perlahan pada 2.4 peratus (September 2023: 2.5 peratus) namun masih melepasi kadar inflasi keseluruhan negara sebanyak 1.8 peratus, dengan peningkatan tertinggi dicatatkan bagi inflasi makanan dan minuman bukan beralkohol (4.8 peratus).

Inflasi keseluruhan Malaysia adalah lebih rendah berbanding Filipina pada 4.9 peratus, Korea Selatan (3.8 peratus), Vietnam (3.6 peratus) dan Indonesia (2.6 peratus). - BERNAMA

Sorotan

1

Prosiding Kes Bapa Rogol Anak Ditangguh, Tunggu Laporan Perubatan

2

Nahas 6 Kenderaan Cetus Kebakaran, Jumlah Mangsa Belum Diketahui

3

Program Mobiliti Antarabangsa Accountants UMK Beri Pendedahan Menyeluruh, Kenali Realiti Dunia Akauntan

4

PRN Johor: Mantan Menteri, Exco, Ahli Parlimen Antara 56 Calon PH

5

Beralih Kepada EV: Langkah Kecil Individu, Impak Besar Ekosistem Tenaga Negara

6

DUN Melaka Berkemungkinan Dibubar Dalam Tempoh 3 Bulan

Disyorkan untuk anda

Pendidikan 14 jam yang lalu

Program Mobiliti Antarabangsa Accountants UMK Beri Pendedahan Menyeluruh, Kenali Realiti Dunia Akauntan

oleh Sophia Ahmad

Politik 1 hari yang lalu

DUN Melaka Berkemungkinan Dibubar Dalam Tempoh 3 Bulan

oleh Amirah Abu Bakar

Semasa 7 jam yang lalu

Malaysia Perhebat Tekanan Diplomatik Terhadap Israel, Guna Pelbagai Platform Antarabangsa

oleh Sophia Ahmad

Politik 1 hari yang lalu

Hamzah Kembali Dilantik Ketua Pembangkang

oleh Sophia Ahmad