Berita Terkini

3 minggu yang lalu: Hafizul Hawari yang disyaki terbabit dalam kejadian tembak di KLIA Terminal 1 pada 14 April lalu, mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen Kota Bharu pagi tadi terhadap 7 pertuduhan 3 minggu yang lalu: 10 anggota dan pegawai TLDM dikhuatiri maut selepas dua pesawat bertembung pada sesi Latihan Lintas Hormat Sambutan Hari Ulang Tahun TLDM Ke-90, di Pangkalan TLDM Lumut 1 bulan yang lalu: Bekas Timbalan Ketua Menteri Sabah yang juga pengasas Parti Bersatu Rakyat Sabah (PBRS), Tan Sri Joseph Kurup meninggal dunia hari ini di IJN pada usia 79 tahun 1 bulan yang lalu: Keputusan Ujian Penilaian Kelas Al-Quran dan Fardu Ain (UPKK) 2023 diumumkan pada 18 April ini - JAKIM 1 bulan yang lalu: Umat Islam di Malaysia dan Singapura akan menyambut Aidilfitri esok.

IKUTI KAMI


Bekas Polis Bunuh Along Spoon Dipenjara 33 Tahun Selepas Pindaan Hukuman 

Semasa Dikemaskini 6 bulan yang lalu · Diterbitkan pada 16 Nov 2023 9:25PM

gambar fail

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

PUTRAJAYA - Mahkamah Persekutuan hari ini meminda hukuman daripada penjara sepanjang hayat kepada pemenjaraan selama 33 tahun ke atas bekas anggota polis, Mohd Ya'cob Demyati yang didapati bersalah membunuh penyanyi kumpulan Spoon, Sabi'ul Malik Shafiee atau lebih dikenali sebagai Along Spoon.

Panel lima hakim Mahkamah Persekutuan diketuai Ketua Hakim Negara Tun Tengku Maimun Tuan Mat memerintahkan bekas lans koperal berusia 57 tahun itu, yang telah berada di sebalik tabir besi selama 23 tahun, menjalani hukumannya mulai 4 Januari 2000, iaitu tarikh dia ditangkap.

Keputusan itu dibuat di bawah Akta Semakan Hukuman Mati dan Pemenjaraan Sepanjang Hayat (Bidang Kuasa Sementara Mahkamah Persekutuan) 2023 (Akta 847).

Mohd Ya'cob adalah antara 13 banduan yang permohonan semakannya didengar oleh panel hakim yang turut dianggotai Hakim Besar Malaya, Tan Sri Mohamad Zabidin Mohd Diah dan Hakim Mahkamah Persekutuan terdiri daripada Datuk Sri Hasnah Mohammed Hashim, Datuk Nordin Hassan dan Datuk Abu Bakar Jais.

Dia didapati bersalah dan dijatuhi hukuman mati oleh Mahkamah Tinggi kerana membunuh Sabi'ul di tepi jalan di KM28, Jalan Kuala Klawang-Genting Peras, Jelebu, Negeri Sembilan pada 26 Disember 1999.

Penyanyi yang popular dengan lagu 'Rindu Serindu-Rindu' itu dilaporkan hilang pada 25 Disember 1999. Polis kemudian menemui rangka manusia yang diikat dalam guni di lereng bukit di Jalan Kuala Klawang pada 6 Januari 2000.

Mohd Ya'cob memfailkan pengampunan kepada Lembaga Pengampunan dan hukuman matinya dikurangkan kepada penjara sepanjang hayat. 

Peguam Che Muji Che Noh yang mewakili Mohd Ya’cob memberitahu BERNAMA, anak guamnya dijangka dibebaskan dari penjara hari ini selepas mengambil kira satu pertiga pengampunan yang diberikan kerana berkelakuan baik.

Sementara itu, mahkamah turut meminda hukuman daripada penjara sepanjang hayat dan hukuman mati kepada pemenjaraan antara 30 hingga 36 tahun.

Bekas pengutip hutang, G. Krishna Rao, 47, dan abang iparnya, M. Rajendran, 56, turut mendapat pindaan hukuman daripada penjara sepanjang hayat kepada hukuman pemenjaraan sehingga 36 tahun. Mereka diperintahkan menjalani hukuman mereka mulai 13 Mac 1998.

Kedua-dua lelaki itu disabitkan kesalahan dan dijatuhkan hukuman mati oleh Mahkamah Tinggi kerana membunuh empat orang, termasuk seorang remaja berusia 15 tahun di sebuah rumah di Taman Seri Dermawan, Bercham, Ipoh, Perak antara jam 6.30 petang pada 12 Mac 1998 dan 11.45 malam pada 13 Mac 1998.

Hukuman mati mereka ditukar kepada penjara sepanjang hayat selepas Lembaga Pengampunan menerima permohonan mereka.

Seorang lagi banduan, Mohd Masri Radhuan, 44, yang juga disabitkan atas kesalahan membunuh, dijatuhi hukuman pemenjaraan sehingga 33 tahun. 

Sementara itu, mahkamah turut meminda hukuman mati lapan lagi banduan termasuk dua warga India yang disabitkan kesalahan mengedar dadah kepada pemenjaraan sehingga 30 tahun.

Mereka adalah Lim Hock Boon, Cik Nazeri Mat, Law Yew Kwan@Low Yew Kwan, T Sivakumar, Razali Ahmad, M Saravanan Muthu dan dua warga India, Sarumati Rengasamy (wanita) dan Malti. Cik Nazeri, Sivakumar, Saravanan dan Razali masing-masing diperintah dikenakan 12 sebatan.

Kesemua banduan yang berusia 45 hingga 79 tahun itu, masing-masing diarah oleh mahkamah menjalani hukuman itu bermula dari tarikh mereka ditangkap.

Akta Semakan Hukuman Mati dan Pemenjaraan Sepanjang Hayat (Bidang Kuasa Sementara Mahkamah Persekutuan) 2023 (Akta 847) yang berkuat kuasa 12 September lalu, memberikan Mahkamah Persekutuan kuasa budi bicara untuk menyemak semula kes membabitkan hukuman mati dan pemenjaraan sepanjang hayat.

Ini susulan penguatkuasaan undang-undang baharu iaitu Akta Pemansuhan Hukuman Mati Mandatori 2023 pada 4 Julai lalu.

Di bawah undang-undang itu, hukuman mati mandatori bagi kesalahan seperti mengedar dadah dan membunuh telah dihapuskan.

Undang-Undang itu memberi pilihan kepada hakim sama ada mengenakan hukuman mati atau pemenjaraan bagi tempoh tidak kurang daripada 30 tahun dan tidak melebihi 40 tahun, dan jika tidak dihukum mati, pesalah boleh juga dikenakan sebatan tidak kurang daripada 12 kali bagi banduan lelaki berusia di bawah 50 tahun.

Ketua Bahagian Perbicaraan dan Rayuan, Jabatan Peguam Negara, Datuk Mohd Dusuki Mokhtar dan Timbalannya, Datuk Yusaini Amer Abdul Karim; Timbalan Pendakwa Raya, Nahra Dollah dan Parvin Hameedah Natchiar hadir bagi pihak pendakwaan. - BERNAMA

Sorotan

1

Serangan Balai Polis Ulu Tiram: Jenazah 2 Anggota Polis Dibawa Keluar Dari HSI

2

Gagal Jelaskan Hutang RM4.96 Juta, Jovian Apparel Disaman

3

Kelantan Gagal Sekat Sabah FC Bawa Pulang 3 Mata Dari Kota Bharu

4

Perbuatan 6 Bekas Penuntut UPNM Dera, Buli,  Melampau - Pendakwaan

5

Meta Diminta Beri Penjelasan Selepas Turunkan Posting 'Anwar-Hamas'

6

Bakal Jemaah Terkandas, Kerajaan Dan TH Cari Penyelesaian Terbaik

Disyorkan untuk anda

Sukan 14 jam yang lalu

Kelantan Gagal Sekat Sabah FC Bawa Pulang 3 Mata Dari Kota Bharu

Semasa 11 jam yang lalu

Serangan Balai Polis Ulu Tiram: Jenazah 2 Mangsa Disolatkan Di Masjid Tunku Laksamana Abdul Jalil

Semasa 10 jam yang lalu

2 Lelaki Ditahan, Cuba Ceroboh Istana Negara Bawa Parang

oleh Sophia Ahmad

Singapura 1 hari yang lalu

PM Singapura Bercakap Dengan Anwar, Pemimpin Lain Pada Hari Pertama Bertugas