web statsweb stats

Berita Terkini

1 minggu yang lalu: PRN Negeri Sembilan: Hari pencalonan 18 Julai, undi awal 28 Julai dan hari mengundi 1 Ogos - SPR 1 minggu yang lalu: PRN Johor: Hari pencalonan 27 Jun, undi awal 7 Julai dan hari mengundi 11 Julai - SPR 5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini

IKUTI KAMI


Omar Suleiman Puji Keberanian PM Bangkit Sikap Hipokrit Tangani Kekejaman Di Palestin

Semasa Dikemaskini 2 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 19 Nov 2023 4:23PM

Omar Suleiman.

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA LUMPUR – Ucapan Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim pada sesi pemukiman Mesyuarat Pemimpin Ekonomi APEC turut mendapat pujian daripada aktivis dan cendekiawan Islam Amerika Syarikat (AS), Omar Suleiman.

Omar yang memuat naik klip video ucapan Perdana Menteri melalui media sosialnya, turut berterima kasih atas keberanian Anwar berdepan dengan Presiden AS, Joseph Biden.

“Saya berterima kasih kepada rakan saya, Perdana Menteri Malaysia, Dr Anwar Ibrahim atas keberaniannya berkonfrantasi secara bersemuka dengan Presiden Joseph Biden terhadap sikap hipokritnya ketika pembunuhan beramai-ramai berlaku di Gaza.

“Kita memerlukan lebih ramai pemimpin yang mengikut contoh ini biarpun berdepan akibat daripadanya,” katanya.

Omar adalah tokoh Islam yang terkenal di AS, yang lantang bersuara bukan saja membabitkan Islam malah ketidakadilan yang berlaku terhadap masyarakat kulit hitam di negara itu.

Pengasas dan Presiden Yaqeen Institute for Islamic Research itu sendiri berketurunan Palestin yang lahir di AS.

Omar sudah menganjurkan beberapa siri protes di seluruh AS terhadap kekejaman yang berlaku di Palestin, sejak permulaan perang Israel terhadap Hamas dan serangan di Gaza selain menyampaikan khutbah di hadapan Bangunan Capitol pada 21 Oktober lalu.

Sementara itu, pada sesi pemukiman berkenaan, Perdana Menteri membangkitkan sikap pilih kasih yang ditunjukkan terhadap perang Rusia-Ukrain dan Israel-Palestin, apabila semua ahli diminta mengutuk apa yang berlaku di Ukrain sebaliknya sebilangan negara ahli berdiam diri terhadap kekejaman yang berlaku di Palestin.

Anwar turut berkata, beliau masih ingat peranan Biden sebagai Pengerusi Kaukus Hubungan Luar Negeri Senat, iaitu penemuannya terhadap pengaiayaan yang dilalui ketika Perdana Menteri dipenjarakan suatu masa lalu, yang berasaskan kepada prinsip keadilan dan hak asasi manusia.

Justeru, katanya, semua negara perlu berpadu dan dalam satu suara mendesak gencatan senjata di Gaza serta menghentikan kekejaman terhadap wanita, kanak-kanak dan bayi yang dilakukan rejim Israel. – Getaran, 19 November 2023

Sorotan

1

Prosiding Kes Bapa Rogol Anak Ditangguh, Tunggu Laporan Perubatan

2

Nahas 6 Kenderaan Cetus Kebakaran, Jumlah Mangsa Belum Diketahui

3

Program Mobiliti Antarabangsa Accountants UMK Beri Pendedahan Menyeluruh, Kenali Realiti Dunia Akauntan

4

PRN Johor: Mantan Menteri, Exco, Ahli Parlimen Antara 56 Calon PH

5

Beralih Kepada EV: Langkah Kecil Individu, Impak Besar Ekosistem Tenaga Negara

6

DUN Melaka Berkemungkinan Dibubar Dalam Tempoh 3 Bulan

Disyorkan untuk anda

Semasa 1 hari yang lalu

Dakwaan Kebocoran Dana RM53 Juta: SPRM Siasat Pemindahan DAK Ke Jepun 

oleh Sophia Ahmad

Politik 1 hari yang lalu

Hamzah Kembali Dilantik Ketua Pembangkang

oleh Sophia Ahmad

Politik 1 hari yang lalu

‘Ahli Parlimen, Jangan Ponteng Sidang Dewan Rakyat’ - Speaker

oleh Sophia Ahmad

Semasa 6 jam yang lalu

Prosiding Kes Bapa Rogol Anak Ditangguh, Tunggu Laporan Perubatan

oleh Amirah Abu Bakar