web statsweb stats

Berita Terkini

1 minggu yang lalu: PRN Negeri Sembilan: Hari pencalonan 18 Julai, undi awal 28 Julai dan hari mengundi 1 Ogos - SPR 1 minggu yang lalu: PRN Johor: Hari pencalonan 27 Jun, undi awal 7 Julai dan hari mengundi 11 Julai - SPR 5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini

IKUTI KAMI


Daftar Pemilih Tambahan Oktober 2023 Dibuka Untuk Semakan - SPR

Semasa Dikemaskini 2 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 21 Nov 2023 8:45AM

Penduduk yang sudah berusia 18 tahun boleh mula membuat semakan dalam Daftar Pemilih Tambahan Bulan Oktober 2023. - gambar fail

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA LUMPUR - Daftar Pemilih Tambahan Bulan Oktober 2023 (DPT BLN10/2023) yang diperaku serta diwartakan semalam, dibuka untuk semakan selama 30 hari bermula semalam hingga 19 Dis 2023.

Setiausaha Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) Datuk Ikmalrudin Ishak berkata daftar pemilih tambahan berkenaan mengandungi 43,657 nama warganegara yang berumur 18 tahun ke atas dalam tempoh 1 hingga 31 Okt 2023, yang didaftarkan secara automatik sebagai pemilih baharu.

Beliau berkata daftar pemilih tambahan itu juga mengandungi 7,351 pemilih berdaftar yang bertukar bahagian pilihan raya dan 2,655 pemilih bertukar status atau kategori pengundi.

“SPR menyediakan lima kaedah semakan bagi DPT BLN10/2023 iaitu portal SPR melalui pautan https://www.spr.gov.my atau https://mysprsemak.spr.gov.my, portal rasmi pejabat pilihan raya negeri http://ppn.spr.gov.my dan aplikasi dalam talian https://myspr.spr.gov.my.

“Semakan juga boleh dilakukan menerusi aplikasi mudah alih MySPR Semak atau Hotline Semakan Pendaftaran Pemilih melalui talian 03-88927218,” katanya dalam kenyataan semalam.

Menurut Ikmalrudin, warganegara yang berumur 18 tahun dan ke atas dalam tempoh 1 hingga 31 Okt 2023 serta mana-mana pemilih berdaftar yang telah memohon pertukaran bahagian pilihan raya atau pertukaran status, diseru untuk menyemak nama mereka dalam DPT BLN10/2023.

Beliau berkata sekiranya nama mereka tidak disenaraikan dalam daftar pemilih berkenaan, mereka boleh membuat tuntutan dengan mengisi Borang C melalui aplikasi dalam talian https://myspr.spr.gov.my atau hadir ke Pejabat Pilihan Raya Negeri yang berkenaan.

“Mana-mana pemilih berdaftar di sesuatu bahagian pilihan raya yang membuat semakan dan berhasrat membuat bantahan terhadap kemasukan nama pemilih yang membuat pertukaran ke bahagian pilihan rayanya, boleh mengisi Borang D melalui aplikasi dalam talian di pautan https://myspr.spr.gov.,my atau hadir ke Pejabat Pilihan Raya Negeri yang berkenaan,” katanya.

Ikmalrudin berkata Borang C dan Borang D juga boleh dimuat turun daripada portal Pejabat Pilihan Raya Negeri http://ppn.spr.gov.my dan hendaklah dikemukakan kepada Pengarah Pilihan Raya Negeri berkenaan untuk membuat serahan dan membayar fi bantahan pada waktu pejabat mana-mana hari bekerja sepanjang tempoh semakan DPT BLN10/2023.

Menurutnya, untuk sebarang pertanyaan mengenai urusan semakan DPT BLN10/2023, orang ramai boleh melayari portal rasmi SPR https://www.spr.gov.my atau hubungi SPR melalui talian 03-88927218 atau mana-mana Pejabat Pilihan Raya Negeri. - BERNAMA

Sorotan

1

Prosiding Kes Bapa Rogol Anak Ditangguh, Tunggu Laporan Perubatan

2

Nahas 6 Kenderaan Cetus Kebakaran, Jumlah Mangsa Belum Diketahui

3

Program Mobiliti Antarabangsa Accountants UMK Beri Pendedahan Menyeluruh, Kenali Realiti Dunia Akauntan

4

PRN Johor: Mantan Menteri, Exco, Ahli Parlimen Antara 56 Calon PH

5

Beralih Kepada EV: Langkah Kecil Individu, Impak Besar Ekosistem Tenaga Negara

6

DUN Melaka Berkemungkinan Dibubar Dalam Tempoh 3 Bulan

Disyorkan untuk anda

Semasa 1 hari yang lalu

4 Individu Didakwa Cederakan Pembantu Rumah Warga Indonesia

oleh Amirah Abu Bakar

Politik 1 hari yang lalu

Hamzah Kembali Dilantik Ketua Pembangkang

oleh Sophia Ahmad

Semasa 1 hari yang lalu

Dakwaan Kebocoran Dana RM53 Juta: SPRM Siasat Pemindahan DAK Ke Jepun 

oleh Sophia Ahmad

Politik 1 hari yang lalu

‘Ahli Parlimen, Jangan Ponteng Sidang Dewan Rakyat’ - Speaker

oleh Sophia Ahmad