web statsweb stats

Berita Terkini

1 minggu yang lalu: PRN Negeri Sembilan: Hari pencalonan 18 Julai, undi awal 28 Julai dan hari mengundi 1 Ogos - SPR 1 minggu yang lalu: PRN Johor: Hari pencalonan 27 Jun, undi awal 7 Julai dan hari mengundi 11 Julai - SPR 5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini

IKUTI KAMI


Pengasingan Aset Simpanan Syariah KWSP Dijangka Beri Pulangan Dividen Lebih Baik

Semasa Dikemaskini 2 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 23 Nov 2023 4:16PM

Pengasingan sepenuhnya aset simpanan syariah KWSP mulai Januari depan dijangka beri pulangan dividen Skim Simpanan Shariah lebih baik atau setara dengan Skim Simpanan Konvensional. - gambar fail

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

PUTRAJAYA - Aset simpanan syariah Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) diasingkan sepenuhnya mulai 1 Jan, 2024 yang dijangka dapat memberikan pulangan dividen Skim Simpanan Shariah yang lebih baik atau sekurang-kurangnya setara dengan Skim Simpanan Konvensional.

Timbalan Menteri Kewangan, Datuk Seri Ahmad Maslan berkata pada masa ini, dividen bagi Skim Simpanan Shariah lebih rendah berbanding Skim Simpanan Konvensional.

Beliau berkata contohnya, dividen skim konvensional pada 2022 adalah 5.35 peratus manakala skim syariah adalah 4.75 peratus dan trend sedemikian berlaku beberapa tahun dengan dividen skim syariah tidak pernah mengatasi dividen konvensional.

“Pengasingan memberi kebebasan sepenuhnya kepada pelaburan syariah, maka ada kemungkinan pada tahun-tahun hadapan, (dividen syariah) jika tidak melebihi dividen pelaburan konvensional, paling kurang akan setara dengan pelaburan konvensional,"  katanya kepada pemberita selepas merasmikan Hari Integriti Bersama Kementerian Kewangan (MOF) dan Agensi-agensi 2023 di sini, pada Khamis.

Ketua Pegawai Eksekutif KWSP, Datuk Seri Amir Hamzah Azizan yang turut hadir pada sidang media itu berkata pada masa ini, kira-kira 40 peratus daripada RM1.1 trilion aset di bawah pengurusan KWSP adalah aset syariah.

Beliau berkata apabila kedua-dua skim ini diasingkan, KWSP boleh membezakan simpanan dan pelaburan yang dibuat, dengan skim syariah bebas memilih pelaburan serta boleh meningkatkan pulangan, sekali gus merapatkan jurang antara skim konvensional dan syariah.

“Tetapi, pulangan (daripada pelaburan) yang kita dapat semestinya bergantung kepada prestasi aset yang kita ada. Usaha kita, kita asingkan dulu dan kita lihat cara untuk kita boleh kurangkan jurang (dividen),” katanya.

Sementara itu, Ahmad berkata MOF akan meneliti secara serius setiap teguran serta ketirisan yang dilaporkan menerusi Laporan Ketua Audit Negara (LKAN) 2022.

“Perkara ini berhubung rapat dengan integriti seperti penyalahgunaan kuasa dan juga rasuah, jika ia boleh dikurangkan maka banyak perkara boleh diselamatkan. Jadi, kita harap kebocoran dan teguran Ketua Audit Negara itu akan mempercepat dan mempercekap urusan kewangan,” katanya.

Mengenai teguran terhadap kelemahan pengurusan pembangunan dua projek hartanah Lembaga Pembangunan Langkawi (LADA), Ahmad berkata MOF mengambil maklum perkara itu dan berharap pihak berkaitan mengambil tindakan sewajarnya.

LKAN 2022 mendapati LADA gagal mengutip hasil pajakan tanah dua projek iaitu Projek Pembangunan Hotel St Regis sebanyak RM3.19 juta sejak 2018; dan pajakan tanah untuk Projek Perkampungan Tok Senik sebanyak RM8.30 juta sejak 2003. - BERNAMA

Sorotan

1

Prosiding Kes Bapa Rogol Anak Ditangguh, Tunggu Laporan Perubatan

2

Nahas 6 Kenderaan Cetus Kebakaran, Jumlah Mangsa Belum Diketahui

3

Program Mobiliti Antarabangsa Accountants UMK Beri Pendedahan Menyeluruh, Kenali Realiti Dunia Akauntan

4

PRN Johor: Mantan Menteri, Exco, Ahli Parlimen Antara 56 Calon PH

5

Beralih Kepada EV: Langkah Kecil Individu, Impak Besar Ekosistem Tenaga Negara

6

DUN Melaka Berkemungkinan Dibubar Dalam Tempoh 3 Bulan

Disyorkan untuk anda

Semasa 7 jam yang lalu

Malaysia Perhebat Tekanan Diplomatik Terhadap Israel, Guna Pelbagai Platform Antarabangsa

oleh Sophia Ahmad

Politik 1 hari yang lalu

Pengurangan Calon India, Pertukaran Nama Saat Akhir Cetus Kekecewaan Akar Umbi PKR Johor

oleh Sophia Ahmad

Politik 1 hari yang lalu

‘Ahli Parlimen, Jangan Ponteng Sidang Dewan Rakyat’ - Speaker

oleh Sophia Ahmad

Politik 1 hari yang lalu

DUN Melaka Berkemungkinan Dibubar Dalam Tempoh 3 Bulan

oleh Amirah Abu Bakar