web statsweb stats

Berita Terkini

5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini 7 bulan yang lalu: PRN Sabah: Penamaan calon ialah pada 15 November manakala mengundi awal pada 25 November - SPR 8 bulan yang lalu: Semua kapal yang menyertai misi FFCxTMTGM telah dipintas tentera Israel dalam lingkungan 120 batu nautika dari Gaza - MyCARE

IKUTI KAMI


Ketua Hakim Negara Ingatkan Peguam Tidak Ulas Kes Cabar Enakmen Syariah Kelantan

Semasa Dikemaskini 2 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 20 Nov 2023 8:26PM

Sebahagian orang ramai yang berkumpul di hadapan Istana Kehakiman di Putrajaya hari ini. gambar FB

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

PUTRAJAYA - Ketua Hakim Negara, Tun Tengku Maimun Tuan Mat hari ini, mengingatkan peguam yang terbabit dalam prosiding mencabar Perlembagaan oleh dua wanita beragama Islam terhadap 18 peruntukan dalam Enakmen Kanun Jenayah Syariah (I) Kelantan 2019 supaya tidak mengulas mengenai kes itu.

Pada permulaan prosiding hari ini, Tun Tengku Maimun yang mengetuai panel sembilan hakim Mahkamah Persekutuan berkata, peguam terikat dengan etika profesion mereka dan adalah tidak wajar bagi mereka membincangkan kes yang belum selesai pada forum awam.

Beliau berkata, mahkamah membuat pemerhatian kerana begitu banyak yang telah diperkatakan oleh ramai orang mengenai petisyen itu dan kebanyakan daripada apa yang diperkatakan adalah versi yang diputarbelitkan bagi isu sebenar di hadapan mahkamah.

“Seperti yang telah kita nyatakan dari awal perbicaraan pada 17 Ogos, isunya bukan mengenai menjatuhkan kedudukan Islam atau Mahkamah Syariah di negara ini. Isu yang timbul daripada petisyen itu hanyalah mengenai kompetensi Dewan Undangan Negeri Kelantan untuk menggubal peruntukan yang dipertikaikan,” katanya.

Beliau berkata, kenyataan bahawa 'Mahkamah Syariah akan berkubur di Malaysia' adalah tidak benar.

Hakim Tengku Maimum berkata, demikian bagi menjawab kenyataan peguam Mohd Yusfarizal Yussoff yang mewakili Majlis Agama Islam dan Adat Istiadat Melayu Terengganu bahawa adalah penting bagi seseorang untuk memahami cabaran kuasa Mahkamah Syariah sebelum ia terkubur seperti 'batu nisan'.

“Tertakluk kepada apa sahaja jawapan yang ingin dibuat oleh Yusfarizal mengenai perkara ini, kami ingin mengingatkan peguam bahawa kamu terikat kepada etika profesion kamu dan tidak wajar untuk membincangkan kes yang belum selesai di forum awam, lebih-lebih lagi apabila telah gagal mendedahkan fakta penuh kes itu.

“Kami ingin mengingatkan semua di mahkamah ini khususnya untuk menegakkan kedaulatan undang-undang, dan tidak menghasut sentimen orang ramai. Kami menggesa peguam untuk menghujahkan kes berdasarkan isu di hadapan kami,” kata beliau.

Terdahulu, Ketua Hakim Negara berkata, mahkamah mengambil maklum permohonan pempetisyen berhubung beberapa kenyataan yang didakwa dibuat oleh Yusfarizal.

Tun Tengku Maimun kemudian menyoal Yusfarizal sama ada telah membuat kenyataan seperti yang dipetik dalam afidavit pempetisyen, yang peguam itu menjawab bahawa beliau perlu menyemak transkrip dan tidak pasti perkataan yang tepat yang digunakan.

Panel hakim yang dianggotai Presiden Mahkamah Rayuan, Tan Sri Abang Iskandar Abang Hashim, Hakim Besar Malaya, Tan Sri Mohamad Zabidin Mohd Diah; Hakim Besar Sabah dan Sarawak, Tan Sri Abdul Rahman Sebli dan Hakim Mahkamah Persekutuan, Tan Sri Nallini Pathmanathan; Datuk Mary Lim Thiam Suan, Datuk Harmindar Singh Dhaliwal, Datuk Nordin Hassan dan Datuk Abu Bakar Jais, telah menetapkan hari ini untuk menyambung semula pendengaran petisyen kedua-dua wanita itu.

Pada 17 Ogos, mahkamah mendengar hujah peguam Datuk Malik Imtiaz Sarwar yang mewakili Nik Elin Zurina Nik Abdul Rashid dan anak perempuannya, Tengku Yasmin Nastasha Tengku Abdul Rahman serta peguam Datuk Kamaruzaman Muhamad Arif, yang mewakili kerajaan Kelantan.

Peguam kelahiran Kelantan itu dan anak perempuannya memfailkan petisyen untuk mencabar keperlembagaan dan kesahihan 18 peruntukan dalam Enakmen tersebut.

Mereka mendakwa badan perundangan Negeri Kelantan tidak mempunyai kuasa untuk menggubal undang-undang ke atas 18 kesalahan itu kerana terdapat undang-undang Persekutuan yang meliputi kesalahan yang sama.

Mereka memfailkan petisyen itu terus ke Mahkamah Persekutuan di bawah Perkara 4(4) Perlembagaan Persekutuan dan menamakan kerajaan negeri Kelantan sebagai responden tunggal. Pada 30 September 2022, Mahkamah Persekutuan memberi kebenaran kepada kedua-dua wanita itu untuk memulakan cabaran mereka.

Dalam prosiding hari ini, peguam yang mewakili Majlis Agama Islam dan Adat Istiadat Melayu Perak (MAIPK), Majlis Agama Islam Wilayah Persekutuan (MAIWP) yang dibenarkan mencelah dalam kes itu sebagai amicus curiae (rakan mahkamah), Sisters In Islam, Persatuan Peguam-peguam Islam Malaysia dan Badan Peguam Malaysia, mengemukakan penghujahan mereka.

Tun Tengku Maimun berkata, mahkamah menangguhkan keputusannya pada tarikh yang akan ditetapkan kemudian.

Lebih 1,000 orang kebanyakannya penyokong PAS berhimpun di luar Istana Kehakiman seawal jam 8 pagi hari ini bagi mengetahui keputusan kes itu. - BERNAMA 

Berita Berkaitan

1

Semasa 10 bulan yang lalu

Pelantikan Wan Farid Bukti Badan Kehakiman Masih Berfungsi - Aktivis

2

Semasa 11 bulan yang lalu

Hakim Besar Malaya Hasnah Mohammed Hashim Jalankan Tugas Ketua Hakim Negara

3

Politik 2 tahun yang lalu

Jangan Politikkan Isu Pembatalan 16 Enakmen Syariah Kelantan - TPM Zahid

4

Semasa 2 tahun yang lalu

Mahkamah Syariah, Undang-Undang Islam Tidak Akan Terkubur - Ketua Hakim Negara

Sorotan

1

PM Puji Keberkesanan Kementerian Komunikasi Perjelas Pelaksanaan BUDI95

2

Gempa Bumi 8.2 Landa Mindanao, Pihak Berkuasa Keluarkan Amaran Tsunami

3

Dikurung Dalam Stor Beberapa Minggu, Polis Selamatkan Kanak-Kanak Mangsa Dera Ibu Angkat

4

Sebuah Kerajaan Bukan Hadiah Untuk Dirampas

5

Hanya Belajar Di Media Sosial, Anak Kampung Kini Hasilkan 6,000 Ikan Angelfish

6

Sesat 14 Hari, Jaslinda Kongsi Pengalaman Getir Bertahan Untuk Hidup

Disyorkan untuk anda

Semasa 1 hari yang lalu

Bekas Timbalan Speaker DUN Kedah Ditemukan Lemas Di Sungai

Semasa 1 hari yang lalu

2 Kertas Siasatan Libatkan Azam Baki Diserah Kepada AGC

oleh Sophia Ahmad

Politik 1 hari yang lalu

‘PRN Johor Bukan Keutamaan Saya, Pemulihan Ekonomi Masih Fokus Kerajaan Persekutuan’ – Anwar

oleh Sophia Ahmad

Semasa 49 minit yang lalu

Kanak-Kanak Perempuan Maut, Abang Kritikal Jatuh Dari Pangsapuri

oleh Wartawan Getaran