web statsweb stats

Berita Terkini

1 minggu yang lalu: PRN Negeri Sembilan: Hari pencalonan 18 Julai, undi awal 28 Julai dan hari mengundi 1 Ogos - SPR 1 minggu yang lalu: PRN Johor: Hari pencalonan 27 Jun, undi awal 7 Julai dan hari mengundi 11 Julai - SPR 5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini

IKUTI KAMI


Ubah Status Kenderaan Perdagangan: 9 Direman Bantu Siasatan

Semasa Dikemaskini 2 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 22 Nov 2023 8:07AM

Modus operandi sindiket adalah meminda data kenderaan atau pembetulan butir-butir kenderaan bagi mendapatkan status diesel hijau

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA LUMPUR - Sembilan individu termasuk lima anggota penguat kuasa direman lapan hari kerana disyaki meminta dan menerima wang suapan untuk meminda butiran spesifikasi enjin kenderaan perdagangan daripada kenderaan diesel biasa kepada kenderaan diesel hijau.

Sumber Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) berkata perintah itu dikeluarkan selepas pihaknya membuat permohonan reman di Mahkamah Majistret Ipoh, Putrajaya, Johor Bahru dan Kota Kinabalu pagi semalam.

“Majistret membenarkan perintah reman bermula hari ini, seorang lagi individu bertindak sebagai ejen di Selangor dilepaskan dengan jaminan SPRM selepas keterangannya direkodkan," kata sumber berkenaan ketika dihubungi di sini.

Kelmarin, SPRM dilaporkan menahan 10 individu berusia 33 hingga 66 tahun antara pukul 11 pagi dan 3 petang di beberapa negeri bagi membantu siasatan kes berkenaan.

Menurut sumber berkenaan modus operandi sindiket itu adalah pindaan data kenderaan atau pembetulan butir-butir kenderaan bagi mendapatkan status diesel hijau.

"Sindiket ini dipercayai bergerak aktif sekitar tahun 2019 hingga 2022 dan nilai wang rasuah dianggarkan kira-kira RM1.28 juta untuk lima orang anggota penguat kuasa terlibat yang terdiri daripada tiga lelaki dan dua wanita. 

“Manakala ketirisan hasil kepada kerajaan yang terkumpul akibat daripada aktiviti sindiket ini dianggarkan sekitar RM12.73 juta sejak tahun 2018 sehingga 2022,” katanya.

Pengarah Bahagian Perisikan SPRM, Datuk Azmi Kamaruzaman ketika dihubungi mengesahkan tangkapan dan berkata kes disiasat di bawah Seksyen 16 (a)(B) Akta SPRM 2009. - BERNAMA

Berita Berkaitan

1

Semasa 1 hari yang lalu

Dakwaan Kebocoran Dana RM53 Juta: SPRM Siasat Pemindahan DAK Ke Jepun 

2

Semasa 6 hari yang lalu

Kartel Perolehan Awam RM2.5 Juta Tumpas, 13 Individu Ditahan

3

Semasa 1 minggu yang lalu

SPRM ‘Mengganas’ Lagi, 3 Tokoh Politik Bakal Didakwa Minggu Depan?

4

Semasa 1 bulan yang lalu

Abdul Halim Mulakan Tugas Ketua SPRM, Lantikan Kontrak 2 Tahun

Sorotan

1

Prosiding Kes Bapa Rogol Anak Ditangguh, Tunggu Laporan Perubatan

2

Nahas 6 Kenderaan Cetus Kebakaran, Jumlah Mangsa Belum Diketahui

3

Program Mobiliti Antarabangsa Accountants UMK Beri Pendedahan Menyeluruh, Kenali Realiti Dunia Akauntan

4

PRN Johor: Mantan Menteri, Exco, Ahli Parlimen Antara 56 Calon PH

5

Beralih Kepada EV: Langkah Kecil Individu, Impak Besar Ekosistem Tenaga Negara

6

DUN Melaka Berkemungkinan Dibubar Dalam Tempoh 3 Bulan

Disyorkan untuk anda

Politik 15 jam yang lalu

PRN Johor: Mantan Menteri, Exco, Ahli Parlimen Antara 56 Calon PH

oleh Sophia Ahmad

Politik 1 hari yang lalu

DUN Melaka Berkemungkinan Dibubar Dalam Tempoh 3 Bulan

oleh Amirah Abu Bakar

Politik 1 hari yang lalu

Hamzah Kembali Dilantik Ketua Pembangkang

oleh Sophia Ahmad

Politik 1 hari yang lalu

Masa Depan Negara Bergantung Kepada Rakyat, Bukan ‘Politikus Sandiwara’ - Vinod Sekhar 

oleh Sophia Ahmad