web statsweb stats

Berita Terkini

1 minggu yang lalu: PRN Negeri Sembilan: Hari pencalonan 18 Julai, undi awal 28 Julai dan hari mengundi 1 Ogos - SPR 1 minggu yang lalu: PRN Johor: Hari pencalonan 27 Jun, undi awal 7 Julai dan hari mengundi 11 Julai - SPR 5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini

IKUTI KAMI


MTL: FAMA Bekal 60,000 Kit Makanan Kepada NADMA

Semasa Dikemaskini 2 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 15 Nov 2023 1:19PM

Setiap kit makanan itu mengandungi 12 produk makanan antaranya beras, garam, gula, susu pekat, kopi, kicap manis, bihun dan makanan sedia dimakan. - gambaer BERNAMA

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

TANJONG KARANG - Kementerian Pertanian dan Keterjaminan Makanan (KPKM) menerusi Lembaga Pemasaran Pertanian Persekutuan (FAMA) akan membekalkan 60,000 kit makanan kepada Agensi Pengurusan Bencana Negara (NADMA) untuk diedarkan kepada mangsa terlibat bencana khususnya banjir di seluruh negara.

Timbalan Menteri Pertanian dan Keterjaminan Makanan Datuk Chan Foong Hin berkata daripada jumlah itu 40,000 daripadanya perlu disediakan sebagai stok fasa pertama sebelum akhir tahun ini sebagai persediaan menghadapi musim Monsun Timur Laut (MTL).

“Ini merupakan persiapan tahunan bagi menghadapi bencana banjir Monsun Timur Laut. Kit makanan ini sebagai bantuan awal kepada setiap keluarga mangsa bencana melibatkan keperluan asas dan produk sedia dimakan yang dibekalkan oleh usahawan-usahawan tempatan,” katanya.

Beliau berkata demikian selepas Majlis Perlepasan Pengedaran Kit Makanan MTL Bagi tahun 2023/2024 di Pusat Memproses Makanan FAMA di sini hari ini yang turut dihadiri Pengerusi FAMA Aminuddin Zulkipli, Ketua Pengarah FAMA Abdul Rashid Bahri, Ketua Pengarah NADMA Datuk Khairul Shahril Idrus dan Pengarah APM Selangor Penolong Pesuruhjaya (Pertahanan Awam) Ghazali Abd Rahman.

Chan berkata setakat ini FAMA telah berjaya membekalkan 295,214 kit makanan kepada NADMA sejak 2015 dengan setiap kit makanan itu mengandungi 12 produk makanan antaranya beras, garam, gula, susu pekat, kopi, kicap manis, bihun dan makanan sedia dimakan.

Sementara itu, Khairul Shahril berkata jumlah kit makanan yang disediakan dengan kerjasama FAMA itu akan ditambah dari semasa ke semasa mengikut keperluan dengan harapan dapat meringankan beban mangsa bencana.

Mengulas mengenai persediaan  menghadapi bencana termasuk banjir, beliau berkata pihaknya pada tahun ini berada di tahap kesiapsiagaan tertinggi dan bersedia dengan sebarang kemungkinan.

“Antara persediaan dilakukan termasuklah dari segi logistik, dari segi kesihatan, penyelarasan badan bukan kerajaan (NGO) dan agensi kerajaan.

“Kami telah membuat persediaan sepanjang tahun seperti latihan awal dan ia bukan tertumpu semasa monsun semata-mata.

“Kami juga telah bersedia dengan 8,000 pusat pemindahan sementara (PPS) di seluruh negara yang terdiri daripada sekolah dan dewan-dewan masyarakat,” katanya. - BERNAMA

Sorotan

1

Prosiding Kes Bapa Rogol Anak Ditangguh, Tunggu Laporan Perubatan

2

Nahas 6 Kenderaan Cetus Kebakaran, Jumlah Mangsa Belum Diketahui

3

Program Mobiliti Antarabangsa Accountants UMK Beri Pendedahan Menyeluruh, Kenali Realiti Dunia Akauntan

4

PRN Johor: Mantan Menteri, Exco, Ahli Parlimen Antara 56 Calon PH

5

Beralih Kepada EV: Langkah Kecil Individu, Impak Besar Ekosistem Tenaga Negara

6

DUN Melaka Berkemungkinan Dibubar Dalam Tempoh 3 Bulan

Disyorkan untuk anda

Semasa 1 jam yang lalu

Perdagang Remaja Untuk Eksploitasi Seksual: Wanita Indonesia Dipenjara 6 Tahun 

oleh Sophia Ahmad

Semasa 1 hari yang lalu

4 Individu Didakwa Cederakan Pembantu Rumah Warga Indonesia

oleh Amirah Abu Bakar

Semasa 1 hari yang lalu

Dakwaan Kebocoran Dana RM53 Juta: SPRM Siasat Pemindahan DAK Ke Jepun 

oleh Sophia Ahmad

Politik 1 hari yang lalu

Masa Depan Negara Bergantung Kepada Rakyat, Bukan ‘Politikus Sandiwara’ - Vinod Sekhar 

oleh Sophia Ahmad