web statsweb stats

Berita Terkini

1 minggu yang lalu: PRN Negeri Sembilan: Hari pencalonan 18 Julai, undi awal 28 Julai dan hari mengundi 1 Ogos - SPR 1 minggu yang lalu: PRN Johor: Hari pencalonan 27 Jun, undi awal 7 Julai dan hari mengundi 11 Julai - SPR 5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini

IKUTI KAMI


Polis Tunggu Laporan Kimia Lengkapkan Siasatan Kemalangan Babitkan Dua Kematian Sabtu Lepas

Semasa Dikemaskini 2 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 15 Nov 2023 1:08PM

Tangkap layar rakaman kemalangan maut membabitkan sebuah kereta Toyota Lexus yang dipandu remaja berusia 16 tahun yang merempuh motosikal dinaiki sepasang tunang, awal pagi Sabtu. - gambar media sosial

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

BUKIT MERTAJAM - Polis sedang menunggu laporan kimia bagi melengkapkan kertas siasatan berhubung kemalangan yang mengakibatkan dua maut di Kilometer 1.9 Jambatan Pulau Pinang menuju arah Perai, di sini, awal pagi Sabtu lepas.

Ketua Polis Daerah Seberang Perai Tengah ACP Tan Cheng San berkata ia membabitkan laporan kimia bagi sampel darah remaja lelaki berusia 16 tahun yang merupakan pemandu kereta yang merempuh sebuah motosikal, menyebabkan penunggang dan pemboncengnya maut.

"Setakat ini polis telah merekodkan keterangan beberapa saksi dan mereka yang terlibat dalam kemalangan, polis juga telah mendapatkan rakaman "dashcam" pemandu kenderaan lain yang berada di lokasi semasa kejadian," katanya ketika dihubungi Bernama hari ini.

Katanya siasatan kejadian kemalangan itu dibuat mengikut Seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987.

Dalam kemalangan kira-kira 2.30 pagi itu, dua maut selepas motosikal ditunggang mereka dirempuh kereta Toyota Lexus dipandu remaja terbabit yang hilang kawalan setelah melanggar sebuah lori, dan susulan kemalangan itu, polis turut menyaman ibu remaja itu kerana cuai apabila membenarkan anaknya memandu kenderaannya tanpa lesen. - BERNAMA

Sorotan

1

Prosiding Kes Bapa Rogol Anak Ditangguh, Tunggu Laporan Perubatan

2

Nahas 6 Kenderaan Cetus Kebakaran, Jumlah Mangsa Belum Diketahui

3

Program Mobiliti Antarabangsa Accountants UMK Beri Pendedahan Menyeluruh, Kenali Realiti Dunia Akauntan

4

PRN Johor: Mantan Menteri, Exco, Ahli Parlimen Antara 56 Calon PH

5

Beralih Kepada EV: Langkah Kecil Individu, Impak Besar Ekosistem Tenaga Negara

6

DUN Melaka Berkemungkinan Dibubar Dalam Tempoh 3 Bulan

Disyorkan untuk anda

Politik 12 jam yang lalu

PRN Johor: Mantan Menteri, Exco, Ahli Parlimen Antara 56 Calon PH

oleh Sophia Ahmad

Semasa 3 jam yang lalu

Dadah Sintetik Jadi Ancaman Utama, Pantai Timur Paling Terjejas

oleh Sophia Ahmad

Semasa 1 hari yang lalu

Pemilik Kenderaan Diesel Terima Kuota 200 Liter Sebulan, Boleh Mohon Tambahan 100 Liter

oleh Sophia Ahmad

Semasa 1 hari yang lalu

Dakwaan Kebocoran Dana RM53 Juta: SPRM Siasat Pemindahan DAK Ke Jepun 

oleh Sophia Ahmad