web statsweb stats

Berita Terkini

1 minggu yang lalu: PRN Negeri Sembilan: Hari pencalonan 18 Julai, undi awal 28 Julai dan hari mengundi 1 Ogos - SPR 1 minggu yang lalu: PRN Johor: Hari pencalonan 27 Jun, undi awal 7 Julai dan hari mengundi 11 Julai - SPR 5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini

IKUTI KAMI


Kisah ‘Pengantin Tak Jadi’ Makin Panas, Pemuda Didakwa Seorang ‘Psycho’?

Semasa Dikemaskini 2 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 15 Nov 2023 10:20AM

Nurul Aiman pada hari yang beliau sepatutnya melangsungkan pernikahan - gambar Facebook

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA LUMPUR - ‘Sinetron’ pengantin tak jadi kahwin, seperti dilaporkan Getaran nampaknya semakin panas.

Pemuda terbabit yang dikenali sebagai Nurul Aiman dikatakan sengaja mengada-adakan cerita kerana sakit hati cintanya ditolak.

Dakwa seorang individu lain dikenali sebagai Suzana Amelia, kisah cinta antara Nurul Aiman dan Normahaini Maharam iaitu ‘pengantin perempuan’ berkenaan sebenarnya sudah terlerai lapan tahun lalu.

Dakwaan Suzana Amelia yang dimuat naik di Facebook, kononnya pemuda terbabit sengaja mengadakan cerita - gambar Facebook
Dakwaan Suzana Amelia yang dimuat naik di Facebook, kononnya pemuda terbabit sengaja mengadakan cerita - gambar Facebook

“Lelaki tu yang psycho. Based on sumber, kisah tu sekitar lapan tahun lalu. Perempuan tu (Normahaini) tak layan kerana perangai Nurul Aiman yang panas baran dan pelik.

Then tiba-tiba bila Normahaini dah happily married, ada dua anak, dia buat cerita sebab mungkin masih belum move on dah jealous. Kisah lama tapi bila tengok perempuan tu dah bahagia, trigger dia untuk buat story yang pelik-pelik,” dakwanya.

Dakwa Suzana lagi, kisah diceritakan Nurul Aiman itu juga agak tidak masuk akal jika diteliti semula dan mengandungi pelbagai persoalan.

“Time baca pun dah rasa pelik. Takkanlah masa bercinta tak tahu nama sebenar kekasih dan tunang sendiri. Waktu hantar borang kahwin tu, tak periksakah nama sebenar bakal isteri?

“Malam tadi macam ada terbaca bahagian yang menyebut bank in something. Tapi pagi tadi baca macam dah tiada. Takkan time bank in tu tak rasa pelik nama pemilik akaunnya lain,” soalnya panjang lebar.

Mengukuhkan dakwaan Suzana berkata, resit inap desa yang dipaparkan lelaki berkenaan juga tidak begitu kukuh untuk dijadikan bukti.

“Rasanya boleh je ditulis mana-mana resit yang ada. Dah gigih, apa-apa pun sanggup dibuat. Dan tak ada perbualan dengan perempuan tu. Yang ada dengan bapanya sahaja. Pelik juga,” katanya lagi.

Bagaimanapun, dakwaan Suzana itu disangkal pemilik inap desa terbabit, yang menggunakan akaun Pipus Daro di Facebook.

Kenyataan pemilik inap desa yang menyangkal dakwaan bahawa Nurul Aiman sengaja mengada-adakan cerita - gambar Facebook
Kenyataan pemilik inap desa yang menyangkal dakwaan bahawa Nurul Aiman sengaja mengada-adakan cerita - gambar Facebook

Katanya, kisah dipaparkan Nurul Aiman sememangnya benar-benar berlaku.

“Maaf, saya owner homestay tu. Bukan fake seperti yang you kata and you boleh karang. Rakaman CCTV mereka menginap dan conversation pun ada. Jangan pandai-pandai cakap perkara tu fake dan dibuat-buat,” tegasnya.

Resit inap desa bertarikh 9 November 2023 - gambar Facebook
Resit inap desa bertarikh 9 November 2023 - gambar Facebook

Kenyataan Pipus itu turut disokong seorang netizen lain, dikenali sebagai Sukri Roy.

Kenyataan sepupu ‘pengantin perempuan’ berkenaan sikap jelik wanita terbabit - gambar Facebook
Kenyataan sepupu ‘pengantin perempuan’ berkenaan sikap jelik wanita terbabit - gambar Facebook

Dia mendakwa pengantin perempuan terlibat adalah sepupunya dan wanita berkenaan bukan sahaja telah memperdaya Nurul Aiman, tetapi turut menipu bapanya sendiri.

“Jangan babitkan bapanya. Cousin saya tipu bapanya juga. Bapanya tak tahu apa-apa, hanya ikut apa yang dikatakan anaknya,” tegasnya.

Pendapat senada diluahkan Suria Sapuan, dipercayai individu bertanggungjawab mengubah hantaran ‘majlis perkahwinan’ pasangan terbabit.

Kakak ipar mangsa turut memuat naik perkongsian di Facebook dan gambar-gambar gubahan dihasilkan untuk majlis pernikahan tersebut - gambar Facebook
Kakak ipar mangsa turut memuat naik perkongsian di Facebook dan gambar-gambar gubahan dihasilkan untuk majlis pernikahan tersebut - gambar Facebook

“Itu bukti hantaran, saya yang gubah untuk majlis akad nikah Aiman tu. Tengoklah tarikh laporan polis yang dibuat. Tak berbaloi buang masa pergi jauh-jauh. Bayangkan Kuching ke Daro berapa jauh.

“Orang Sarawak je tahu. Rasanya belum bodoh lagi saya saja-saja nak beri malu adik sendiri. Fikir-fikirlah. Di rumah saya mereka bertunang, rumah K.K. Haji Sapuan bin Oya. Takkan nak bohong juga. Astaghfirullahaladzim, dunia bolehlah kau nak cakap apa pun, akhirat takkan lepas,” katanya. - Getaran, 15 November 2023

Sorotan

1

Prosiding Kes Bapa Rogol Anak Ditangguh, Tunggu Laporan Perubatan

2

Nahas 6 Kenderaan Cetus Kebakaran, Jumlah Mangsa Belum Diketahui

3

Program Mobiliti Antarabangsa Accountants UMK Beri Pendedahan Menyeluruh, Kenali Realiti Dunia Akauntan

4

PRN Johor: Mantan Menteri, Exco, Ahli Parlimen Antara 56 Calon PH

5

Beralih Kepada EV: Langkah Kecil Individu, Impak Besar Ekosistem Tenaga Negara

6

DUN Melaka Berkemungkinan Dibubar Dalam Tempoh 3 Bulan

Disyorkan untuk anda

Semasa 3 jam yang lalu

Dadah Sintetik Jadi Ancaman Utama, Pantai Timur Paling Terjejas

oleh Sophia Ahmad

Semasa 23 minit yang lalu

PDRM Buka Siasatan Tatatertib Terhadap Anggota Didakwa Hina Penduduk Tempatan di China

oleh Amirah Abu Bakar

Semasa 1 hari yang lalu

Dakwaan Kebocoran Dana RM53 Juta: SPRM Siasat Pemindahan DAK Ke Jepun 

oleh Sophia Ahmad

Semasa 1 hari yang lalu

Pemilik Kenderaan Diesel Terima Kuota 200 Liter Sebulan, Boleh Mohon Tambahan 100 Liter

oleh Sophia Ahmad