web statsweb stats

Berita Terkini

1 minggu yang lalu: PRN Negeri Sembilan: Hari pencalonan 18 Julai, undi awal 28 Julai dan hari mengundi 1 Ogos - SPR 1 minggu yang lalu: PRN Johor: Hari pencalonan 27 Jun, undi awal 7 Julai dan hari mengundi 11 Julai - SPR 5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini

IKUTI KAMI


PDRM Terima Lebih 40 Laporan Polis Ancaman Bom Palsu – KPN

Semasa Dikemaskini 2 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 23 Nov 2023 8:22PM

Panggilan bom palsu itu melibatkan sekolah kerajaan, swasta dan antarabangsa. - gambar PDRM

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA LUMPUR - Polis Diraja Malaysia (PDRM) menerima sebanyak 44 laporan berhubung ancaman bom palsu di seluruh negara sejak Selasa lepas sehingga 8 pagi tadi.

Ketua Polis Negara Tan Sri Razarudin Husain berkata jumlah yang diterima itu melibatkan sekolah kerajaan, swasta dan antarabangsa.

Beliau berkata akaun e-mel yang menggunakan nama “Taktstorer” itu dikenal pasti berasal daripada Cyprus dan alamat protokol internet e-mel itu dari Finland yang sering berubah.

“Kami ada menghubungi Pengarah Pelajaran Negeri untuk sekolah yang mempunyai e-mel Google (untuk kenal pasti ancaman bom palsu),” katanya kepada pemberita selepas hadir Majlis Pengiktirafan Tolak Rasuah dan Pelancaran Peraturan 3C sempena sambutan Bulan Integriti 2023 di Maktab PDRM, Cheras di sini hari ini.

Razarudin berkata polis telah menjalankan tindakan pembersihan keselamatan di sekolah-sekolah terlibat yang kononnya ada ditanam bom di kawasan sekolah.

“Saya beri jaminan bahawa kepada ibu bapa, murid-murid dan guru-guru bahawa keselamatan mereka adalah keutamaan polis, “ katanya.

Beliau berkata hasil siasatan mendapati negara lain juga turut mendapat ancaman bom palsu seperti Jamaica (dikenal pasti sebanyak 70 panggilan bom palsu), Trinidad dan Tobago, Jerman dan Amerika Syarikat.

“Kita masih meneruskan siasatan kita dengan bantuan-bantuan negara terlibat termasuk Biro Siasatan Persekutuan (FBI),” katanya.

 Sementara itu di PULAU PINANG, sebuah lagi sekolah iaitu  sekolah menengah agama di Tasik Gelugor membuat laporan polis selepas menerima ancaman bom menerusi e-mel.

Ia menjadikan empat buah sekolah termasuk tiga buah sekolah antarabangsa di negeri ini menerima ancaman ugutan bom.

Ketua Polis Pulau Pinang Datuk Khaw Kok Chin berkata sekolah itu menerima e-mel berhubung ancaman bom itu Selasa lepas namun baru menyedari e-mel berkenaan hari ini.

"Kami menerima satu lagi laporan polis ancaman bom menerusi e-mel hari ini dari guru sebuah sekolah di Tasek Gelugor pada 1.55 tengah hari tadi,” katanya ketika dihubungi Bernama hari ini.

Semalam, PDRM menerima 37 laporan mengenai ancaman bom palsu yang dihantar melalui e-mel ke beberapa buah sekolah swasta dan kerajaan di seluruh negara.

Ancaman berkenaan dihantar menerusi dua akaun e-mel menggunakan nama “taktstorer” yang bermaksud pengganggu ketenteraman dalam Bahasa Jerman daripada penyedia perkhidmatan e-mel beeble.com. - BERNAMA

Sorotan

1

Prosiding Kes Bapa Rogol Anak Ditangguh, Tunggu Laporan Perubatan

2

Nahas 6 Kenderaan Cetus Kebakaran, Jumlah Mangsa Belum Diketahui

3

Program Mobiliti Antarabangsa Accountants UMK Beri Pendedahan Menyeluruh, Kenali Realiti Dunia Akauntan

4

PRN Johor: Mantan Menteri, Exco, Ahli Parlimen Antara 56 Calon PH

5

Beralih Kepada EV: Langkah Kecil Individu, Impak Besar Ekosistem Tenaga Negara

6

DUN Melaka Berkemungkinan Dibubar Dalam Tempoh 3 Bulan

Disyorkan untuk anda

Politik 16 jam yang lalu

PRN Johor: Mantan Menteri, Exco, Ahli Parlimen Antara 56 Calon PH

oleh Sophia Ahmad

Politik 1 hari yang lalu

Hamzah Kembali Dilantik Ketua Pembangkang

oleh Sophia Ahmad

Pendidikan 14 jam yang lalu

Program Mobiliti Antarabangsa Accountants UMK Beri Pendedahan Menyeluruh, Kenali Realiti Dunia Akauntan

oleh Sophia Ahmad

Semasa 1 hari yang lalu

Perkahwinan Palsu Warga Asing-Tempatan Untuk Dapat Lesen Perniagaan Makin Serius Di Selangor

oleh Amirah Abu Bakar