web statsweb stats

Berita Terkini

1 bulan yang lalu: PRN Negeri Sembilan: Hari pencalonan 18 Julai, undi awal 28 Julai dan hari mengundi 1 Ogos - SPR 1 bulan yang lalu: PRN Johor: Hari pencalonan 27 Jun, undi awal 7 Julai dan hari mengundi 11 Julai - SPR 6 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 7 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 8 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini

IKUTI KAMI


Pemilik Gedung Tekstil Didakwa Subahat Sebabkan Abang Ipar Cedera Parah

Semasa Dikemaskini 2 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 17 Nov 2023 3:00PM

Pemilik gedung tekstil terkemuka di ibu negara, Pavitar Singh Manjeet Singh mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen di sini hari ini atas pertuduhan bersubahat menyebabkan kecederaan parah ke atas abang iparnya yang juga seorang bekas hakim, bulan lalu. gambar BERNAMA

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA LUMPUR - Seorang pemilik gedung tekstil terkemuka di ibu negara mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen di sini hari ini, atas pertuduhan bersubahat menyebabkan kecederaan parah ke atas abang iparnya yang juga seorang bekas hakim, bulan lalu.

Pavitar Singh Manjeet Singh, 54, didakwa bersubahat bersama Muhammad Shahrulnizam Mohd Maimun dan Muhammad Asyraf Sharin menyebabkan cedera parah ke atas Datuk Jagjit Singh Bant Singh, 67, yang kini peguam, menggunakan pemutar skru di sebuah pejabat di Solaris Dutamas, Publika, di sini pada jam 12.50 tengah hari, 19 Oktober lalu.

Lelaki itu dituduh mengikut Seksyen 109 Kanun Keseksaan dibaca bersama Seksyen 326 kanun sama yang memperuntukkan hukuman penjara sehingga 20 tahun dan hendaklah juga dikenakan denda atau sebat, jika sabit kesalahan.

Timbalan Pendakwa Raya, Noorhani Muhmmed Ayub berkata, pihaknya tidak menawarkan jaminan kerana kesalahan itu tidak boleh dijamin, namun jika mahkamah menggunakan budi bicara untuk membenarkan jaminan, pendakwaan menawarkan jaminan RM100,000 dengan seorang penjamin.

Peguam Jeremy Vinesh Anthony mewakili tertuduh memohon jaminan rendah atas alasan anak guamnya penanggung tunggal keluarga kepada isteri dan seorang anak.

“Anak guam saya adalah Pengerusi Gurdwara Sahib Titiwangsa dan mempunyai hubungan rapat dengan komuniti, selain tidak mempunyai risiko untuk melarikan diri. Tertuduh memberi kerjasama kepada pihak polis selama empat hari ditahan dan ini kali pertama dia didakwa di mahkamah,” kata peguam itu.

Hakim Siti Aminah Ghazali membenarkan jaminan RM25,000 dengan seorang penjamin warganegara dan menetapkan 5 Disember ini untuk sebutan semula kes. - BERNAMA

Berita Berkaitan

1

Semasa 21 jam yang lalu

Campak Bayi Dari Tingkap Hotel, Gadis Rohingya Berdepan Hukuman Mati 

2

Semasa 1 hari yang lalu

Dituduh Rogol Remaja Bawah Umur, Pempengaruh Media Sosial Mengaku Tidak Bersalah

3

Semasa 1 hari yang lalu

Jadi Tonto Ah Long, 2 Lelaki Dipenjara 18 Bulan, Denda RM20,000

4

Semasa 5 hari yang lalu

Syed Saddiq Bebas, Mahkamah Persekutuan Kekal Keputusan Lepas Dan Bebas 

Sorotan

1

Tok Mat Tiba Di Pusat Penamaan Calon DUN Rantau, Zahid Jadi Pengiring

2

PRN Negeri Sembilan: 4 Calon PH, 3 Calon BN Tiba Di Pusat Penamaan Calon

3

Mayat Kanak-Kanak Perempuan Hilang Ditemukan, 2 Lelaki Ditahan

4

Dituduh Rogol Remaja Bawah Umur, Pempengaruh Media Sosial Mengaku Tidak Bersalah

5

Diperdaya ‘Love Scam’ Di Telegram, Pelajar Universiti Rugi Lebih RM56,000

6

Tarik Diri Daripada Kerajaan Negeri, DAP Melaka Beralih ke Blok Pembangkang 

Disyorkan untuk anda

Politik 1 hari yang lalu

‘Saya Tak Lari, Keputusan Bertanding Di Linggi Pilihan Sendiri’ - Aminuddin

oleh Sophia Ahmad

Semasa 1 hari yang lalu

Gaji Semasa: Hanya 49 peratus Pekerja Malaysia Berpuas Hati 

oleh Sophia Ahmad

Semasa 1 hari yang lalu

Jadi Tonto Ah Long, 2 Lelaki Dipenjara 18 Bulan, Denda RM20,000

oleh Sophia Ahmad

Politik 6 jam yang lalu

PRN Negeri Sembilan: 4 Calon PH, 3 Calon BN Tiba Di Pusat Penamaan Calon

oleh Amirah Abu Bakar