web statsweb stats

Berita Terkini

1 minggu yang lalu: PRN Negeri Sembilan: Hari pencalonan 18 Julai, undi awal 28 Julai dan hari mengundi 1 Ogos - SPR 1 minggu yang lalu: PRN Johor: Hari pencalonan 27 Jun, undi awal 7 Julai dan hari mengundi 11 Julai - SPR 5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini

IKUTI KAMI


Kes Tibi Dalam Negara Terkawal – Dr Zaliha

Semasa Dikemaskini 2 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 18 Nov 2023 3:35PM

Orang awam diminta tidak panik mengenai status jangkitan tuberkulosis yang masih terkawal. - gambar fail

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

PUTRAJAYA - Kementerian Kesihatan (KKM) mengesahkan berlaku beberapa kes tuberkulosis atau tibi di Cheras, Kuala Lumpur, namun secara keseluruhan kes jangkitannya dalam negara adalah terkawal, kata menterinya Dr Zaliha Mustafa.

Beliau berkata penyakit tuberkulosis di Malaysia sentiasa ada, bagaimanapun orang ramai dinasihatkan supaya tidak panik kerana Bahagian Kesihatan Awam KKM sering memantau perkembangan jangkitannya.

"Bahagian Kesihatan Awam sedang melihat isu ini dan kita tak nak perkara yang tidak benar disebarkan, sebab kita tak nak nanti orang ramai jadi panik. Tuberkulosis memang ada, cuma ia dalam kawalan.

“Kita kena galakkan pesakit, kalau ada apa-apa tanda tentang penyakit itu khususnya batuk berterusan, terus pergi dapatkan rawatan," katanya kepada media selepas merasmikan Minggu Kesedaran Kerintangan Antimikrob Sedunia Peringkat Kebangsaan di sini hari ini.

Dr Zaliha berkata rakyat boleh mendapatkan maklumat jumlah kes tuberkulosis yang berlaku di kawasan mereka menerusi aplikasi MySejahtera.

Beliau berkata Jabatan Kesihatan Negeri akan mengeluarkan kenyataan perkembangan terkini penyakit tuberkulosis dalam masa terdekat.

Antara simptom utama penyakit tuberkulosis ialah batuk berpanjangan melebihi dua minggu, demam, berpeluh waktu malam, kurang selera makan, susut berat badan dan batuk berdarah.

Terdahulu ketika berucap pada program berkenaan, Dr Zaliha berkata pendekatan komprehensif secara One Health diperlukan bagi membendung penyebaran Kerintangan Antimikrob (AMR-Antimicrobial Resistance).

Beliau berkata AMR tidak hanya memberi impak kepada kesihatan manusia, tetapi juga merangkumi kesihatan haiwan, tumbuhan dan alam sekitar.

Katanya Malaysia giat memerangi AMR melalui pendekatan One Health dengan menubuhkan Jawatankuasa Kerintangan Antimikrob Kebangsaan (NARC) pada 2017.

"Jawatankuasa yang dipengerusikan bersama Ketua Pengarah Kesihatan dan Ketua Pengarah Perkhidmatan Veterinar ini memainkan peranan penting dalam mengawasi dan menyelaras strategi serta aktiviti berkaitan pembendungan AMR.

"Ini termasuk program kesedaran dan pendidikan, pemantauan dan penyelidikan, langkah-langkah pencegahan dan kawalan jangkitan serta pengawalan penggunaan antimikrob yang bersifat munasabah," katanya.

Pada majlis itu, Dr Zaliha juga melancarkan Pelan Tindakan Kerintangan Antimikrob Malaysia (MyAP-AMR) 2022-2026, yang turut merangkumi sektor kesihatan alam sekitar dan tumbuhan.

"Pelan tindakan baharu ini berazam untuk menyusun program antimicrobial stewardship (AMS) yang berjaya dan mampan di kedua-dua kemudahan penjagaan kesihatan awam dan swasta, serta dalam sektor kesihatan haiwan," katanya. - BERNAMA

Sorotan

1

Prosiding Kes Bapa Rogol Anak Ditangguh, Tunggu Laporan Perubatan

2

Nahas 6 Kenderaan Cetus Kebakaran, Jumlah Mangsa Belum Diketahui

3

Program Mobiliti Antarabangsa Accountants UMK Beri Pendedahan Menyeluruh, Kenali Realiti Dunia Akauntan

4

PRN Johor: Mantan Menteri, Exco, Ahli Parlimen Antara 56 Calon PH

5

Beralih Kepada EV: Langkah Kecil Individu, Impak Besar Ekosistem Tenaga Negara

6

DUN Melaka Berkemungkinan Dibubar Dalam Tempoh 3 Bulan

Disyorkan untuk anda

Semasa 1 jam yang lalu

PDRM Buka Siasatan Tatatertib Terhadap Anggota Didakwa Hina Penduduk Tempatan di China

oleh Amirah Abu Bakar

Politik 1 hari yang lalu

DUN Melaka Berkemungkinan Dibubar Dalam Tempoh 3 Bulan

oleh Amirah Abu Bakar

Semasa 1 hari yang lalu

Pemilik Kenderaan Diesel Terima Kuota 200 Liter Sebulan, Boleh Mohon Tambahan 100 Liter

oleh Sophia Ahmad

Politik 1 hari yang lalu

‘Ahli Parlimen, Jangan Ponteng Sidang Dewan Rakyat’ - Speaker

oleh Sophia Ahmad