web statsweb stats

Berita Terkini

1 minggu yang lalu: PRN Negeri Sembilan: Hari pencalonan 18 Julai, undi awal 28 Julai dan hari mengundi 1 Ogos - SPR 1 minggu yang lalu: PRN Johor: Hari pencalonan 27 Jun, undi awal 7 Julai dan hari mengundi 11 Julai - SPR 5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini

IKUTI KAMI


Pengarah Syarikat Rugi Lebih RM2.3 Juta, Terpedaya Pelaburan Saham Tidak Wujud

Semasa Dikemaskini 2 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 20 Nov 2023 5:16PM

gambar hiasan

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

SHAH ALAM - Seorang pengarah syarikat mengalami kerugian lebih RM2.3 juta selepas terpedaya dengan penawaran pelaburan saham tidak wujud.

Ketua Polis Daerah Shah Alam, ACP Mohd Iqbal Ibrahim berkata, pihaknya menerima laporan mengenai jenayah itu daripada wanita tempatan berusia 39 tahun pada 12.31 tengah hari, Jumaat lalu (17 November).

Mohd Iqbal berkata, berdasarkan hasil rakaman percakapan, mangsa mengetahui mengenai pelaburan saham terbabit menerusi media sosial Facebook dan mangsa telah menekan pautan (link) pelaburan yang diberikan dan memberikan nombor telefonnya. 

“Mangsa kemudian ditambah masuk ke dalam satu kumpulan Whatsapps yang memberikan maklumat berkenaan cara-cara untuk membuat pelaburan saham.

"Wanita itu seterusnya diarahkan untuk mendeposit wang bagi memasuki pelaburan saham yang ditawarkan lalu membuat pindahan wang berjumlah RM2,378,000 secara dalam talian sebanyak enam kali ke dalam enam akaun bank berlainan seperti yang diarahkan,” menurut kenyataan itu.

Mohd Iqbal berkata, mangsa seterusnya dimaklumkan sudah mendapat keuntungan sebanyak RM256,000 namun ketika wanita itu hendak membuat pengeluaran wang keuntungan, dia dikehendaki membuat bayaran sebanyak RM523,000.

“Mangsa yang berasa tertipu hadir membuat laporan polis dan siasatan dilaksanakan mengikut Seksyen 420 kanun Keseksaan iaitu kesalahan menipu,” katanya.

Susulan itu Mohd Iqbal menasihatkan orang awam supaya tidak mudah mempercayai pelaburan yang ditawarkan di sosial media dan membuat semakan terlebih dahulu dengan menghubungi agensi yang terlibat seperti Bank Negara Malaysia (BNM) dan Suruhanjaya Sekuriti.

"Orang awam juga boleh menghubungi talian '997' National Scam Response Centre (NSRC) bagi membuat semakan dan mendapatkan nasihat terlebih dahulu," katanya. - BERNAMA

Berita Berkaitan

1

Semasa 2 hari yang lalu

Polis Siasat Dakwaan Penculikan Selepas Wanita Ditemui Selamat Di Johor Bahru

2

Semasa 4 hari yang lalu

Aksi Ganas Di Kantin, Pelajar Digantung Sekolah

3

Semasa 4 hari yang lalu

Op Soga XI: 58 Ditahan, Polis Perhebat Tindakan Terhadap Sindiket Judi Piala Dunia 

4

Semasa 6 hari yang lalu

Polis Tahan 4 Suspek Kes Rogol Remaja Di Lahad Datu

Sorotan

1

Prosiding Kes Bapa Rogol Anak Ditangguh, Tunggu Laporan Perubatan

2

Nahas 6 Kenderaan Cetus Kebakaran, Jumlah Mangsa Belum Diketahui

3

Program Mobiliti Antarabangsa Accountants UMK Beri Pendedahan Menyeluruh, Kenali Realiti Dunia Akauntan

4

PRN Johor: Mantan Menteri, Exco, Ahli Parlimen Antara 56 Calon PH

5

Beralih Kepada EV: Langkah Kecil Individu, Impak Besar Ekosistem Tenaga Negara

6

DUN Melaka Berkemungkinan Dibubar Dalam Tempoh 3 Bulan

Disyorkan untuk anda

Politik 1 hari yang lalu

‘Ahli Parlimen, Jangan Ponteng Sidang Dewan Rakyat’ - Speaker

oleh Sophia Ahmad

Semasa 1 hari yang lalu

Pemilik Kenderaan Diesel Terima Kuota 200 Liter Sebulan, Boleh Mohon Tambahan 100 Liter

oleh Sophia Ahmad

Pendidikan 12 jam yang lalu

Program Mobiliti Antarabangsa Accountants UMK Beri Pendedahan Menyeluruh, Kenali Realiti Dunia Akauntan

oleh Sophia Ahmad

Semasa 5 jam yang lalu

Dadah Sintetik Jadi Ancaman Utama, Pantai Timur Paling Terjejas

oleh Sophia Ahmad